Foto: Huy Lê (diolah)

Foto: Huy Lê (diolah)

 

“Masa umur saya 27 tahun, rakan sekerja saya membuat cadangan untuk kami berdua mula mengusahakan bisnes sendiri. Kami bekerja di sebuah syarikat audit, dan pada waktu itu saya baru saja berkahwin. Saya menolak cadangannya kerana saya fikir, hidup saya sudah cukup selesa.

Alhamdulillah, perniagaan penghantaran makanannya berkembang maju. Kini dia sudah mempunyai rumahnya sendiri, sedangkan saya masih menyewa. Kadangkala bila terfikir, memang rasa kesal itu ada tetapi saya anggap ini suatu pengajaran untuk menjadi lebih berani dan bijak dalam menentukan hala hidup.” – Fazli, 38, juruaudit

Foto: Vincent Guth (diolah)

Foto: Vincent Guth (diolah)

 

“Walaupun rakan-rakan saya semasa di universiti rajin mengembara, saya jarang sekali turut serta. Lama-lama mendengar cerita backpacking mereka di Kemboja, Thailand, Jepun dan sebagainya, saya mula berasa rugi kerana tidak mengumpul pengalaman-pengalaman manis ini selagi masih mampu. Bila sudah bekerja kini, baru saya sedar betapa suntuknya masa yang ada.

Sekarang, saya cuba mengimbangi masa sebaik yang boleh. Saya baru saja membeli pakej percutian ke Seoul! ‘Better late than never’ kan?” – Nurfarahin, 30, eksekutif pemasaran

Foto: Kaique Rocha (diolah)

Foto: Kaique Rocha (diolah)

 

“Beberapa bulan yang lalu, saya sedang bermesyuarat bersama pekerja-pekerja saya dan tiba-tiba dada saya terasa sakit dan saya tidak henti berpeluh. Saya terus dikejarkan ke hospital apabila mengalami kesukaran bernafas.

Saya mendapat tahu bahawa saya menghidapi penyakit jantung. Pada waktu itu, saya terbayang wajah anak lelaki saya yang baru saja lahir 6 bulan lepas. Saya bertekad untuk berhenti merokok dan kini saya juga sudah mula menjaga diet saya dan bermain futsal setiap Sabtu. Saya berdoa perubahan gaya hidup ini dapat memperbaiki kesihatan saya, demi keluarga saya.” – Khairuddin, 35, ahli perniagaan

4

Foto: Chirobocea Nicu (diolah)

 

“Sewaktu tahun pertama di kolej dulu, teman lelaki saya bercadang untuk berkahwin dan kerana terlalu gembira, saya terima lamarannya dan mengabaikan kursus saya begitu saja.

Selepas 5 tahun berkahwin, saya mendapat tahu dia tidaklah sebaik yang disangka. Namun apa boleh saya buat? Dengan kelulusan rendah, mana mungkin saya dapat mencari gaji yang mencukupi untuk menyara kedua-dua anak kecil saya?” – Ummi, 30, suri rumah

Foto: Evan Kirby (diolah)

Foto: Evan Kirby (diolah)

 

“7 tahun lepas, persahabatan saya dengan kawan baik saya terputus akibat salah faham tentang wang. Selepas lebih 6 bulan tidak bercakap, dia menjemput saya ke majlis pertunangannya dan berharap kami dapat berdamai semula. Saya sepatutnya lebih matang pada waktu itu tetapi kerana terlalu ikutkan emosi marah, saya tidak hiraukan jemputannya.

Sejak itu, kami langsung tidak berhubung. Saya betul-betul malu dengan perbuatan saya! Jika saya dapat berjumpa dengannya sekali lagi, perkara pertama sekali yang saya akan katakan ialah, “Minta maaf.”” – Arif, 33, jurulatih peribadi

Foto: Luis Llerena (diolah

Foto: Luis Llerena (diolah

 

“Inilah ‘regret’ terbesar saya: tidak bersungguh-sungguh belajar Bahasa Inggeris sewaktu kecil dulu. Walaupun dihantar ke pusat bahasa, saya terasa bahasa baru ini terlalu leceh untuk saya dan saya berputus asa begitu saja.

Bila sudah bekerja, baru saya tahu betapa pentingnya kefasihan bahasa ini dalam menjalankan tugasan seharian. Kekurangan saya ini membuatkan saya berasa segan dengan rakan-rakan sekerja saya. Alangkah bagusnya jika saya belajar bersungguh-sungguh di bangku sekolah dulu!” – Alyas, 32, pembantu admin

Foto: Fineas Anton (diolah)

Foto: Fineas Anton (diolah)

 

“Pemuda 20-an mana yang akan endah pasal kewangan kan? Begitulah saya, hidup hari demi hari enjoy sana sini. Bila disuruh menabung, saya balas, “Nanti dulu.” Bila diberi brosur insurans, saya campak ke dalam tong sampah.

Saya tersentap dari mimpi apabila terpaksa menjalani pembedahan 2 tahun lepas dan dikejutkan dengan kos rawatan yang begitu tinggi. Dan sekarang apabila sudah ada masalah kesihatan, memang susah untuk saya mencari syarikat insurans yang dapat meluluskan permohonan polisi saya. Pesanan saya kepada golongan belia di luar sana, mulalah rancangan masa depan sewaktu masih muda. Jangan tunggu hingga jadi macam saya.” – Fakhrul, 36, jurujual

Foto: Daniel McCullough (diolah)

Foto: Daniel McCullough (diolah)

 

“Memang dari kecil lagi saya seorang yang pemalu. Sampai sekarang, saya lebih rela berdiam diri daripada mencetuskan konflik. Tetapi kadang-kadang saya terfikir, betulkah cara saya ini? Bagaimanakah saya ingin membuat perubahan di dunia jika menyuarakan pendapat dan fikiran pun saya tak berani?” – Muaz, 34, pereka grafik

Mungkin ramai di antara kita yang memahami dan pernah melalui kisah-kisah di atas, dan diharap perkongsian mereka ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan peringatan positif kepada kita semua dalam mengecapi kehidupan yang penuh bermakna.

Untuk mereka yang bertekad ingin menyuarakan pendapat, mulakan dengan survey ini dan jika anda bernasib baik, anda mungkin memenangi hadiah-hadiah lumayan ini:

 

motorsurvey-pic

Penyertaan anda bakal merubah industri insurans permotoran Malaysia. Klik sini untuk mula.