Bagi artikel ejen ketiga ini, empat individu dari Direktori Ejen iBanding telah dikenalpasti sebagai ejen insurans terbaik di negeri Pahang. Dalam direktori ejen ini, terdapat senarai ejen dan agensi individu yang menawarkan insurans am, takaful am dan konvensional.

Dua orang ejen yang telah kami kenalpasti berasal dari Kuantan manakala dua orang lagi dari Bentong dan Mentakab.

Ejen-ejen ini telah berjaya menjalankan peranan mereka sebagai ejen insurans dalam membawa kesedaran dan mendidik orang ramai tentang kepentingan pengurusan insurans di dalam komuniti mereka. Kemudiannya kami lihat pula pada review/ ulasan pelanggan serta penilaian terhadap perkhidmatan yang diberi kepada ejen.

Berikut adalah 4 ejen insurans terbaik dari Pahang.

Rating: 

Area: Bentong, Pahang

Agency: Ahmad Zahidi Zainal

Ahmad adalah seorang ejen sepenuh masa yang mempunyai pengalaman selama 6 tahun. Beliau seorang Islamic Wealth Planner yang bertauliah dan adalah pakar dalam insurans hayat juga insurans am. Bagi insurans hayat, beliau menawarkan kedua-dua PruBSN Takaful Life dan Prudential Life insurance.

Beberapa sifat positif yang terserlah terhadap pelanggan-pelanggannya ialah sikapnya yang gemar membantu dalam pengurusan tuntutan dan juga konsistensinya dalam memastikan kesejahteraan pelanggan jika ada sebarang masalah.

Ahmad mempunyai bilangan ulasan pelanggan yang mengkagumkan. Jelas bahawa beliau merupakan seorang ejen yang anda harus kenali.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Ahmad

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Ia bergantung kepada keperluan pelanggan. Setiap orang mempunyai keperluan yang berlainan. Saya akan selalu mengambil dalam 15 hingga 30 minit untuk membuat fact finding supaya dapat mengenalpasti apa sebenarnya yang pelanggan perlukan. Kemudiannya, saya akan nasihat kepada mereka jenis perlindungan dan mengapa mereka perlu ada perlindungan tersebut.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sentiasa berurusan dengan pelanggan secara jujur dan telus. Ini supaya tiada sebarang salah faham. Dengan itu, pelanggan saya adalah sahabat saya juga. Kerja saya jadi lebih senang.

Rating: 

Area: Kuantan, Pahang

Agency: SAR Group Agency

Fauziah mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam menawarkan perkhidmatan PruBSN Takaful bersama SAR Group Agency. Beliau menawarkan perkhidmatan kad perubatan secara khususnya serta perlindungan haji dan umrah.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Fauziah

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Fokus utama saya ialah medical card.  Saya juga menawarkan perlindungan perubatan, termasuk perlindungan kemalangan bagi sesiapa yang ingin menjalankan ibadah haji dan umrah. Tetapi akhirnya cadangan yang saya beri bergantung kepada kemampuan dan keperluan pelanggan.

Kadangkala ada yang tidak mampu untuk ambil perlindungan medical card dan perlindungan semasa menjalankan haji dan umrah. Dari situ saya tahu bagaimana untuk menyesuaikan pelan perlindungan dan akhirnya memberi sebut harga. Tidak semua mempunyai keperluan yang sama.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya akan pastikan pelanggan memahami konsep insurans terlebih dahulu. Salah satu sebab ramai orang tidak bertahan lama membuat pembayaran insurans ialah kerana mereka tidak memahami konsep perlindungan secara mendalam. Sebenarnya mereka tahu yang mereka perlukan perlindungan tersebut. Cuma mereka tidak faham. Akhirnya mereka berhenti meneruskan pembayaran polisi.

Satu lagi perkara yang saya pastikan ialah perkhidmatan yang terbaik. Kadang-kadang apabila saya tidak call pelanggan walaupun untuk bertanya khabar, pelanggan akan berasa kecewa. Saya rasa semua orang menghargai sedikit interaksi. Interaksi jadi lebih penting terutamanya selepas saya berjaya menjual polisi. Ia sebagai tanda penghormatan dan sejenis jaminan kepada pelanggan bahawa “ejen saya akan sentiasa hadir jika saya hadapi sebarang masalah”.

Rating: 

Area: Kuantan, Pahang

Agency: Al Amin Group

Abdul Shahid khususnya menawarkan keperluan perlindungan hayat serta medical card. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah perancangan harta, kewangan, perancangan pelaburan serta perancangan persaraan.

Abdul Shahid dianggap sebagai ejen yang mudah dibawa berbicara oleh pelanggannya. Beliau memastikan response yang cepat terhadap sebarang isu yang dihadapi oleh pelanggannya termasuk memastikan kesejahteraan pelanggan dan jika boleh, bertanya khabar atau berjumpa dengan mereka sekali  sekala.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Shahid

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Sejak kebelakangan ini, ramai orang memiliki medical card. Jika bertanya orang ramai, jenis perlindungan apa yang mereka ada, kebanyakan akan kata mereka sudah ada medical card dan tidak perlu perlindungan tambahan. Kalau tidak beli sendiri, medical card sudahpun disediakan oleh majikan. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, medical card telah menjadi sesuatu keutamaan dan pada saya ia adalah sesuatu yang bagus.

Tetapi selalunya, mereka lupa yang sebenarnya mereka juga memerlukan wealth protection atau pelan penggantian pendapatan. Mereka perlu sedar jika mereka hilang keupayaan untuk berfungsi akibat kemalangan teruk, mereka mungkin tidak berupaya untuk berkerja dan teruskan membuat bayaran aset dan liabiliti mereka. Keluarga dan generasi akan datang kemungkinan juga akan hidup dengan beban kewangan mereka. Di sini, tugas saya ialah mengalakkan mereka untuk add-on pelan penggantian pendapatan di atas pelan medical card yang mereka sudah sedia ada.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Semua orang perlu ada polisi penggantian pendapatan. Walaupun setengah orang rasa ia tidak penting, saya akan galakkan dan beri sebab mengapa mereka perlukan perlindungan tersebut. Ia supaya beban kewangan di masa depan dapat dielakkan, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri malah untuk keluarga tersayang juga.

Rating: 

Area: Mentakab, Pahang

Agency: Jamilah Agency

Berasal dari Mentakab, Juliana mewakili Jamilah Agency dan menawarkan produk Great Eastern Takaful. Matlamat utama Juliana ialah untuk mencapai seramai yang mungkin terutamanya masyarakat Melayu dan Muslim di mana kesedaran masih rendah dan jika boleh, bantu mereka mendapatkan perlindungan Takaful.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Juliana

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

90% pelanggan saya adalah masyarakat Melayu yang kebanyakan berteraskan perniagaan. Selalunya mereka menumpukan fokus terhadap perniaggan mereka dan kebanyakkan tiada sebarang perlindungan pendapatan kerana mereka tidak nampak kepentingannya. Yang baki 10% pelanggan saya pula, kebanyakan profesional yang mempunyai gaji tetap. Jadi ia bergantung kepada keperluan pelanggan.

Saya selalu jalankan fact-finding dengan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mempunyai perniagaan kerana selalunya mereka tidak berapa pasti apa jenis perlindungan yang mereka perlukan. Jadi tugas saya ialah untuk mencari produk yang sesuai dengan gaya hidup mereka yang berkhususkan perniagaaan. Ia juga mengambil masa kerana saya perlu didik dan beri perhatian lebih daripada pelanggan-pelanggan yang profesional.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya bertujuan untuk membantu lebih masyarakat Melayu dan Muslim untuk mendapatkan perlindungan Takaful. Tambahan pula saya akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik di seluruh kawasan pantai timur, Malaysia.

Saya juga ingin membantu orang ramai untuk lebih memahami tentang keperluan untuk melindungi aset dan kekayaan. Ia sangat penting untuk kesejahteraan kewangan di masa depan.