Apa yang perlu anda lakukan jika dilanggar dan dicederai oleh pemandu yang tidak dilindungi oleh polisi insurans yang sah?

Kebanyakan pengguna Malaysia sudah tahu jika berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan, anda boleh buat tuntutan pihak ketiga ke atas syarikat insurans kenderaan pihak bersalah. Tetapi apa akan terjadi jika kenderaan yang menyebabkan kemalangan itu tidak memiliki perlindungan insurans. Daripada siapakah anda boleh buat tuntutan?

Di sini pihak Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau) atau MIB akan memainkan peranan.

MIB telah ditubuhkan pada 15 Jan 1968 melalui perjanjian yang dimeterai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat-syarikat insurans Am Malaysia dan biro (MIB) itu sendiri. Tujuan penubuhan MIB adalah bagi menyediakan bantuan pampasan kewangan kepada mangsa kemalangan (semada sebagai pemandu, penumpang atau pejalan kaki), jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak memiliki polisi insurans.

 

biro insurans motor

 

Terdapat beberapa langkah penting yang perlu anda ambil untuk membuat tuntutan dari MIB:

1. Hantar tuntutan anda terus ke MIB atau lantik seorang peguam untuk melakukan tuntutan bagi pihak anda.

2. Anda perlu mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar anda (contoh WTG 1234). MIB tidak membayar pampasan bagi kes langgar lari.

3. Anda perlu membuat tuntutan dalam jangka masa tiga (3) tahun dari tarikh kemalangan.

4. Jika anda melantik seorang peguam dan beliau meneruskan dengan memfailkan tindakan undang-undang, beliau perlu memaklumkan pihak MIB dalam masa 30 hari dari pemfailan tindakan undang-undang tersebut. Beliau juga perlu menyediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan.

5. MIB akan hanya memberi pampasan bagi kecedaraan pada diri. Tiada pampasan akan diberi bagi kerosakan ke atas kenderaan dan harta benda.

6. Jumlah pampasan bergantung pada budi bicara dan pertimbangan MIB.

7. Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

a) Laporan yang menerangkan tentang kemalangan anda, niat anda untuk menuntut pampasan dan beberapa dokumen yang lain

b) Laporan polis (perlu disertakan nombor pendaftaran pihak bersalah)

c) Laporan polis pihak ketiga (jika ada)

d) Laporan perubatan

Sila sediakan satu set salinan dan hantar dokumen asal ke:

Biro insurans motor

Biro insurans motor

*Juga untuk kemalangan yang berlaku di Sabah & Sarawak.

 

Bila anda terima balasan dari pihak MIB, bayaran sebanyak RM 100 diperlukan bagi memulakan siasatan ke atas kemalangan anda. Memandangkan pihak MIB mengubah polisi dalaman mereka dari masa ke semasa, dan proses mungkin akan mengambil masa yang lama, maka kami nasihatkan anda supaya menghubungi pihak MIB untuk follow-up setiap bulan.

Malangnya MIB masih tidak ketahui ramai. Namun MIB wujud dan sedia ada untuk melindungi penduduk Malaysia dari menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. Jika anda masih tidak pasti bagaimana untuk failkan tuntutan anda pada MIB, sila hubungi kami untuk bantuan selanjutnya. Anda boleh berhubung melalui laman Facebook kami.