Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Pulau Pinang pada hujung minggu lepas telah menjadikan beribu penduduk pulau itu mangsa keadaan. Namun, bantuan daripada bukan sahaja kerajaan malah NGO dan badan-badan swasta juga orang ramai dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa.

Di antaranya adalah Honda Malaysia dan juga Boon Siew Honda yang masing-masing menawarkan bantuan untuk ringankan beban mangsa.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk diskaun bagi alat ganti  kereta Honda yang terjejas sebanyak 50% oleh Honda Malaysia. Manakala Boon Siew Honda pula menawarkan diskaun sebanyak 40% bagi alat ganti motorsikal yang rosak disebabkan banjir serta tidak mengenakan caj buruh.

After Sales Service for Flood Relief oleh Boon Siew Honda

mangsa banjir

Sumber: Boon Siew Honda

 

Berikut adalah syarat-syarat dan keterangan lanjut bagi program After Sales Service for Flood Relief for Penang oleh Boon Siew Honda:

  • 40% diskaun bagi alat ganti tulen
  • tiada kos buruh/ labor charge
  • berkuatkuasa 10 November hingga hujung bulan Januari 2018
  • pelanggan perlu terlebih dahulu membuat laporan polis ataupun dapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah dan Tanah
  • pelanggan Honda dinasihatkan agar membuat temujanji bersama pengedar berdekatan yang tersenarai di bawah:
    • Taycon Motor Sdn Bhd – 012-5534821 (Ah Pin)
    • Chang Motor Sdn Bhd    – 016-4433856 (Ms. Foong)
    • Sing Huat Motor Sdn Bhd – 012-4088398 (Mr. Cheah)
    • Boon Hai Motor Sdn Bhd – 012-4923446 (Ah Hooi)
    • KB Soon Huat Motor Sdn Bhd – 019-5751241 (Mr. Khoo)
    • Chung Seng Motor (S.Perai)Sdn Bhd – 017-4958705 (Ah Chye)
    • EL Chong Motor Trading Sdn Bhd – 014-5822489 (Mr. Chong)

 

Honda Flood Relief

Sumber: Honda Malaysia

 

Berikut adalah syarat-syarat dan keterangan lanjut bagi program dari Honda Malaysia:

  • 50% diskaun bagi alat ganti tulen yang rosak akibat banjir
  • program ini merangkumi semua kawasan yang dilanda banjir di negeri Pulau Pinang
  • hanya kereta Honda yang dibeli melalui pengedar sah Honda
  • penggantian mulai 1 November 2017 hingga 31 Mac 2018 tertakluk kepada ketersediaan alat ganti
  • pelanggan perlu membuat laporan polis dan sediakan nota perlindungan insurans