Kuala Lumpur: Majikan kini boleh dapatkan insurans bagi pekerja asing melalui sistem bersepadu di talian yang disediakan oleh Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).
Perkhidmatan ini adalah usahasama Fomena dengan syarikat insurans seperti Etiqa Insurance & Takaful, Tune Protect Malaysia, QBE Insurance Malaysia dan Chubb Insurance Malaysia Bhd.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Hatar Ismail berkata, perkhidmatan ini menyediakan suatu platform yang menjimatkan masa serta memberikan kemudahan kepada majikan yang ingin mendapatkan insurans perlindungan terhadap pekerja asing mereka.
Dengan adanya kemudahan ini, majikan boleh berurusan secara lebih efisien dalam mendapatkan insurans di mana sahaja mereka berada, menurut beliau ketika pelancaran sistem bersepadu tersebut.
Sedang merancang pengembaraan anda yang seterusnya? Apa kata ke negara matahari terbit? (selanjutnya…)
Sedang merancang percutian bajet? Inilah panduan lengkap anda ke salah satu destinasi pelancongan paling berpatutan…
Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…
Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)
Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)
Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…