Anda sudah tahu? Harga insurans kereta 2017 tidak lagi mengikut struktur tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia!
Perubahan ini berlaku pada 1hb Julai 2017 di mana pemansuhan tarif, atau liberalisasi tarif insurans kenderaan telah pun dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Scroll untuk infografik menarik di bawah atau klik di sini.
Sebelumnya, harga insurans kenderaan ditetapkan oleh BNM. Jadi tidak kiralah anda membeli insurans atau Takaful dari mana syarikat atau pengendali Takaful sekali pun, harga yang dikenakan adalah serupa. Harga dahulu berdasarkan 2 perkara utama: Saiz enjin kenderaan dan juga harga yang diinsuranskan (sama ada harga pasaran atau harga yang dipersetujui).
Faktor-faktor yang menentukan harga insurans kereta hari ini
Tetapi kini sudah lain! Harga insurans kereta ditentukan oleh macam-macam faktor. Contohnya: Faktor kenderaan seperti usia kereta, saiz enjin, kadar kecurian model kereta tersebut, sistem keselamatan yang dimuatkan pada kereta; faktor pemandu seperti pengalaman memandu, pekerjaan, taraf perkahwinan, rekod kesalahan lalu lintas, rekod tuntutan insurans dan lain-lain.
Di iBanding, kami sudah sering kali menyentuh topik liberalisasi insurans kenderaan secara detail dan menyeluruh untuk pengetahuan pengguna-pengguna di negara ni. Jadi kali ini kita lihat pula infografik mudah difahami yang menyentuh liberalisasi tarif insurans dari aspek sikap pengguna atau pemandu sendiri.
Infografik: Pemandu Berisiko Tinggi vs. Pemandu Berisiko Rendah
Penerangan lengkap didapati di bawah.
Kongsikan Infografik ini di laman web anda!
Source https://www.ibanding.my
Sikap pemandu menentukan harga insurans kereta!
Harga insurans kereta kini ditentukan oleh profil risiko pemilik polisi atau pemandu kereta yang diinsuranskan. Secara ringkas:
Pemandu berisiko tinggi = Lebih tinggi harga insuransÂ
Pemandu berisiko rendah = Lebih rendah harga insuransÂ
1. Pemandu Selamat vs Pemandu Bahaya
Pemandu yang selamat adalah mereka yang sentiasa berwaspada di jalanraya. Bertimbang-rasa dan mementingkan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalanraya yang lain.
Kerana sikap berhati-hati mereka, mereka tidak mudah menyebabkan kemalangan dan tidak juga terlibat dalam kemalangan. Dengan itu, mereka juga tiada rekod tuntutan yang dibuat terhadap polisi insurans kenderaan mereka.
Pemandu bahaya pula gopoh dan tidak bertimbang rasa. Memandu dengan cuai di jalanraya dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain dan juga diri sendiri. Mereka tidak beri perhatian kepada pemanduan mereka dan sering mengguna telefon bimbit ketika memandu.
Mereka kerap terlibat dalam kemalangan atau pernah mempunyai rekod kemalangan. Oleh itu mereka juga mempunyai rekod tuntutan yang dibuat terhadap polisi insurans mereka.
Pemandu selamat: Pemandu dan pemilik polisi insurans dan Takaful kenderaan sebegini dianggap berisiko rendah oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Ini bererti untuk melindungi kenderaan mereka, syarikat insurans tidak perlu menanggung risiko yang tinggi. Oleh itu, harga insurans mereka adalah lebih rendah berbanding pemandu bahaya.
Pemandu bahaya: Pemandu berbahaya dianggap berisiko tinggi oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Dengan itu, syarikat-syarikat ini akan menanggung risiko yang lebih besar jika mereka setuju untuk memberi perlindungan insurans terhadap kenderaan yang dimiliki atau dipandu oleh pemandu bahaya. Oleh itu, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi, di mana ianya setimpal dengan risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans.
2. Pemandu Yang Ikut Peraturan vs Pemandu Yang Langgar Peraturan
Pemandu yang sentiasa menurut peraturan lalu lintas secara amnya adalah pemandu yang berhati-hati. Mereka tidak melanggar peraturan trafik sewenang-wenangnya. Oleh itu, merka juga tiada rekod kesalahan seperti saman polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jadi mereka ini adalah di antara pemandu selamat yang disebut di atas.
Pemandu yang sering melanggar peraturan lalu lintas pula memandang ringan undang-undang trafik. Memandu melebihi hadlaju, mengguna telefon bimbit ketika memandu, memotong ketika berada dalam double line, melanggar lampu isyarat merah. Peraturan sebegini tidak dianggap penting bagi mereka. Saman polis dan JPJ sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Pemandu taat peraturan: Pemandu ini sama seperti pemandu selamat di atas, di mana mereka dianggap berisiko rendah. Maka lebih murahlah harga insurans kereta mereka.
Pemandu yang sering melanggar peraturan: Mereka ini pula dianggap pemandu berbahaya dan berisiko tinggi. Maka harga insurans mereka adalah tinggi kerana kos untuk melindungi kenderaan mereka oleh syarikat insurans adalah lebih tinggi.
3. Pemandu Cermat vs Pemandu Lalai
Ini dilihat dari aspek penjagaan kenderaan dan bukan dari aspek pemanduan. Pemandu cermat menjaga kenderaan mereka dengan baik. Mereka sentiasa pastikan keselamatan kenderaan mereka. Ini termasuklah memastikan kenderaan diletak di tempat yang selamat dan sentiasa berkunci. Ciri-ciri keselamatan tambahan juga dipasang pada kenderaan seperti anti-theft system dan steering lock.
Tetapi bukan itu saja, mereka juga pastikan keadaan kenderaan mereka baik dengan menghantar kenderaan mereka ke bengkel untuk servis tepat pada masanya.
Pemandu yang lalai pula melakukan yang sebaliknya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan kenderaan mereka. Meletakkan tempat di tempat gelap, yang tinggi kadar jenayahnya. Mendedahkan kereta mereka kepada kecurian dengan tidak mengunci atau memasang alat keselamatan tambahan.
Pemandu cermat: Kerana keselamatan kereta mereka dijaga, maka kemungkinan kereta mereka dicuri, atau terlibat dalam kemalangan yang berpunca dari kereta yang tidak diservis adalah lebih rendah. Jadi pemandu sebegini menikmati harga insurans yang lebih murah.
Pemandu lalai: Mereka membahayakan kenderaan mereka. Mendedahkan kereta mereka kepada kecurian dan kemalangan. Mereka dianggap berisiko tinggi, Maka harga insurans kereta mereka juga adalah lebih tinggi.
Tanggungjawab anda sebagai pemilik kenderaan dan pemandu
Sememangnya adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri juga pengguna jalanraya lain. Tetapi dengan liberalisasi tarif insurans, kini kita juga mempunyai tanggungjawab tambahan.
Harga insurans kenderaan kita kini bergantung kepada sikap kita sendiri sebagai pemilik dan pemandu. Tinggi atau rendah, sedikit-sebanyak dapat kita kawal harganya. Terpulanglah kepada diri sendiri.
nadira
April 16, 2019 11:16 amsaya nak tanya . saya beli kereta baru tapi insuran berasingan . bila insuran dah siap , saya hantar dekat SA , dia kata bank tak nak terima kalau harga insuran lain seperti yang ditetapkan . insuran yang saya beli berharga dalam rm 1300 lebih dan insuran yang ditetapkan oleh syarikat kereta dengan bank adalah lebih kurang rm 1200 lebih . betul ke bank tak nak terima kalau insuran kita lari jauh harganya daripada yang ditetapkan oleh SA dengan bank ?
Rae
April 17, 2019 2:16 pmInsurans anda yang beli tidak mempunyai masalah, tidak akan menjejaskan pinjaman dari bank. Selalunya SA juga adalah ejen insurans anda dan dia akan mendapatkan komisen dengan jualan insurans.
Rae
April 18, 2019 4:19 pmInsurans yang anda beli sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan bank.