Kuala Lumpur: Malaysia kini menyaksikan perlindungan insurans kenderaan telematik yang pertama dengan terlancarnya AXA FlexiDrive oleh AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI).

Sistem telematik adalah di mana sebuah peranti yang dipasangkan di dalam kenderaan dapat mengukur parameter tertentu pemanduan. Ia menintegrasikan teknologi maklumat besertakan teknologi perhubungan, yang menghantar, menerima dan menyimpan maklumat jarak jauh.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI, telematik yang digunakan membolehkan pengguna berjimat dalam pembayaran premium insurans mereka. Pelanggan yang memandu dengan selamat boleh mengumpul diskaun sehingga 20% ke atas premium, yang boleh dinikmati apabila mereka memperbaharui insurans pada tahun berikutnya

Peranti yang dipasang pada bateri kenderaan dapat menjejaki parameter tertentu termasuk kelajuan, pecutan dan brek mengejut, dan perbatuan (mileage ) yang boleh mengukur tabiat pemanduan pelanggan.

Markah akan diberi kepada pelanggan ke atas tabiat pemanduan ini mengikut kriteria seperti kelajuan, perbatuan, dan keselamatan pemanduan. Diskaun dapat dikumpul berdasarkan markah yang diterima.

Kata Nivet lagi, peranti juga boleh mengesan jika berlakunya kemalangan dan samada impak kemalangan melebihi tahap yang ditentukan. Jika ini dikesan, bantuan perubatan kecemasan akan dihantar ke tempat kemalangan.

Aplikasi mudah alih juga boleh dimuat turun ke telefon bimbit pelanggan untuk memudahkan mereka menyemak Diskaun Pemanduan Selamat yang terkumpul dan status bateri.

Untuk mengetahui AXA FlexiDrive, klik video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=pHodRFY5aNA