Categories: Asas Insurans

Insurans kereta tamat tempoh? Polisi luput?

Adakah insurans kereta anda tamat tempoh dan anda kini mahu membeli insurans kereta? Terlupa untuk memperbaharui insurans kereta anda tepat pada masanya dan polisi anda telah luput?

Ia boleh menjadi sukar untuk membeli insurans kereta jika insurans semasa anda telah tamat tempoh. Atau kerana COVID anda tidak menggunakan kereta anda sama sekali dan mengambil keputusan untuk tidak membuat pembaharuan insurans kereta anda bagi menjimatkan wang. Bagaimanakah anda buat pembaharuan / membeli insurans kereta tanpa insurans kereta yang sedia ada?

Gambar kereta adalah wajib

Kebanyakan syarikat insurans memerlukan gambar kereta anda sebelum anda boleh membeli insurans kereta kerana mereka ingin memastikan bahawa kereta anda tidak mempunyai kerosakan yang sedia ada. Pengalaman yang lepas menunjukkan terdapat segelintir pemilik kereta yang memandu tanpa insurans dan hanya membeli insurans selepas terlibat dalam kemalangan. Dengan gambar sebagai bukti bahawa keadaan kereta anda baik, anda boleh membuat pembaharuan insurans kereta anda.

3 Cara Untuk Melakukan Pembaharuan Insurans Kereta Yang Telah Luput.

Terdapat tiga cara untuk melakukan pembaharuan insurans kereta anda apabila polisi terdahulu anda telah luput : Melalui ejen insurans/takaful, melalui cawangan insurans/takaful atau secara atas talian.

1. Melalui ejen insurans/takaful – Paling mudah.

Cara tradisional dan paling mudah adalah menghubungi ejen insurans untuk membantu anda melakukan pembaharuan insurans kereta anda. Ejen akan menyediakan dokumentasi yang diperlukan dan lazimnya akan turut membeli cukai jalan untuk anda. Ejen akan menerima komisen. Oleh itu, insurans anda akan mahal sedikit berbanding cara lain, kerana anda membayar untuk perkhidmatan ejen insurans.

Related Post

Mencari ejen? Anda boleh menemui ejen profesional yang diperakui dalam Direktori Ejen Insurans ini.

2. Melalui cawangan insurans – Lebih murah, tetapi perlu usaha.

Cara kedua untuk membeli insurans kereta bagi polisi anda yang telah luput adalah terus melalui cawangan insurans. Anda boleh hadir ke cawangan insurans dan memberitahu mereka bahawa anda ingin membeli insurans kereta dengan polisi yang telah luput. Kakitangan cawangan akan memeriksa kenderaan untuk kerosakan sedia ada sebelum menyerahkan insurans kepada anda. Ini memerlukan sedikit usaha daripada anda, tetapi anda boleh menjimatkan 10% dengan cara ini kerana anda tidak membeli melalui ejen insurans.

3. Melalui internet – Paling murah.

Cara ketiga dan cara paling murah untuk membeli insurans kereta adalah secara atas talian. Syarikat insurans menawarkan diskaun yang terbaik dan sering memberi  tawaran istimewa tambahan seperti baucar petrol atau hadiah. Malangnya, tidak banyak syarikat membenarkan anda melakukan pembaharuan secara terus atas talian. Kebanyakan syarikat akan meminta anda menghubungi ejen atau mengunjungi cawangan. Kami telah membuat semakan untuk anda dan di bawah ini adalah senarai syarikat yang membolehkan anda membeli insurans kereta secara atas talian untuk polisi yang telah luput. Anda tidak perlu menunjukkan gambar keadaan kereta anda untuk membeli insurans kereta secara atas talian.

 

CompanyAllow renewal for lapsed policies?Link to buy
Syarikat Takaful MalaysiaYesBuy Online with 10% discount
AXA Affin
NoBuy Online
Tokio MarineNo
Buy Online
Etiqa General Takaful/Insurance
NoBuy Online
Allianz General
NoBuy Online
Berjaya SompoNoBuy Online
MSIG Malaysia?
Buy Online
Tune Insurance
?Buy Online
AIG Malaysia?
Buy Online
Liberty Insurance?
Buy Online

Cara terbaik untuk memperbaharui insurans kereta anda yang luput

  1. Ejen Insurans – Paling mudah
  2. Cawangan insurans – Lebih murah tetapi perlu sedikit usaha.
  3. Atas Talian/Internet – Paling murah

Recent Posts

Insurans Kumpulan: Panduan untuk Majikan Malaysia (Bhg 2)

Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…

3 minggu ago

Insurans Berkumpulan: Panduan untuk Majikan di Malaysia

Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…

1 bulan ago

Apakah Insurans Berkumpulan?

Memahami faedah pekerja boleh menjadi rumit, terutamanya apabila melibatkan insurans berkumpulan. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 bulan ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

2 bulan ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

2 bulan ago