Pixelated Sdn. Bhd. (Katsana) sebuah syarikat data telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat insurans dan Takaful pada awal bulan lepas untuk membangunkan produk insurans kenderaan berasaskan penggunaan.
Dalam usaha sama ini, Katsana yang memfokuskan kepada insurans kenderaan berasaskan penggunaan kini akan menyediakan platform kepada Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad bagi membolehkan mereka memperkenalkan produk sebegini kepada pelanggan mereka.
Dalam masa yang sama juga, ketiga-tiga buah syarikat insurans dan Takaful ini akan bekerja sama dengan Katsana untuk memajukan lagi serta mempromosikan aplikasi telematiknya – DriveMark, iaitu satu aplikasi yang membolehkan pengumpulan data seperti tabiat pemanduan pengguna.
DriveMark – aplikasi menjejaki tingkah laku pemandu
Data yang dikumpulkan oleh aplikasi DriveMark yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit melalui pergerakan kenderaan akan dihantar ke platform Katsana untuk diproses.
Ini membolehkan syarikat insurans yang bekerja sama dengan Katsana untuk menyediakan produk insurans kenderaan berasaskan penggunaan yang lebih bersesuaian.
Pada masa yang sama, pemandu yang memiliki aplikasi DriveMark menilai tabiat pemanduan sendiri dan mengenal pasti corak yang berisiko.
Pada bulan Julai tahun ini, AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) telah pun memlancarkan produk insurans telematik yang pertama di Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila baca artikel ini.
Leave a Comment