Kebanyakan kita sudah pun biasa dengan insurans kenderaan memandangkan ianya mandatori/ wajib di negara kita bagi setiap kenderaan bermotor. Tidak hairan lah mengapa ianya jenis kelas insurans yang terbesar di negara kita. Pada tahun 2015, jumlah kenderaan baru yang didaftarkan adalah sebanyak 666,674 buah. Di mana 591,298 adalah milik persendirian.
Dengan jumlah kenderaan yang begitu tinggi di negara kita, kemalangan jalanraya juga tidak kurang jumlahnya. Ia malah telah menjadi kebiasaan bagi kita. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah kemalangan jalanraya mencatat sebanyak 470,000 kes, yang menyebabkan 6,600 kematian.
Bagaimana pula dengan kereta yang dicuri? Bila kita berbincang tentang insurans kenderaaan, bukan saja kita perlu sebut tentang kemalangan, tetapi juga tentang kecurian. Pada tahun 2014, jumlah kereta yang dicuri adalah 34,117 buah.
Angka-angka ini dapat memberi gambaran kepada kita tentang kebarangkalian kejadian ini berlaku pada diri kita sendiri, tidak kiralah bertapa berwaspadanya kita. Jadi eloklah sekiranya kira mempunyai “backup plan” sekiranya ia berlaku. Backup plan yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk insurans kenderaan.
Insurans kenderaan bermotor adalah polisi insurans yang melindungi kenderaan anda (yang bermotor seperti kereta, motosikal, bas dan lori) daripada risiko seperti kecurian dan kerosakan kerana kemalangan.
Pada umumnya terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan di Malaysia, cuma terma dan syarat mungkin ada perbezaan sedikit mengikut syarikat-syarikat insurans dan takaful.
1. Polisi pihak ketiga
2. Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
3. Polisi komprehensif
Ini merupakan polisi yang paling asas bagi insurans kenderaan. Perlindungannya adalah terhad maka bayaran premiumnya adalah yang terendah berbanding polisi lain.
Di Malaysia, setiap kenderaan bermotor perlu memiliki sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga ini. Malah, di saat sebuah kenderaan dibeli, anda perlu juga membeli polisi insurans. Memandu/ menunggang kenderaan yang tidak memiliki insurans adalah salah di sisi undang-undang.
Polisi ini melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga (pihak lain) jika berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kerugian pada kenderaan mereka. Mahupun tuntutan di atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan yang berpunca dari anda.
Polisi ini seperti juga polisi pihak ketiga di atas, tetapi perlindungannya merangkumi risiko tambahan.
Selain daripada risiko yang telah disebut di atas (polisi pihak ketiga), polisi ini juga melindungi kenderaan anda dari risiko kerugian disebabkan kemalangan dan jugak kecurian dan kebakaran tidak sengaja.
Jika anda memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, ia bermakna anda boleh buat tuntutan jika kereta anda mengalami kerugian disebabkan oleh cubaan mencuri (contoh pintu dikopek, cermin dipecahkan), mahupun jika berlaku kebakaran pada kereta anda. Apa yang tidak dilindungi adalah daripada tuntutan kerugian kereta anda disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kesimpulannya:
Perlindungan polisi komprehensif adalah yang paling menyeluruh. Di negara kita, jika anda membeli kereta baru dengan pinjaman bank, anda diwajibkan membeli polisi jenis ini bagi kereta baru anda.
Polisi ini bukan sahaja melindungi anda dari semua risiko-risiko yang telah disebut di atas, malah ia juga melindungi anda dari kerugian kereta anda dan kecederaan pada diri anda sendiri jika berlakunya kemalangan.
Nasihat yang sering diberi ialah apabila anda memiliki kereta baru atau kereta mewah, anda wajar membeli polisi komprehensif. Sebab utama adalah kerana kos membaiki kereta yang berharga tinggi ini tidak lah murah. Anda mungkin tidak memerlukan polisi komprehensif jika:
Sebelum kami akhiri artikel ini, kami ingin menegaskan bahawa tiada polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian pada diri sendiri atau pada penumpang anda. Jika anda meluangkan banyak masa anda memandu, adalah sangat dinasihatkan bahawa anda perlu mendapatkan insurans yang melindungi diri anda dari kemalangan dan kecederaan.
Sumber bacaan lain:
http://www.carama.com/tips-and-advice/facts-and-figures-about-motor-insurance-in-malaysia
https://www.miros.gov.my/1/page.php?id=17
http://www.livescience.com/43462-countries-crash-death-rates.html
http://www.vtrec.net/
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…