Adakah anda sedang mencari pakar insurans yang khusus? Atau mungkin anda ingin mencari seseorang yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan yang mempunyai kelayakan yang tepat untuk memberi nasihat? Dengan lebih 120,000 ejen berdaftar di Malaysia, ia mungkin sedikit sukar untuk mencari ejen insurans yang sesuai.
Direktori Insurans iBanding ialah di mana anda boleh dapatkan ejen insurans yang sesuai di Perak atau di mana-mana negeri ni negara ini. Melalui maklum balas yang diberi oleh pelanggan lain terhadap ejen yang tersenarai, anda dapat menilai sendiri mutu perkhidmatan yang anda inginkan.
Dengan prinsip maklumbalas, kami melayan semua ejen dengan sama rata. Kami percaya bahawa maklumbalas yang baik tidak boleh dibeli. Kami gunakan fraud checking untuk mengelakan penilaian palsu.
Dengan ini, kami ingin memperkenalkan 4 lagi ejen insurans yang terbaik minggu ini dan kami fokuskan ejen dari Perak pula.