Ejen Insurans

Ejen Insurans Terbaik di Sabah dan Sarawak Yang Tidak Anda Ketahui

Mengapa sesetengah ejen insuran berjaya manakala yang lain gagal?

Tabiat mereka.

Ia adalah rutin, metodologi dan falsafah tersendiri yang memacu aktiviti harian, yang akhirnya membentuk mereka untuk menjadi ejen insurans yang sangat efektif.

Ia adalah kedahagaan mereka; bersedia untuk pelanggan dalam apa jua cara dan bentuk, sifat benar-benar mengambil berat dan sentiasa ingin menolong pelanggan. Bersedia untuk gagal kerana kegagalan adalah langkah yang perlu sebelum mencapai kejayaan; mempunyai saluran jualan yang didorong oleh tindakan, fokus serta ketabahan, dan bukan harapan semata-mata.

Minggu ini kita meninjau pula ejen insurans yang berasal daripada Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak yang anda mungkin tidak kenali. Mereka semua mempunyai sifat-sifat dan kualiti hebat tersendiri dan setiap seorang daripada mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

Rating: 

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Ejensi: TOMMY

Berasal dari Kota Kinabalu, Tommy mewakili AIA, AIA Takaful dan AIG. Beliau menawarkan pelbagai produk insurans seperti insuran hayat, insurans berkaitan pelaburan dan pelan persaraan.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Tommy

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Ia sangat bergantung kepada keperluan pelanggan. Selalunya saya menawarkan insurans hayat dan perubatan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Jika pelanggan ada sebarang pertanyaan, saya akan pastikan soalan mereka sentiasa terjawab. Ia menjadi keutamaan bagi saya, kerana lebih banyak mereka tahu tentang insurans, lebih baik.  

Rating: 

Lokasi: Kuching, Sarawak

Ejensi: Jay & Ray Services LLP

Berkhidmat dengan Jay & Jay Services LLP, Jayden menawarkan pelbagai jenis penyelesaian insurans, seperti insurans am, juga takaful dan insurans perniagaan. Kini, beliau mewakili Zurich Takaful, MPI Generali, dan Zurich Insurance Malaysia.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Jayden

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Saya rasa saya tidak boleh tentukan sesuatu yang khusus kerana is bergantung kepada keperluan pelanggan tersebut. Jika saya ingin mengambil tahu apa yang sebenarnya mereka perlu, pastinya saya perlu menjalankan analisis pelanggan secara menyuluruh atau mengenalpasti sebarang isu yang mereka hadapi. Kemudiannya, saya akan cuba menangani isu tersebut, di mana yang berkaitan dengan status insurans mereka.

Related Post

Sejurus itu, saya akan cadangkan penyelesaian yang sewajarnya.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Keperluan insurans pelanggan menjadi keutamaan bagi saya.

Rating:

Lokasi: Sandakan, Sabah

Ejensi: Usrah Associates

Nadiah dianggap sebagai seorang yang boleh dipercayai dan mudah bibawa berbicara oleh pelanggannya. Bekerja di Sandakan, Nadiah bermatlamat untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Sebagai ejen insurans, beliau lebih cenderung dalam takaful kenderaan dan takaful hayat.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Nadiah

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Semestinya pelan pendidikan dan pelan perubatan. Ramai orang anggap perlindungan peribadi sudah pun mencukupi tetapi sebenarnya tidak cukup ng, terutamanya untuk kesejahteraan masa depan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Jika boleh, saya cuba membina hubungan seumur hidup dengan pelanggan. Walaupun ada yang tidak mahu dengar pendapat saya tentang insurans, sekurang-kurangnya mereka terbuka untuk mengekalkan persahabatan dengan saya.

Pada saya, ia penting. Kemungkinan sampai suatu masa, mereka akan beralih kepada saya untuk mendapatkan nasihat insurans.

#4. Romeo Kuan (4 Ulasan)

Rating: 

Lokasi: Kuching, Sarawak

Ejensi: Romeo Kuan

Menetap di Kuching, Romeo dianggap sebagai individu yang gemar membantu dan sentiasa pastikan pelanggan sedia dimaklum tentang perkembangan polisi mereka. Sebagai ejen insurans, beliau menawarkan semua jenis insurans daripada RHB Insurance, Prudential Assurance dan Takaful.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Romeo

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Produk insurans yang saya selalu tumpu dan tawarkan ialah insurans hayat dan medical card.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sebagai ejen insurans, saya percaya bahawa mengenali pelanggan dan memahami mereka sebagai individu adalah sangat penting. 

Jika saya menetapkan matlamat saya untuk menjual dan close sale, saya sebenarnya menetapkan diri saya untuk gagal di peringakat awal lagi. Ini bermakna saya bukan seorang yang mahukan apa yang terbaik untuk pelanggan saya.

Recent Posts

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 minggu ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

3 minggu ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

1 bulan ago

Kelewatan Penerbangan? Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda bahawa Asia Tenggara mencatatkan kadar kelewatan penerbangan tertinggi di dunia pada tahun 2023,…

1 bulan ago

Insurans Perjalanan Malaysia: Pelaburan Kecil, Perlindungan Besar

Merancang perjalanan dari Malaysia? Sama ada anda bercuti ke Bali, meneroka Eropah dalam percutian impian,…

2 bulan ago

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

2 bulan ago