3. Apakah usia ideal untuk membeli insurans?
Tiada umur yang khusus untuk membeli insurans; semuanya bergantung kepada kemampuan anda dan jika anda mempunyai tanggungan. Orang ramai sentiasa disyorkan untuk membeli insurans seawal yang boleh kerana bayarannya lebih murah apabila kita lebih muda. Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi penyakit dan ini menyebabkan kos premium yang lebih tinggi.
Sebagai panduan, waktu yang paling baik untuk membeli insurans ialah apabila sudah mula bekerja dan bakal mendirikan rumah tangga.
4. Adakah premium insurans saya akan meningkat setiap tahun?
Ini merupakan antara soalan paling penting yang perlu dibincangkan dengan ejen anda. Salah faham tentang isu ini telah banyak menyebabkan orang ramai berasa keliru dengan pelan mereka.
Perlu diketahui bahawa sesetengah pelan mempunyai bayaran yang amat murah sewaktu baru bermula, dan mula meningkat setelah beberapa tahun. Ada pula yang jumlah bayarannya ditetapkan sepenuh tempoh polisi itu. Pastikan ejen anda menerangkan pelan bayaran dengan jelas sebelum anda membeli pelan insurans tersebut.
5. Apakah yang akan terjadi jika saya tidak dapat membayar premium saya?
Pelan perlindungan insurans merupakan suatu pelaburan jangka panjang, dan anda disyorkan untuk memulakan pelan anda apabila betul-betul mampu. Kos perubatan dan manfaat insurans hayat anda tidak akan dapat dituntut sekiranya anda tidak membayar premium yang sepatutnya.
Jika tidak mampu dengan pelan yang lebih mahal, mulakan dengan pelan asas yang lebih murah dahulu. Kebanyakan pelan insurans mempunyai pilihan untuk dinaiktaraf apabila kewangan anda lebih stabil.
6. Apakah yang akan terjadi jika saya ingin membatalkan polisi saya?
Seperti yang dijelaskan, insurans perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Jika boleh, elakkan daripada membatalkan polisi anda, lebih-lebih lagi jika anda telah memegang polisi tersebut selama bertahun-tahun.
Namun begitu, ada baiknya jika anda ketahui lebih awal apakah pulangan yang anda mungkin dapat sekiranya pembatalan terpaksa dibuat. Ada polisi yang akan terbatal begitu sahaja tanpa sebarang pulangan. Ada pula polisi yang mula menjana ‘cash value’ semakin lama anda memegang polisi tersebut, dan ‘cash value’ ini akan dipulangkan kepada anda sewaktu pembatalan. Ejen anda dapat memberikan anggaran pulangan yang lebih tepat berdasarkan jenis polisi anda.
7. Bagaimana jika saya tidak mengalami apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?
Pemikiran terbaik apabila membeli insurans ialah dengan berharap yang anda tidak akan perlu menggunakannya. Namun begitu, ejen anda masih perlu memberitahu anda tentang pulangan yang dapat anda jangkakan sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan.
Kebanyakan pelan insurans mempunyai sistem No Claims Bonus di mana anda mendapat insentif sekiranya tiada tuntutan pampasan dibuat. Jika pelan anda mempunyai ‘cash value’, minta ejen anda untuk terangkan jumlah pulangan anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan hingga akhir tempoh polisi tersebut.
8. Selain tuntutan berkaitan perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh saya perolehi melalui pelan insurans saya?
Setiap syarikat insurans mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai manfaat tambahan untuk memaksimumkan perlindungan anda. Ada yang menyediakan elaun harian sewaktu anda diwadkan, dan ada juga pelan insurans yang mempunyai komponen pelaburan, di mana sebahagian premium anda disalurkan ke dalam komponen yang berfungsi sebagai akaun simpanan. Kongsikan keutamaan-keutamaan anda untuk memudahkan ejen anda mengesyorkan manfaat tambahan terbaik untuk anda.
9. Apakah yang akan berlaku sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?
Walaupun penting, soalan ini jarang sekali diajukan kepada ejen insurans. Oleh kerana ada ejen insurans yang berubah hala karier, anda perlu tahu langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya ejen anda tidak lagi bertugas untuk menyelia polisi anda.
Dalam situasi sebegini, selalunya syarikat insurans akan memaklumkan anda tentang perletakan jawatan ejen anda melalui surat. Surat tersebut mengandungi nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat ejen baru anda.
Anda boleh memilih untuk kekal dengan ejen baru ini, atau jika anda mengenali ejen insurans lain yang lebih anda gemari, anda boleh mengemukakan permohonan untuk memindahkan polisi anda di bawah jagaan ejen insurans pilihan anda itu.
Perkara yang paling penting dalam memastikan pelan insurans anda menepati rancangan masa depan anda ialah dengan mendapatkan nasihat ejen yang memahami visi hidup anda. Klik sini untuk temui ejen yang sesuai dengan stail anda.
View Comments
Salam,
Saya ingin mohon kebenaran pihak admin agar saya dapat berkongsi info dari website ibanding ke dalam website saya iaitu takafulikhlasplanner.blogspot.my dan https://www.facebook.com/TakafulAgen846 .
Saya harap pihak tuan dapat pertimbangkan permohonan saya.
Terima kasih
farhan
Sudah tentu boleh! Silakan :)
Salam tuan mohon share..
Silakan. :)
Mohon share.Selina
Silakan :)
Baru ambil insuran. Agen terangkan plan bayar rm150. Tup tup tolak rm300. Rasa tertipu pulak. Plus tiada hantar apa2 email regarding pengesahan dah jadi customer atau contract.
Kalau saya surrender insuran..agen affected tak?
Semak dahulu dengan ejen semula, mengapa ada tambahan RM150. Kalau pelan ni bukan polisi insurans kenderaan, ianya ada cooling off period, selalunya dalam masa 2 minggu di mana encik boleh surrender pelan anda tanpa dikenakan penalti. Ejen akan affected di mana ejen tidak akan dapat komisyen. Harap menbantu.
Saya nak tanya satu soalan. Masa menjual kad insurance nyawa/ perubatan, agent selalu coverage bermula dengan segera apabila company sudah menerima bayaran pertama Dan seterusnya setiap bulan. Tetapi apabila nak Guna mereka kata kena tunggu 3 bulan. Baru-baru kawan saya kena. Dia beli kad insurans perubatan untuk anaknya. Lepas 2 minggu anaknya kena demam panas, cirit birit. Nak masuk hospital swasta, tapi hospital tak mahu terima kad insurance ITU; katanya mana-mana insurance company kad perubatan hanya boleh guna lepas 3 bulan. Contact company, mereka pun mengesahkan ITU.
Pada pendapat saya, TIPUlah itu. Kata coverage mula dengan segera.
izinkan sy share di wall fb sy iaitu Iskandar Norzlan yee .Sy akan credit kpd blog awak ini .Terima kasih banyak
ok!terima kasih!
Agent(telemarketing) offer Life Insurance dan buat perbandingan dengan P.A insurance. Anggota keselamatan(penjawat awam) pun dicovernya. Deal setuju dan pemotongan auto debit telah pun dibuat. Tapi bila surat polisi sampai insuran tidak melindungi bagi pekerja keselamatan(badan beruniform). Apakah tindakkan yang sepatutnya yang dilakukan oleh saya setelah berasa tertipu dengan telemarketer.
Anda boleh menghubungi syarikat insurans tersebut untuk membatalkan insurans itu. Sekiranya insurans tersebut tidak melibihi 2 minggu, anda boleh dapatkan jumlah penuh yag anda telah bayar. Jika sudah melebihi 2 minggu, anda akan cuma dapatkan jumlah bukan penuh. Anda boleh mempertikaikan hal ini kepada syarikat insurans anda secepat mungkin.
baru ni sy ada ambil TAKAFULINK WANITA . dan agen tersebut ambil wang pendahuluan rm 360 untuk bayaran 2 bulan awal . sy buat permohonan pd hujung bulan 4 dlm 23/4/2019 dan sy dpt email permohanan diluluskan pada 13/05/2019 tp pada 4/6/2019 sudah ada penolakan di akaun bank rm180 . sy nk tanya memang wang pendahuluan tu bukan bayaran untuk 2 bulan awal insurans yg kita beli ke ? atau sy kena game?
Ini susah dipastikan tanpa merujuk kepada polisi. Sekiranya anda ingin kami periksa, anda boleh emel kami polisi anda ke support@ibanding.my dan kami akan review polisi anda.
Pernohonan surat pembatalan polisi Sunlife.
Kami tak faham kehendakan anda.
Tuan pakai takaful n medical card yang mana?
Adakah anda sedang mencari insurans untuk sendiri?