Categories: Ejen Insurans

Ejen Insurans dan Takaful Terbaik Di Pulau Pinang Yang Tidak Anda Ketahui

Ejen insurans mempunyai kebebasan dan berpeluang membantu pelanggan menyelesaikan masalah. Ia memerlukan seseorang yang ingin berkembang maju dalam industri yang sentiasa mengalami perubahan ini.

Jadi, kami telah membuat keputusan untuk memaparkan ejen-ejen terbaik di negara ini dan berkongsi kejayaan mereka dan siapa mereka sebagai profesional insurans.

Bulan lepas, kami telah memaparkan ejen insurans yang ‘top’ di Kuala Lumpur. Minggu ini, kami memaparkan pula ejen insurans yang terbaik dari Pulau Pinang.

#1. Adeline Ong (30 Ulasan)

Penarafan:

Lokasi: Jelutong, Pulau Pinang

Agensi: My Elite Agency

Berkerja di Pulau Pinang, Adeline adalah ejen yang boleh membantu anda mencari apa jua jenis insurans yang sesuai dengan anda. Beliau juga merupakan Perancang Kewangan Berdaftar dan mempunyai Sijil Institut Insurans Malaysia.

Apabila ditanya apa yang mendorongnya? “Membantu orang! Apabila saya dapat close sale atau merayu tuntutan bagi pihak pelanggan, dan melihat senyuman di wajah mereka—TIDAK TERNILAI HARGANYA! Saya boleh pulang ke rumah dengan senyuman lebar kerana saya tahu saya telah lakukan kerja yang terbaik dan tahu bahawa pelanggan gembira”.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Adeline

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Ia sangat bergantung kepada keperluan individu. Tak bagus kalau saya cadangkan sesuatu yang pelanggan tidak perlu.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya sentiasa pastikan bahawa saya mengenali pelanggan saya terlebih dahulu. Ia penting supaya saya dapat menjalankan sesi mengumpul beberapa fakta tentang pelanggan.

Penarafan:

Lokasi: Simpang Ampat, Pulau Pinang

Agensi: AAA Agency

Ahmad Azim mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam perniagaan insurans. Sebagai pengurus unit jualan, beliau menawarkan pelan insurans dari Syarikat Takaful Malaysia.

Pelanggannya menganggap Ahmad sebagai seseorang yang gemar bersenyum, seorang yang sangat berbakat dan mempunyai pandangan positif terhadap apa jua perkara.

Dengan personaliti yang digemar orang ramai, beliau sentiasa berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan insurans yang lebih dari memuaskan.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Ahmad

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Ia bergantung kepada keperluan mereka. Saya perlu jalankan sesi mencari fakta sebelum menawarkan sesuatu produk insurans. Jika mereka mempunyai keperluan khusus, itulah yang saya perlukan untuk membuat penilaian dan akhirnya cadangkan pelan insurans yang sesuai kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sebelum mencadangkan apa-apa, saya perlu tahu apa yang mereka benar-benar perlukan sebelum boleh saya cadangkan apa-apa. Setiap prospek mempunyai keperluan yang berbeza dan saya perlu ambil tahu terlebih dahulu.

Jadi motto saya dalam hidup —fahami pelanggan anda sebelum memberi cadangan.

Penarafan:

Lokasi: Kepala Batas, Pulau Pinang

Agensi: Alef Solution

Azlizam bermatlamat untuk membantu lebih ramai orang untuk memiliki pelan takaful keluarga. Tujuan nya adalah supaya keluarga mampu bayar kos perubatan yang tinggi. Sebagai wakil AIA dan AIA Public Takaful, Azlizam menawarkan pelbagai penyelesaian insurans seperti perubatan, penyakit kritikal, perlindungan, pelan simpanan dan pelaburan.

Related Post

Pelanggan rasa bertuah kerana mempunyai Azlizam sebagai ejen yang bukan sahaja berdedikasi tetapi adalah seseorang yang sentiasa mengambil tahu tentang kesejahteraan pelanggannya.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Azlizam

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Apabila prospek mengatakan mereka sudah  mempunyai perlindungan perubatan yang mencukupi, biasanya, mereka bermaksudkan bahawa mereka mempunyai insuran perubatan yang disediakan oleh majikan. Pada mereka ia mencukupi tetapi hakikatnya ialah ia tidak memadai.

Di sinilah saya akan mengesyorkan kepada mereka perlindungan perubatan. Saya juga memperkenalkan pelan perlindungan pendapatan kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Mewujudkan rapport terdahulu. Sebelum saya menawarkan apa-apa, saya akan cuba memahami latar belakang mereka supaya saya dapat menawarkan jenis perlindungan perubatan yang sesuai.

Kalau pelanggan bersifat terbuka, mereka kadang-kadang membenarkan saya add mereka sebagai rakan di Facebook.

Penarafan:

Lokasi: Kepala Batas, Pulau Pinang

Agensi: Utter Resources Sdn Bhd

Bekerja di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ariff  dianggap sebagai seorang yang cerdik, boleh dipercayai, pintar dan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggannya.

Pada masa ini, Ariff mewakili Syarikat Takaful Malaysia. Sebagai ejen, Ariff menawarkan pelbagai jenis insurans am dan hayat. Di samping itu, beliau menawarkan pelan kewangan, pelaburan dan persaraan.

Ariff mahir berbahasa Bahasa Malaysia dan Inggeris. Jika bertemu dengan Ariff, anda pasti dapat adakan perbualan yang hebat dan berkualiti dengannya.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Muhammad

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Takaful adalah perlindungan yang  menjaga kehidupan dan keluarga. Kemudian datang ‘medicard’ dan wang simpanan. Takaful adalah satu produk yang saya syorkan kepada pelanggan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya ada satu pegangan hidup. Saya tidak tunggu nasib saya berubah dengan sendirinya. Tetapi saya tetapkan nasib saya sendiri. Kesedaran adalah salah satu asas Takaful dan bila-bila masa pelanggan saya hilang keyakinan terhadap insurans secara keseluruhan, ia menjadi tugas saya untuk jelaskan keraguan mereka.

Penarafan:

Lokasi: Nibong Tebal, Pulau Pinang

Agensi: El-Sham Agency

Mior kini berada di dalam perniagaan Takaful selama hampir 2 tahun. Sebagai ejen insurans, beliau pakar dalam Takaful keluarga.

“Saya telah ‘diuji’ oleh Tuhan dengan penyakit. Orang ramai berkata Takaful tidak perlu kerana adanya hospital kerajaan jika jatuh sakit—salah pendapat itu. Persepsi tentang Takaful ini perlu diubah, dan sayalah yang ingin menjadi orang yang mengubahnya.”

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Mior

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Kebiasaannya, saya akan membuat penilaian terhadap keperluan perlindungan Takaful komprehensif dengan menggunakan kaedah perlindungan pendapatan. Selalunya saya cadangkan Takaful hayat terlebih dahulu, kemudian perubatan. Jika pelanggan berkemampuan lebih, ambil pelan perubatan terus.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Ya. Bagi saya, mendidik pelanggan adalah lebih penting daripada menjual produk. Jika jual produk mengikut apa yang mereka mahu, jualan sudah dalam tangan. Tetapi mungkin hanya untuk tempoh masa yang singkat. Tetapi jika mendidik pelanggan tentang KENAPA Takaful itu adalah suatu keperluan, jualan itu akan bertahan dengan lebih lama. Kini penembusan Takaful di Malaysia hanya 18%.

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

1 hari ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

3 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago