Berita Insurans

Etiqa Lancarkan Kempen Fast Vs Easy

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans dan takaful tempatan, Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful, telah melancarkan kempen Fast Vs Easy yang bertujuan untuk menyampaikan mesej penting kepada penduduk Malaysia akan kepentingan insurans sebagai perlindungan diri serta masa hadapan dari segi kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, kerana situasi yang tidak dijangka mungkin berlaku pada sesiapa sahaja, ianya menjadi tanggungjawab Etiqa untuk menyedarkan penduduk Malaysia tentang kepentingan perlindungan dari segi insurans.

Tanpa perlindungan ini, mereka yang tersayang bukan sahaja akan mengalami keperitan dari segi emosi tetapi akan dibebani masalah kewangan juga.

Untuk membantu menyebarkan pesanan penting ini, dua celebriti tempatan yang terkenal telah dilantik sebagai duta bagi kempen tersebut. Penyanyi legenda, Datuk Zainal Abidin serta pelakon mewakili “Fast” (Cepat) dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mewakili “Easy” (Mudah).

“Kami perlukan pengaruh mereka untuk menyampai mesej tentang kepentingan perlindungan insurans serta menyebarkan mengenai perkhidmatan kami yang cepat dan mudah,” kata Kamaludin Ahmad.

Related Post

Kamaludin turut mengatakan bahawa kedua-dua bintang ini berkongsi matlamat bersama Etiqa dalam membina sebuah negara yang lebih baik bagi semua penduduknya, dan Etiqa melakukannya dengan menyediakan perkhidmatan yang pantas dan mudah (fast & easy), dari segi pembelian serta tuntutan.

Etiqa juga baru-baru ini dianugerahkan gelaran Syarikat Insurans Motor Terbaik dan Syarikat Takaful Motor Terbaik 2017/2018 oleh iBanding setelah mendapat lebih 8,600 maklumbalas pengguna Malaysia.

 

 

Recent Posts

Lawati Jepun 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Sedang merancang pengembaraan anda yang seterusnya? Apa kata ke negara matahari terbit? (selanjutnya…)

6 hari ago

Lawati Filipina 2025: Panduan Pelancongan Rakyat Malaysia

Sedang merancang percutian bajet? Inilah panduan lengkap anda ke salah satu destinasi pelancongan paling berpatutan…

2 minggu ago

Lawati Vietnam 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…

3 minggu ago

Lawati Indonesia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)

4 minggu ago

Lawati Thailand 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Lawati Cambodia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…

1 bulan ago