1. Majikan saya sudah menyediakan perlindungan insurans untuk saya. Perlukah saya membeli insurans sendiri?
Secara amnya, insurans yang disediakan untuk para pekerja terhad dari segi kad perubatan (jika ada) dan wang pampasan kemalangan, kecacatan atau kematian. Tambahan pula, pelan insurans tersebut tidak boleh dibawa bersama anda sekiranya anda bertukar tempat kerja.
Oleh itu, setiap orang disyorkan untuk membeli polisi insurans sendiri. Untuk mendapatkan nasihat perancangan insurans yang lebih tepat, kongsi bersama ejen insurans anda perancangan hidup anda, dan pilih pelan insurans yang dapat menolong mencapai matlamat anda.
2. Jika saya sudah mempunyai insurans hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?
Insurans hayat perlu dimiliki kerana dapat menolong menstabilkan situasi kewangan apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kematian. Walaupun begitu, perlindungan insurans hayat agak terhad dalam menampung kos perubatan.
Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, kad perubatan kini sudah menjadi suatu keperluan. Dengan adanya kad perubatan, anda dapat membuat tuntutan untuk kos-kos seperti penginapan hospital, rawatan, pembedahan, dan lawatan susulan. Â
Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis insurans yang diperlukan di sini.
3. Apakah usia ideal untuk membeli insurans?
Tiada umur yang khusus untuk membeli insurans; semuanya bergantung kepada kemampuan anda dan jika anda mempunyai tanggungan. Orang ramai sentiasa disyorkan untuk membeli insurans seawal yang boleh kerana bayarannya lebih murah apabila kita lebih muda. Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi penyakit dan ini menyebabkan kos premium yang lebih tinggi.
Sebagai panduan, waktu yang paling baik untuk membeli insurans ialah apabila sudah mula bekerja dan bakal mendirikan rumah tangga.
4. Adakah premium insurans saya akan meningkat setiap tahun?
Ini merupakan antara soalan paling penting yang perlu dibincangkan dengan ejen anda. Salah faham tentang isu ini telah banyak menyebabkan orang ramai berasa keliru dengan pelan mereka.
Perlu diketahui bahawa sesetengah pelan mempunyai bayaran yang amat murah sewaktu baru bermula, dan mula meningkat setelah beberapa tahun. Ada pula yang jumlah bayarannya ditetapkan sepenuh tempoh polisi itu. Pastikan ejen anda menerangkan pelan bayaran dengan jelas sebelum anda membeli pelan insurans tersebut.
5. Apakah yang akan terjadi jika saya tidak dapat membayar premium saya?
Pelan perlindungan insurans merupakan suatu pelaburan jangka panjang, dan anda disyorkan untuk memulakan pelan anda apabila betul-betul mampu. Kos perubatan dan manfaat insurans hayat anda tidak akan dapat dituntut sekiranya anda tidak membayar premium yang sepatutnya.
Jika tidak mampu dengan pelan yang lebih mahal, mulakan dengan pelan asas yang lebih murah dahulu. Kebanyakan pelan insurans mempunyai pilihan untuk dinaiktaraf apabila kewangan anda lebih stabil.
6. Apakah yang akan terjadi jika saya ingin membatalkan polisi saya?
Seperti yang dijelaskan, insurans perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Jika boleh, elakkan daripada membatalkan polisi anda, lebih-lebih lagi jika anda telah memegang polisi tersebut selama bertahun-tahun.
Namun begitu, ada baiknya jika anda ketahui lebih awal apakah pulangan yang anda mungkin dapat sekiranya pembatalan terpaksa dibuat. Ada polisi yang akan terbatal begitu sahaja tanpa sebarang pulangan. Ada pula polisi yang mula menjana ‘cash value’ semakin lama anda memegang polisi tersebut, dan ‘cash value’ ini akan dipulangkan kepada anda sewaktu pembatalan. Ejen anda dapat memberikan anggaran pulangan yang lebih tepat berdasarkan jenis polisi anda.
7. Bagaimana jika saya tidak mengalami apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?
Pemikiran terbaik apabila membeli insurans ialah dengan berharap yang anda tidak akan perlu menggunakannya. Namun begitu, ejen anda masih perlu memberitahu anda tentang pulangan yang dapat anda jangkakan sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan.
Kebanyakan pelan insurans mempunyai sistem No Claims Bonus di mana anda mendapat insentif sekiranya tiada tuntutan pampasan dibuat. Jika pelan anda mempunyai ‘cash value’, minta ejen anda untuk terangkan jumlah pulangan anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan hingga akhir tempoh polisi tersebut.
8. Selain tuntutan berkaitan perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh saya perolehi melalui pelan insurans saya?
Setiap syarikat insurans mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai manfaat tambahan untuk memaksimumkan perlindungan anda. Ada yang menyediakan elaun harian sewaktu anda diwadkan, dan ada juga pelan insurans yang mempunyai komponen pelaburan, di mana sebahagian premium anda disalurkan ke dalam komponen yang berfungsi sebagai akaun simpanan. Kongsikan keutamaan-keutamaan anda untuk memudahkan ejen anda mengesyorkan manfaat tambahan terbaik untuk anda.
9. Apakah yang akan berlaku sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?
Walaupun penting, soalan ini jarang sekali diajukan kepada ejen insurans. Oleh kerana ada ejen insurans yang berubah hala karier, anda perlu tahu langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya ejen anda tidak lagi bertugas untuk menyelia polisi anda.
Dalam situasi sebegini, selalunya syarikat insurans akan memaklumkan anda tentang perletakan jawatan ejen anda melalui surat. Surat tersebut mengandungi nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat ejen baru anda.
Anda boleh memilih untuk kekal dengan ejen baru ini, atau jika anda mengenali ejen insurans lain yang lebih anda gemari, anda boleh mengemukakan permohonan untuk memindahkan polisi anda di bawah jagaan ejen insurans pilihan anda itu.
Perkara yang paling penting dalam memastikan pelan insurans anda menepati rancangan masa depan anda ialah dengan mendapatkan nasihat ejen yang memahami visi hidup anda. Klik sini untuk temui ejen yang sesuai dengan stail anda.
farhan
Januari 8, 2018 3:42 pmSalam,
Saya ingin mohon kebenaran pihak admin agar saya dapat berkongsi info dari website ibanding ke dalam website saya iaitu takafulikhlasplanner.blogspot.my dan https://www.facebook.com/TakafulAgen846 .
Saya harap pihak tuan dapat pertimbangkan permohonan saya.
Terima kasih
farhan
Selina
Januari 9, 2018 11:33 pmSudah tentu boleh! Silakan 🙂
Ariffin
Februari 1, 2018 11:34 amSalam tuan mohon share..
Selina
Februari 1, 2018 11:55 amSilakan. 🙂
Faidzal
Ogos 26, 2018 6:24 pmMohon share.Selina
Selina
Ogos 27, 2018 11:20 amSilakan 🙂
Zarif
September 4, 2018 9:19 amBaru ambil insuran. Agen terangkan plan bayar rm150. Tup tup tolak rm300. Rasa tertipu pulak. Plus tiada hantar apa2 email regarding pengesahan dah jadi customer atau contract.
Kalau saya surrender insuran..agen affected tak?
Selina
September 4, 2018 11:54 amSemak dahulu dengan ejen semula, mengapa ada tambahan RM150. Kalau pelan ni bukan polisi insurans kenderaan, ianya ada cooling off period, selalunya dalam masa 2 minggu di mana encik boleh surrender pelan anda tanpa dikenakan penalti. Ejen akan affected di mana ejen tidak akan dapat komisyen. Harap menbantu.
Vella
September 25, 2018 8:43 pmSaya nak tanya satu soalan. Masa menjual kad insurance nyawa/ perubatan, agent selalu coverage bermula dengan segera apabila company sudah menerima bayaran pertama Dan seterusnya setiap bulan. Tetapi apabila nak Guna mereka kata kena tunggu 3 bulan. Baru-baru kawan saya kena. Dia beli kad insurans perubatan untuk anaknya. Lepas 2 minggu anaknya kena demam panas, cirit birit. Nak masuk hospital swasta, tapi hospital tak mahu terima kad insurance ITU; katanya mana-mana insurance company kad perubatan hanya boleh guna lepas 3 bulan. Contact company, mereka pun mengesahkan ITU.
Pada pendapat saya, TIPUlah itu. Kata coverage mula dengan segera.
Iskandar
April 24, 2019 9:32 pmizinkan sy share di wall fb sy iaitu Iskandar Norzlan yee .Sy akan credit kpd blog awak ini .Terima kasih banyak
Rae
Mei 7, 2019 5:46 pmok!terima kasih!
Ahmad Fadzir
Mei 20, 2019 4:05 pmAgent(telemarketing) offer Life Insurance dan buat perbandingan dengan P.A insurance. Anggota keselamatan(penjawat awam) pun dicovernya. Deal setuju dan pemotongan auto debit telah pun dibuat. Tapi bila surat polisi sampai insuran tidak melindungi bagi pekerja keselamatan(badan beruniform). Apakah tindakkan yang sepatutnya yang dilakukan oleh saya setelah berasa tertipu dengan telemarketer.
Rae
Mei 23, 2019 8:27 pmAnda boleh menghubungi syarikat insurans tersebut untuk membatalkan insurans itu. Sekiranya insurans tersebut tidak melibihi 2 minggu, anda boleh dapatkan jumlah penuh yag anda telah bayar. Jika sudah melebihi 2 minggu, anda akan cuma dapatkan jumlah bukan penuh. Anda boleh mempertikaikan hal ini kepada syarikat insurans anda secepat mungkin.
azie
Jun 11, 2019 10:38 pmbaru ni sy ada ambil TAKAFULINK WANITA . dan agen tersebut ambil wang pendahuluan rm 360 untuk bayaran 2 bulan awal . sy buat permohonan pd hujung bulan 4 dlm 23/4/2019 dan sy dpt email permohanan diluluskan pada 13/05/2019 tp pada 4/6/2019 sudah ada penolakan di akaun bank rm180 . sy nk tanya memang wang pendahuluan tu bukan bayaran untuk 2 bulan awal insurans yg kita beli ke ? atau sy kena game?
Rae
Jun 14, 2019 10:52 amIni susah dipastikan tanpa merujuk kepada polisi. Sekiranya anda ingin kami periksa, anda boleh emel kami polisi anda ke [email protected] dan kami akan review polisi anda.
Paranthaman
Jun 29, 2019 1:16 pmPernohonan surat pembatalan polisi Sunlife.
Rae
Julai 2, 2019 8:21 pmKami tak faham kehendakan anda.
Nukman Zaki
Julai 9, 2019 9:44 amTuan pakai takaful n medical card yang mana?
luke
Julai 10, 2019 12:48 amAdakah anda sedang mencari insurans untuk sendiri?
Nor
Julai 17, 2019 2:13 pmKalau sy ambil insurns utk sepnjg hayat,lepas tu sy nk tukar plan nk ambil utk tempoh 10 tahun,blh ke?atau sy kena stopkan dulu plan insurns sy yg lama dulu?tq
luke
Julai 19, 2019 5:26 pmIni bergantung kepada syarikat insurans anda serta polisi anda. Anda boleh mendapat bantuan lebih di http://www.kamibantu.org
faez
Oktober 27, 2019 1:46 pmBolehkah kita menukar jumlah sumbangan insurans bulanan kepada yang lebih minimum ?
Rae
Oktober 28, 2019 6:45 amYa anda boleh buat sedemikian tetapi kami tidak galakkan untuk membuat sedemikian. Seeloknya tukar frekuensi bayaran, bayaran tahunan adalah lebih rendah dari jumlah bayaran bulanan.
Rahman
Disember 18, 2019 8:53 pmSaya ingin bertanya, saya ada join prudential bsn takaful (medical card). Tiap2 bulan saya perlu bayar rm311 oleh kerana berat badan yang tidak ideal. Saya berumur 21tahun. Agen insurans saya kata jika saya sudah dapatkan berat badan yang ideal dan membuat medical checkup dan jika berat normal & ideal, bayaran akan di olah semula. Adakah benar? Kerana ada agensi insurans lain pula berkata seperti terlalu mahal kerana walaupun berat yang tidak ideal/normal, bayaran bulanan hanya lingkungan rm200/250 sebulan. Minta perkongsian
Rae
Januari 8, 2020 5:18 amHal ini susah dipastikan sekiranya premium anda terlalu mahal tanpa merujuk kepada polisi anda. Kemungkinan polisi anda mempunyai coverage khas seperti penyakit kritikal (kanser dll). Tetapi sekiranya polisi anda adalah asas, ya premium anda adalah terlalu tinggi. Sekiranya, anda ingin bantuan selanjut dari kami, sila emel kami dengan polisi ada ke [email protected] Anda juga boleh rujuk artikel kami untuk memngetahui medical card di pasaran sekarang.
https://www.ibanding.com/best-medical-card-in-malaysia/
firdaus
Januari 5, 2020 10:37 amboleh terangkan berkenaan insuran kelompok utk persatuan silat? berapakah bayarannya & apakah faedah2 kepada ahli persatuan?
Rae
Januari 13, 2020 5:57 pmKami tidak dapat menasihatkan anda mengenai insurans kelompok kerana kami tidak mempunyai maklumat yang lebih lanjut seperti nama syarikat insurans dan polisi.
DAYANG
April 5, 2020 12:00 pmapakah kesan sekiranya mempunyai hubungan atara ejen dan prinsipal?
Nabihah
Mei 26, 2020 1:34 amSaya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak dan merancang untuk mengambil polisi insurans. Pendapat tuan lebih baik saya mengambil secara berpasangan atau secara individu?
Rae
Jun 11, 2020 10:01 pmSecara individu adalah pilihan terbaik. Anda boleh letakkan nama pasangan anda sebagai beneficiary.
Syah
Mei 27, 2020 3:12 amAsalammualaikum w.b.t
Saya ingin bertanyakan soalan. Saya ada membuat insurans perubatan dibawah prudential bsn takaful dan melalui agen. Berikutan dengan masalah saya iaitu, saya tidak membayar insurans tersebut sudah hampir tiga bulan atas beberapa faktor terutama musim covid-19 ini. Agen saya cakap, sekiranya saya tidak membayar selepas bulan 5 policy akan lapse. Dan bila saya kata nak terminated dia kata tak boleh terminate selama setahun kalau tidak nanti agen saya yang kena bayarkan untuk saya atas sebab saya berdaftar dengan dia.. Saya nak mohon pencerahan. Saya betul² menghadapi masalah terutama musim covid ini..
Rae
Jun 11, 2020 10:00 pmSekiranya insurans anda lapse, ia akan dibatalkan secara automatik. Anda boleh hubungi syarikat untuk pembatalan. Ejen anda kemungkinan besar terpaksa bayar balik komision kepada syarikat insurans tersebut yang beliau dapat apabila anda batal.
Amirul
Jun 29, 2020 2:34 pmSaya baru beli insuran dengan bsn.Sebulan saya kena bayar rm143.70 selama 15 tahun.Pulangan yang mereka bagitau lepas 15 tahun tu rm20 000.Tapi bila saya darabkan semula,sepatutnya saya dapat rm25 866.Kenapa lagi kurang ya?
Rae
Julai 5, 2020 3:28 amPerbezaan tersebut adalah jumlah yang anda bayar untuk perlindungan insurans. Bergantung kepada jenis insurans, ia kemungkinan adalah perlindungan kematin ataupun perubatan. Sekiranya anda cuma ingin menyimpan wang, lebih baik anda buka akaun simpanan. Anda akan dapat jumlah tersebut serta faedah.
Muhamad Fazirol
Ogos 6, 2020 9:49 amSaya dan isteri berumur 31 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Lelaki (3 tahun) dan perempuan (1 Tahun). Sebelum ini saya ada mengambil takaful kad perubatan great eastern secara personal sebelum berkahwin tetapi saya telah membatalkannya tahun lepas kerana mengalami masalah kewangan. Sekarang saya rasa adalah masa yang terbaik untuk saya ambil semula takaful kad perubatan kerana telah keadaan kewangan sudah kembali stabil. Soalan saya, lebih baik saya mengambil takaful secara individu untuk saya, isteri dan anak-anak saya atau ambil secara family plan? Terima kasih.
Rae
Ogos 16, 2020 1:11 amFamily plan akan lebih murah.
Aivy
Disember 17, 2020 8:35 pmPertanyaan :
Saya mempunyai Insuran Hayat, 2 Insuran Hospital…Baru-baru ni saya ada kawan selalu offer pada saya untuk beli insuran darinya. Perlu ke saya beli dalam erti kata beli insuran lagi???Terima kasih.
Justine
Disember 21, 2020 3:56 pmTidak perlu. Lebih baik jika anda dapat meningkatkan nilai insurans yang ada (jumlah yang diansurkan) daripada membeli insurans nyawa ataupun insurans hospital yang lain. Untuk menjimatkan duit, anda boleh pertimbangkan untuk batal salah satu daripada insurans hospital anda.
v bucks generator
Februari 3, 2021 4:03 pmGenuinely no matter if someone doesn’t know afterward its up to other visitors that they will assist, so here it takes place.|
Shakira
Mac 9, 2022 4:14 pmMohon share