Ramai yang sudah sedar akan kepentingan takaful keluarga, takaful perubatan dan takaful kenderaan. Tapi apabila sebut tentang takaful perjalanan, masih menganggap ianya langsung tidak penting, malah ianya suatu kemewahan yang tidak diperlukan.
Mungkin jika kita kupas satu-persatu manfaat yang ditawarkan takaful perjalanan barulah kita mula menyedari bukan sekadar kepentingannya, malah juga keperluannya setiap kali kita ke luar negara. Jadi itulah tujuan infografik dan artikel ini.
Jom tengok!
Banyak yang boleh berlaku walaupun setelah anda menempah tiket kapalterbang anda. Contohnya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yang di naiki rosak menyebabkan anda tertinggal pesawat. Atau kelewatan perlepasan pesawat pula mengakibatkan anda kerugian duit kerana anda terlepas pertunjukan teater atau konsert yang tiketnya berharga ratusan ringgit. Mungkin juga pesawat tidak dibenarkan berlepas kerana cuaca yang sangat buruk.
Segala kerugian yang anda hadapi dari segi wang ringgit akan diberi pampasan oleh pihak pengendali anda sekiranya anda memiliki takaful perjalanan. Sebagai contoh, Allianz Travel Care menjamin RM 300 pampasan setiap 6 jam kelewatan sehingga maksimum RM 2,000 setiap orang yang diinsuranskan. Manakala jika terlepas perjalanan pula, Allianz membayar sehingga RM 1,000 pampasan setiap orang.
Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah bagasi ketika mengembara. Contohnya seperti kelewatan akibat masalah teknikal, atau kehilangan serta kerosakan ke atas bagasi itu sendiri.
Insurans perjalanan memjamin pampasan ke atas bagasi anda juga. Contohnya, Tokio Marina Travel Partner memberi pampasan sebanyak RM 200 bagi setiap 6 jam kelewatan bagasi sehingga RM 800.
Ini adalah satu manfaat takaful perjalanan yang sangat berguna. Malah kebanyakan tuntutan yang dibuat ke atas polisi perjalanan adalah jenis tuntutan seperti ini.
Wang anda mungkin kehilangan akibat kecurian. Parah juga jika kehilangan wang ketika bercuti di luar negara. Duit perbelanjaan ketika bercuti sudahpun kita sediakan cukup-cukup. Kini terpaksa pula mengeluarkan wang tambahan.
Ini salah satu lagi manfaat takaful perjalanan yang berguna, di mana jika berlakunya kecurian atau rompakan, polisi takaful perjalanan anda akan membayar pampasan terhadapnya.
Contohnya kedua-dua Allianz dan AXA memberikan pampasan sebanyak RM 800 sekiranya berlaku musibah sebegini.
Pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya anda kehilangan telefon bimbit, atau kamera, ataupun passport anda ketika bercuti? Takaful perjalanan sebenarnya akan melindungi anda daripada kerugian jenis ini juga. Anda boleh membuat tuntutan ke atas polisi anda. Tokio Marine misalnya, membayar sehingga jumlah RM 5,000 bagi kehilangan barangan peribadi dengan had setiap barangan berjumlah RM 500.
Sekiranya anda kehilangan passport pula, kos langsung untuk mendapatkan permit perjalanan sementara tidak seberapa. Tetapi kerana ianya berlaku ketika berada di luar negara, anda mungkin terpaksa menyambung tinggal di sana sementara menunggu siapnya permit anda. Ini melibatkan kos penginapan, kos pengangkutan untuk ulang alik ke kedutaan Malaysia, segala kos komunikasi dan sebagainya. Dengan adanya takaful perjalanan, anda boleh membuat tuntutan ke atas segala kos tambahan ini.
Apa yang ramai tidak sedari adalah perlindungan yang diberikan bermula daripada hari anda membeli polisi perjalanan anda. Jadi jika anda sudah pun miliki insurans atau takaful perjalanan bagi sesuatu perjalanan, tetapi akibat kecemasan yang berlaku (seperti kemalangan menimpa ahli keluarga anda), anda terpaksa membatalkan perjalanan anda. Segala kerugian yang anda alami akibat pembatalan ini akan dibiayai oleh syarikat insurans atau takaful and.
Polisi perjalanan juga akan membayar ganti rugi andai kata anda telah pun memulakan perjalanan anda tetapi terpaksa memendekkannya kerana sebab-sebab tertentu, seperti jika anda jatuh sakit.
Segala kerugian bagi deposit dan pembayaran yang telah dibuat bagi tiket kapalterbang, hotel penginapan, tours dan sebagainya boleh dituntut daripada polisi perjalanan. Contohnya, AXA Smart Traveller memberikan pampasan sehingga RM 20,000 sekiranya pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan berlaku.
Apa yang perlu difikirkan oleh semua pelancong ke luar negara ialah apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu kemalangan menimpa diri mereka. Atau adakah mereka dapat membiayai perbelanjaan rawatan dan perubatan sekiranya mereka jatuh sakit ketika di luar negara?
Ini mungkin manfaat yang terpenting bagi pelancong dan pengembara terutama sekiranya mereka tidak memiliki insurans atau takaful perubatan.
Takaful perjalanan memberi pampasan terhadap kos pembedahan, perubatan, elaun hospital harian, penjagaan ehsan serta kos pemeriksaan susulan setelah pulang ke tanahair dan juga kos pemindahan dan penghantaran pulang pesakit. Ia juga memberi pampasan kepada ahli keluarga sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia akibat kemalangan ketika percutian.
Allianz misalnya, memberi jaminan RM 200,000 terhadap kematian akibat kemalangan, manakala AXA pula meberikan sejumlah RM 250,000. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat ini, rujuk artikel ini.
Jangan terlepas infografik mengenai risiko-risiko yang boleh berlaku ketika melancong ke luar negara pula. Klik imej di bawah untuk mendapatkannya.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…
View Comments