Insurans Perjalanan

Insurans Perjalanan Terbaik di Malaysia – Panduan Terunggul 2019

Dalam Panduan Insurans perjalanan Terunggul ini, kami akan meneliti lapan syarikat insurans untuk mencari Insurans perjalanan Terbaik di Malaysia.

Insurans perjalanan adalah satu pendekatan yang baik untuk melindungi anda daripada sebarang kejadian yang tak diingini yang boleh merugikan anda. Di Malaysia, kita ada 14 syarikat insurans yang menawarkan insurans perjalanan, dan bukanlah mudah untuk membandingkannya dan mencari mana satu Insurans perjalanan Terbaik untuk anda.

Kelebihan membeli secara atas talian adalah ia pantas dan anda boleh melakukannya walaupun anda dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang apabila anda terlupa untuk membelinya. Kelebihan lain adalah banyak syarikat insurans yang menawarkan diskaun tambahan apabila anda membeli secara atas talian.

8 Syarikat Insurans Malaysia yang menawarkan Insurans Perjalanan di dalam talian

#CompanyUser RatingProduct NameWebpage friendliness
1Allianz
Buy Online

(916 reviews)
Travel EasyVERY EASY
2AXA Affin
Buy Online

(233 reviews)
Smart TravellerVERY EASY
3Etiqa Takaful
Buy Online

(2,514 reviews)
TripCare 360 (Takaful)VERY EASY
4Berjaya Sompo
Buy Online

(167 reviews)
Travel Safe Plans A,B,CVERY EASY
5Tokio Marine
Buy Online

(243 reviews)
Travel PartnerVERY EASY
6Tune Insurance
Buy Online

(88 reviews)
Travel EasyVERY EASY
7AIG Malaysia
Buy Online

(220 reviews)
Starter, Basic, Standard, DeluxeEASY

Sumber: Ulasan dan penilaian berdasarkan http://review.ibanding.my bertarikh 1.8.2018

6 Syarikat Insurans Malaysia yang tidak menawarkan Insurans Perjalanan di dalam talian

#CompanyStarProduct NameResources
1Takaful Ikhlas
Find Takaful Ikhlas Agent

(483 reviews)
IKHLAS Kembara PlusWebpage
2Great Eastern General
Find Great Eastern Agent

(44 reviews)
Travel For MoreWebpage
3LonPac
Find Lonpac Agent

(122 reviews)
Easy Travel, TravelNetBrochure Easy Travel |
Brochure TravelNet
4CHUBB
Find CHUBB Agent

(62 reviews)
Travel InsuranceBrochure
5RHB Insurance
Find RHB Agent

(123 reviews)
Travel ProtectorBrochure
6Liberty
Find Liberty Agent

(284 reviews)
TravelStarWebpage

Sumber: Ulasan dan penilaian berdasarkan http://review.ibanding.my bertarikh 1.8.2018

Melanggan Insurans Perjalanan adalah Mudah

Kami menkaji dengan lebih dekat laman web dari kesemua 8 syarikat insurans yang menawarkan insurans perjalanan dalam talian. Kami mendapati kesemuanya menyediakan portal yang sangat mudah untuk digunakan. Kebanyakan di antara laman-laman ini memerlukan hanya beberapa maklumat seperti senarai di bawah bagi mendapatkan sebutharga bagi pelan insurans perjalanan yang ditawarkan:

  1. Siapakah yang akan dilindungi pelan insurans perjalanan? Individu, keluarga atau sekumpulan individu.
  2. Destinasi perjalanan
  3. Tarikh bermula dan berakhirnya perjalanan
  4. Pelan adalah untuk melindungi satu perjalanan sahaja atau pelan tahunan

Jika dibandingkan dengan melanggan insurans kereta secara dalam talian, langganan insurans perjalanan adalah lebih mudah walaupun sekiranya anda tidak mahir tentang insurans. Jika anda masih tidak pasti, teruskan membaca, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana kami menemui insurans perjalanan terbaik bagi keperluan kami.

Pelan insurans perjalanan manakah yang murah?

AirAsia offers great flights to Japan, but Japan is not a cheap place to have vacation.

Kebanyakan pengguna sebelum membuat sesuatu langgan insurans, mungkin akan tertanya syarikat manakah yang menawarkan pelan pada harga yang terendah. Jadi kami mengkaji dengan menggunakan contoh perjalanan ke Jepun selama 7 malam bagi pengembara tunggal (single)  berusia 30 tahun. Ini mungkin tidak tepat bagi situasi anda, tetapi ia dapat memberi kita gambaran kasar perbezaan harga di antara syarikat-syarikat insurans yang terdapat di dalam talian. Berikut adalah hasilnya.

NumberCompanyProduct NameJapan - Single in RM
1Berjaya SompoTravel Care Basic30.25
2Tune InsuranceTravel Easy31.50
3AIG MalaysiaBasic32.00
4AXA AffinSmart Traveller VIP39.00
5AIG MalaysiaStandard47.00
6Tokio MarineTravel Partner47.50
7EtiqaTripCare 360 Gold48.70
8Berjaya SompoTravel Care Elite49.00
9MSIG MalaysiaPlan 153.50
10AllianzTravel Easy55.00
11MSIG MalaysiaPlan 275.25
12AIG MalaysiaDeluxe80.00

Perbezaan harga yang ketara!

Harga pelan perjalanan bagi contoh di atas yang kami dapati daripada syarikat-syarikat tersenarai adalah di antara RM 30.25 (paling murah) hingga RM 80. Apa yang baik adalah pada amnya, harga Insurans Perjalanan adalah rendah dan mampu dimiliki. Terutama sekali jika anda memikirkan kesan tidak memiliki insurans perjalanan boleh menyebabkan kerugian beratus ribu ringgit sekiranya anda jatuh sakit di negara lain.

Berdasarkan senarai di atas, terdapat 12 jenis produk Insurans Perjalanan yang boleh anda langgan di dalam talian. Sebenarnya, sesetengah syarikat seperti AIG menawarkan liputan produk yang berbeza-beza, maka jumlah produk insurans perjalanan melebihi jumlah syarikat insurans.

Soalan kami “Pelan insurans perjalanan manakah yang termurah?” mudah dijawab. Dalam kes ini, pelan insurans perjalanan termurah adalah Travel Basic Care Berjaya Sompo yang hanya memerlukan kos RM 30.25. Malah, ianya lebih murah berbanding satu Combo Chicken 6 keping ayam dari KFC.

Travel insurance for a trip to Japan is cheaper than a 6-piece chicken combo from KFC

Adakah murah semestinya lebih baik?

Jawapan yang jelas adalah tidak. Apabila ia berkaitan dengan insurans, harga murah tidak semestinya yang terbaik untuk anda. Soalan yang lebih baik untuk ditanyakan ialah “insurans perjalanan manakah yang TERBAIK bagi diri saya”.

Sekiranya kita lihat dari segi perlindungan perubatan dan kelewatan perjalanan, dengan jelas kami dapati bahawa harga Travel Care Basic oleh Berjaya Sompo juga adalah yang terendah di kalangan 12 insuran perjalanan. Akan tetapi, pelan Berjaya Sompo ini hanya merangkumi perlindungan perubatan sebanyak RM 100,000 berbanding Deluxe Travel Insurance AIG yang meyediakan perlindungan perubatan sehingga RM 1,000,000. Perbezaan itu sangat besar!

CompanyProduct NameJapan - Single in RMMedical ExpensesTravel Delay
Berjaya SompoTravel Care Basic30.25RM 100,000RM 0
AIG MalaysiaDeluxe80.00RM 1,000,000RM 150

Berdasarkan sinario kami, harga pelan perjalanan insurans AIG ialah RM 80 dan hampir 3 kali lebih mahal daripada harga pelan yang ditawarkan oleh Berjaya Sompo, tetapi perlindungan perjalanan dari AIG adalah 10 kali lebih tinggi. Selain itu, Travel Care Basic Berjaya Sompo tidak memberikan pampasan terhadap kelewatan perjalanan, manakala AIG membayar RM 150 selepas 6 jam kelewatan. Jika anda mementingkan nilai kepada wang anda, maka pelan AIG adalah lebih berbaloi daripada Berjaya Sompo. Tetapi sekali lagi, hanya kerana AIG menawarkan perlindungan perubatan yang lebih tinggi dan pampasan terhadap kelewatan perjalanan, ia tidak semestinya pelan perjalanan yang terbaik bagi anda.

Is Cheaper insurance also the Better Travel Insurance?

Pelan insurans perjalanan manakah yang terbaik untuk saya?

Jadi jika harga bukan kaedah terbaik dalam menentukan pelan insurans perjalanan yang bersesuaian, apa pula caranya? Ramai ejen akan bersetuju bahawa jawapannya bergantung kepada keperluan anda. Berapa banyak pelan insurans yang sudah anda miliki? Adakah anda  sudah berkahwin atau masih bujang? Adakah anda mempunyai pinjaman rumah yang perlu dibayar atau anda tinggal bersama ibubapa anda?

Sebaik sahaja anda mengetahui lebih lanjut mengenai Insurans Perjalanan dan bagaimana ia melindungi anda semasa percutian anda, anda boleh membuat keputusan sendiri.

Di bawah ini, kami berikan panduan langkah demi langkah asas bagaimana anda boleh dapatkan insurans perjalanan yang terbaik untuk anda. Pemberitahuan: iBanding tidak bertindak sebagai penasihat kewangan mahupun sebagai ejen insurans, serta kami tidak menjual pelan insurans, oleh itu, panduan ini adalah pendapat kami semata-mata. Pembaca dinasihatkan berbincang dengan merka yang layak untuk mendapatkan pandangan sebelum melanggan pelan insurans.

Langkah 1: Apakah yang membimbangkan anda ketika mengembara?

Dalam langkah pertama, anda perlu fikirkan tentang musibah yang mungkin berlaku yang boleh melibatkan kerugian wang. Sebagai contoh, 3 musibah berikut adalah yang paling kerap berlaku semasa di luar negara.

1. Penerbangan ditangguhkan lebih daripada enam jam

Musibah yang paling kerap berlaku semasa perjalanan adalah kelewatan penerbangan. Kelewatan penerbangan selama sejam atau dua walaupun menyusahkan, pada kebiasaannya tidak akan menyebabkan kerugian yang melampau. Akan tetapi, kelewatan penerbangan yang melebihi 6 jam, bukan sahaja merumitkan anda, tetapi boleh mengakibatkan kerugian besar dan kos tambahan. Anda mungkin ketinggalan penerbangan sambungan atau perlancong yang telah ditempah di destinasi.

Kelewatan ini juga mungkin menyebabkan anda perlu bermalam di hotel tanpa rancangan terdahulu. Banyak perkara yang boleh berlaku akibat kelewatan penerbangan yang di luar kawalan anda, serta mengakibatkan kos tambahan. Ketua Pegawai Eksekutif iBanding Luke Roho menceritakan pengalamannya mengenai penerbangan AirAsia yang dibatalkan di dalam artikel ini:  What I Did When My AirAsia Flight Was Cancelled and How I Received RM 700 for It

Jadi, perlindungan terhadap kelewatan penerbangan perlu diberikan keutamaan apabila memilih pelan insurans perjalanan.

2. Kehilangan atau kelewatan bagasi

Pernahkah anda tiba di lapangan destinasi dan dapati bagasi anda tidak tiba? Jaket tebal musim sejuk yang telah dimuatkan di dalamnya tidak tiba pada anda membiarkan anda kesejukan di luar negara. Atau business suit mahal yang anda sediakan untuk mesyuarat penting hilang bersama bagasi anda. Jika bagasi anda hilang atau lewat lebih sehari, semestinya anda perlu membeli beberapa barang seperti berus gigi, baju dan pakaian dalaman tambahan. Tidak mungkin anda akan membuang masa menunggu di bilik hotel sehingga bagasi anda dijumpai. Anda semestinya ingin memanfaatkan masa terhad yang dimiliki untuk menikmati percutian anda. Ini hanya akan mengakibatkan kos tambahan yang tidak dirancang.

Perlindungan terhadap kehilangan atau kelewatan bagasi adalah prioriti kedua dalam memilih pelan insurans perjalanan.

3. Sakit ketika mengembara

Salah satu kebimbangan ketika mengembara terumata di negara kos sara hidupnya tinggi ialah jika kita jatuh sakit. Kos perubatan di negara-negara ini boleh mencecah ribuan ringgit walaupun bagi rawatan ringan, apatah lagi jika memerlukan rawatan sirius seperti pembedahan.

Sekiranya anda jatuh sakit semasa percutian anda, seperti keracunan makanan atau demam selsema, anda mungkin tidak dapat menunggu sehingga anda pulang ke tanahair untuk berjumpa doktor. Lawatan ke klinik sebagai warga asing di Jepun boleh menelan belanja kira-kira RM 220 – 730. Bukan sahaja kita dikenakan bayaran yang lebih tinggi sebagai warga asing, malah matawang ringgit yang  rendah dan kadar pertukaran yang tinggi menjadikan lawatan doktor atau hospital di negara maju seperti Jepun, Korea, Australia atau Amerika Syarikat amat tinggi.

Apa yang lebih teruk adalah jika anda mengalami kemalangan atau perlu diwadkan di hospital. Kos rawatan yang mencecah ratusan ribu ringgit adalah perkara biasa bagi kes seperti ini.

Oleh itu, perlindungan perubatan adalah perlindungan ketiga penting dalam memilih Insurans Perjalanan.

 

Jadi, dengan beberapa contoh dan sinario yang diberikan, kami berpendapat bahawa tiga faktor yang perlu diberikan perhatian ketika mengembara adalah: Kelewatan penerbangan, kelewatan atau kehilangan bagasi dan perbelanjaan perubatan. Anda mungkin tertanya bagaimana pula dengan kemalangan peribadi, ketidakupayaan kekal, pendapatan hospital, kos pengkebumian dan sebagainya.

Adakah Perlindungan Kemalangan Peribadi tidak mustahak?

Banyak perlindungan lain yang mungkin lebih penting bagi anda, jadi anda perlu menieliti dengan terperinci dan bandingkan antara pelan insurans yang berbeza-beza. Dalam contoh kami, kami hanya mengambil kira 3 insiden atau musibah yang sering berlaku. Iaitu kelewatan penerbangan, kelewatan atau kehilangan bagasi dan keperluan perubatan semasa mengembara.

Banyak syarikat insurans yang menawarkan insurans perjalanan akan syorkan perlindungan kemalangan peribadi. Ini bermakna jika anda meninggal dunia akibat kemalangan ketika di dalam perjalanan atau percutian anda, penerima atau benefisiari anda akan dibayar sejumlah wang pampasan daripada pelan perjalanan tersebut. Sebagai contoh, Berjaya Sompo Basic (pelan perjalanan paling murah seperti dilihat di atas) akan membayar RM 100,000, manakala AIG (pelan perjalanan paling mahal) akan membayar RM 300,000.

Insurans Perjalanan tidak sesuai dalam melindungi kematian anda

Sebab mengapa Kemalangan Diri bukan keutamaan kami ialah kerana insurans perjalanan tidak sesuai dalam melindungi kematian orang yang diinsuranskan. Sekiranya anda ingin menjamin keselamatan kewangan orang yang anda sayangi setelah ketiadaan anda, anda seharus dilindungi bukan sahaja semasa percutian anda tetapi SEPANJANG MASA. Adalah tidak masuk akal untuk menginsuranskan diri anda terhadap kematian tidak sengaja hanya semasa percutian.

Related Post

Insurans Perjalanan bukan Insurans Hayat

Jika anda bimbang tentang keselamatan kewangan keluarga anda setelah kematian anda, apa yang anda perlu miliki adalah Insurans Hayat atau secara alternatif, anda juga boleh dapatkan Insurans Kamalangan peribadi selama setahun, setiap tahun. Ini akan memberikan pampasan terhadap kematian sepanjang masa dan bukan sekadar hanya ketika di perjalanan.

Langkah 2: Berapa banyakkah perlindungan yang diperlukan?

Dalam langkah ke-2, kita perlu lihat sejauh mana perlindungan yang diperlukan untuk lindungi kita daripada 3 musibah yang paling dibimbangkan.

1. Penerbangan ditangguhkan lebih daripada enam jam

Syarikat-syarikat insurans menawarkan jumlah yang telah ditetap setelah penangguhan atau kelewatan penerbangan mencecah sesuatu waktu yang tetap. Sebagai contoh, Tokio Marine memberikan RM 200 jika penerbangan ditangguhkan selama enam jam dan RM 200 lagi bagi setiap 6 jam berikutnya. Ini berterusan setiap 6 jam sehingga mencecah jumlah maksimum RM 3,600. Ini bersamaan kelewatan atau penangguhan penerbangan selama 4 setengah hari.

Kerana kini penerbangan pada kebiasanya tidak ditangguhkan selama beberapa hari, kita tidak perlu menekankan pada bayaran maksimum. Kebarangkalian ianya berlaku adalah sangat tipis sekali. Jadi apa yang kita wajar pentingkan di sini adalah jumlah yang dibayar selepas 6 jam pertama, kerana ini kemungkinan besar berlaku.

Di sini, Syarikat Insurans Etiqa adalah unik di kalangan syarikat insurans kerana ia membayar RM 100 di atas kelewatan penerbangan selama hanya 2 jam. Kelewatan 2 jam biasa berlaku, terutamanya bagi penerbangan antarabangsa.

Kriteria Pemilihan: Apabila kita melihat pada jumlah pampasan kelewatan penerbangan, kita mahukan jumlah yang paling tinggi. Semakin tinggi jumlahnya lebih baik.

2. Kelewatan atau kehilangan bagasi

Di sini kita mengambil pendekatan yang sama seperti kelewatan penerbangan. Daripada melihat jumlah pembayaran maksimum untuk kelewatan atau kehilangan bagasi, kita melihat jumlah yang dibayar selepas 6 jam kelewatan bagasi. Tune Insurance misalnya, membayar RM 200 bagi setiap 6 jam kelewatan bagasi sehingga sejumlah maksima RM 1,000 yang bersamaan 30 jam kelewatan.

Kriteria Pemilihan: Kami lebih mementingkan syarikat insurans yang membayar jumlah yang besar selepas 6 jam kelewatan. Semakin tinggi jumlahnya lebih baik.

3. Keperluan rawatan dan perubatan ketika mengembara

Perbezaan terbesar di kalangan syarikay-syarikat insurans adalah dari segi perlindungan perubatan yang ditawarkan. Contohnya, Berjaya Sompo memberikan jumlah terendah sebanyak RM 100,000 manakala AIG menawarkan nilai tertinggi sebanyak RM 1,000,000.

Semakin tinggi jumlah perlindungan akan meningkatkan harga pelan yang perlu kita bayar bagi Insurans Perjalanan kita. Inilah antara sebabnya mengapa AIG juga merupakan pelan insurans perjalanan paling mahal di pasaran.

Sekali lagi kami tekankan, dalam memilih pelan yang terbaik bagi diri anda, anda perlu membuat keputusan dari segi keperluan diri sendiri – apakah jumlah perbelanjaan perubatan yang masuk akal bagi anda untuk perjalanan anda. Tanpa pandangan pakar dari segi perbelanjaan perubatan di negara-negara asing, kami mengambil pendekatan dari sudut jumlah perlindungan paling popular. RM 300,000 adalah liputan yang disediakan oleh kebanyakan pelan insurans perjalanan, jadi kami percaya ia adalah pilihan yang selamat untuk mengatakan bahawa insurans yang dipilih perlulah menyediakan sekurang-kurangnya RM 300,000 bagi tujuan rawatan dan perubatan.

Kriteria Pemilihan: Pampasan perbelanjaan perubatan mestilah RM 300,000 atau lebih tinggi.

Insuran perjalanan Terbaik untuk anda

Dengan hanya mengambil dua langkah mudah, (1) Tetapkan jenis perlindungan yang paling penting bagi anda dan (2) Tetapkan jumlah perlindungan yang anda perlukan, kami telah mengurangkan bilangan produk Insurans Perjalanan daripada 11 kepada 9 pelan. Kami telah menyenaraikan 9 pelan ini berdasarkan kriteria pemilihan kami bermula dengan pelan yang paling menepati kriteria sehingga yang paling menepati kriteria.

9 Pelan Insurans Perjalanan yang Terbaik bagi Anda

RankingCompanyProduct NameTravel Delay (6 hours)Luggage DelayMedical ExpensesJapan - Single
1AllianzTravel Easy300800 (max)300,00055.00
2EtiqaTripCare 360 Gold1001,000300,00048.70
3Tune InsuranceTravel Easy200200300,00031.50
3AXA AffinSmart Traveller VIP200200300,00039.00
3Tokio MarineTravel Partner200200300,00047.50
3MSIG MalaysiaPlan 1200200300,00053.50
4MSIG MalaysiaPlan 2200200400,00075.25
5Berjaya SompoTravel Care Elite150200350,00049.00
6AIG MalaysiaDeluxe1501501,000,00080.00

Senarai di atas menunjukkan insurans Allianz Travel Easy adalah yang TERBAIK kerana ia memberikan pampasan paling tinggi selepas 6 jam kelewatan perjalanan (RM 300), pampasan tertinggi untuk kelewatan bagasi selepas 6 jam (RM 800) dan memenuhi keperluan kami sebanyak RM 300,000 untuk perbelanjaan perubatan.

Di tempat kedua, kami telah memilih TripCare 360 ​​Gold oleh Etiqa. Ia memberikan pampasan terhadap kelewatan penerbangan selama 2 jam, tetapi untuk penangguhan penerbangan 6 jam, ianya lebih rendah daripada Allianz’s Travel Easy. Juga untuk kelewatan bagasi, pampasannya sedikit lebih rendah daripada Allianz (RM 500 berbanding RM 800), tetapi masih melebihi semua produk insurans perjalanan yang lain.

Di tempat ketiga, kami memilih 4 syarikat insurans perjalanan yang mempunyai jumlah yang sama bagi kelewatan perjalanan dan kelewatan bagasi: Tune, Axa Affin, Tokio Marine dan MSIG. Kesemua syarikat menyediakan:

  • Kelewatan Perjalanan RM 200
  • Kelewatan Bagasi RM 200
  • Perbelanjaan Perubatan RM 300,000

Jika anda ingin membeli yang termurah di antara 4 syarikat insurans perjalanan, maka Tune Insurance adalah pilihan anda pada harga RM 31.50.

Insurans Perjalanan Terbaik bagi Pelancong Tunggal:

Allianz Travel Easy

Insurans terbaik yang memenuhi keperluan kami ialah Allianz Travel Easy. Insurans Perjalanan Allianz menyediakan jumlah tertinggi sebanyak RM 300 selepas 6 jam kelewatan penerbangan. Semua syarikat insurans lain hanya menyediakan RM 200 atau kurang daripada itu.

Allianz adalah unik apabila berlaku Kelewatan Bagasi. Daripada membayar jumlah tetap selepas 6 jam, ia akan membayar sehingga RM 800 berdasarkan “barang keperluan” seperti kelengkapan dan pakaian. Ini bermakna anda perlu menyimpan resit pembelian apabila anda membeli sesuatu keperluan akibat kelewatan bagasi. “Barang keperluan” tidak merangkumi barangan mewah yang tidak dianggap penting bagi keperluan. Di sini nasihat kami jika ia berlaku kepada anda, hubungi talian Allianz dan semak apakah barangan yang boleh dibeli dan apa yang tidak, terutama sebelum membeli barangan yang mahal. Syarikat insurans lain hanya membayar jumlah tetap seperti RM 200.

Allianz Travel Easy memberi pampasan terhadap Perbelanjaan Perubatan sehingga RM 300,000 yang juga merupakan jumlah minimum yang kami ‘tentukan’.

 

Allianz Travel Easy berharga RM 55.00 bagi contoh sinario perjalanan kami. Berbanding RM 31.50 pelan Berjaya Sompo dengan perbezaan harga RM 23.50.

Insurans Perjalanan Terbaik bagi Perjalanan bersama Ejen Perlancongan:

Tokio Marine Travel Partner

Travel Partner Tokio Marina menawarkan sesuatu yang unik yang tidak ditawarkan oleh syarikat insurans lain, iaitu: Kehilangan Deposit Perjalanan atau Pembayaran Pakej Perjalanan.

MATTA Fair adalah tempat terbaik bagi ramai pengguna untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk tiket penerbangan dan pakej pelancongan dari ejen-ejen pelangongan. Walau bagaimanapun, sering kali kita kedengaran berita tentang ejensi perjalanan yang jatuh muflis atau lari dengan wang pelanggan. Pelan Travel Partner oleh Tokio Marine memberikan pampasan terhadap kehilangan deposit perjalanan anda sehingga sejumlah RM 3,000.

Insurans Kembara Paling Murah untuk Pengembara Perseorangan:

Berjaya Sompo Travel Care Basic

Berjaya Sompo menawarkan insurans paling murah dalam senarai harga kami. Kami percaya jika anda melancong dengan menaiki kapal terbang, anda memang seharusnya mendapatkan insurans kembara. Jika anda seorang yang suka berjimat, bolehlah membeli Travel Care Basic daripada Berjaya. Beberapa ringgit yang anda belanjakan untuk insurans kembara paling murah ini akan memberikan anda banyak manfaat yang jauh lebih baik daripada langsung tidak mempunyai insurans kembara.

Kesudahan:

Pelan Insurans Perjalanan Terbaik di Malaysia:

  1. Allianz – Travel Easy Travel Insurance
  2. Etiqa – TripCare 360 (Takaful) Travel Insurance
  3. Tune Insurance – Travel Easy Travel Insurance
  4. AXA Affin – Smart Traveller Travel Insurance
  5. Tokio Marine – Travel Partner Travel Insurance
  6. MSIG Malaysia – Plan 1, Plan 2 Travel Insurance
  7. Berjaya Sompo – Travel Care Basic, Elite Travel Insurance
  8. AIG Malaysia – Basic, Standard, Deluxe Travel Insurance

Adakah anda setuju dengan senarai kami? Tinggalkan komen atau pengalaman anda berkenaan insurans perjalanan anda di bawah.

View Comments

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

24 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago