Kecederaan Akibat Pemandu Tidak Berinsurans? Biro Insurans Motor Sedia Membantu

Apa yang perlu anda lakukan jika dilanggar dan dicederai oleh pemandu yang tidak dilindungi oleh polisi insurans yang sah?

Kebanyakan pengguna Malaysia sudah tahu jika berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan, anda boleh buat tuntutan pihak ketiga ke atas syarikat insurans kenderaan pihak bersalah. Tetapi apa akan terjadi jika kenderaan yang menyebabkan kemalangan itu tidak memiliki perlindungan insurans. Daripada siapakah anda boleh buat tuntutan?

Di sini pihak Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau) atau MIB akan memainkan peranan.

MIB telah ditubuhkan pada 15 Jan 1968 melalui perjanjian yang dimeterai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat-syarikat insurans Am Malaysia dan biro (MIB) itu sendiri. Tujuan penubuhan MIB adalah bagi menyediakan bantuan pampasan kewangan kepada mangsa kemalangan (semada sebagai pemandu, penumpang atau pejalan kaki), jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak memiliki polisi insurans.

 

 

Terdapat beberapa langkah penting yang perlu anda ambil untuk membuat tuntutan dari MIB:

1. Hantar tuntutan anda terus ke MIB atau lantik seorang peguam untuk melakukan tuntutan bagi pihak anda.

2. Anda perlu mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar anda (contoh WTG 1234). MIB tidak membayar pampasan bagi kes langgar lari.

3. Anda perlu membuat tuntutan dalam jangka masa tiga (3) tahun dari tarikh kemalangan.

4. Jika anda melantik seorang peguam dan beliau meneruskan dengan memfailkan tindakan undang-undang, beliau perlu memaklumkan pihak MIB dalam masa 30 hari dari pemfailan tindakan undang-undang tersebut. Beliau juga perlu menyediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan.

5. MIB akan hanya memberi pampasan bagi kecedaraan pada diri. Tiada pampasan akan diberi bagi kerosakan ke atas kenderaan dan harta benda.

6. Jumlah pampasan bergantung pada budi bicara dan pertimbangan MIB.

7. Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

a) Laporan yang menerangkan tentang kemalangan anda, niat anda untuk menuntut pampasan dan beberapa dokumen yang lain

Related Post

b) Laporan polis (perlu disertakan nombor pendaftaran pihak bersalah)

c) Laporan polis pihak ketiga (jika ada)

d) Laporan perubatan

Sila sediakan satu set salinan dan hantar dokumen asal ke:

Biro insurans motor

*Juga untuk kemalangan yang berlaku di Sabah & Sarawak.

 

Bila anda terima balasan dari pihak MIB, bayaran sebanyak RM 100 diperlukan bagi memulakan siasatan ke atas kemalangan anda. Memandangkan pihak MIB mengubah polisi dalaman mereka dari masa ke semasa, dan proses mungkin akan mengambil masa yang lama, maka kami nasihatkan anda supaya menghubungi pihak MIB untuk follow-up setiap bulan.

Malangnya MIB masih tidak ketahui ramai. Namun MIB wujud dan sedia ada untuk melindungi penduduk Malaysia dari menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. Jika anda masih tidak pasti bagaimana untuk failkan tuntutan anda pada MIB, sila hubungi kami untuk bantuan selanjutnya. Anda boleh berhubung melalui laman Facebook kami.

 

 

 

 

View Comments

  • Contoh.. Kalau excident Then Sudah Ada runner insuran amik kes saya... Adakah saya boleh mohon lagi insuran mib ni? Maaf bertanya harap pihak anda bagi respon.. Terima kasih

    • Hai Muhammad. Fungsi MIB ialah sekiranya pihak yang bertanggungjawab terhadap kemalangan yang mengakibatkan kecederaan tidak memiliki insurans. Hanya dalam kes seperti ini boleh mohon dari MIB. Bagi kes encik, boleh berikan maklumat lanjut tentang progress atau kesudahan kes ini?

  • Hi. Suami saya trlibat dlm kemalangan di mana telah melanggar sorg budak menaiki basikal lajak pd waktu mlm n budak tu mengalami retak sedikit di tulang bahu + luka2 di muka. Pda msa yg sama, insuran kereta suami da tamat sebulan. Baru2 ni ayah budak telefon n beritahu xada lawyer yg nak amek kes sbb kereta xade insuran. Ayah ny minta suami bayar pampasan. Perlu ke suami bayar pampasan pd hal kes kemalangan ni bkn suami yg bersalah. Atau pn ayah ny perlu rujuk kpd mib?

    • Hai Atira.

      Boleh minta bapa si mangsa hubungi MIB untuk kes sebegini. Jika perlu, dapatkan bapa hubungi kami. Kami cuba membantu.

  • Salam. Saya ingin bertanya. Dalam kes ibu saya, pertama, ibu saya dilanggar oleh penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen dan motosikal yang ditunggang pulak bukan miliknya. Yang kedua, sewaktu kejadian, kereta yang dipandu oleh ibu saya berhenti di tepi bagi memberi laluan kepada si penunggang kerana kawasan kampung yang agak sempit, namun begitu, penunggang panik dan merempuh kereta ibu saya dan penunggang mengalami kecederaan patah tangan dan ibu saya juga telah menghantar penunggang tersebut ke hospital berdekatan. Sewaktu kejadian, ibu saya tidak menghubungi polis atau ambulans. Ketiga, sehari selepas kejadian, ibu saya membuat laporan polis di balai berdekatan dan pihak insuran kereta saya memaklumkan bahawa penunggang tersebut telah membuat dua tuntutan insurans kereta ibu saya, namun hanya insurans bahagian kecederaan sahaja dapat dituntut yang menyebabkan NCD ibu saya balik ke asal. Untuk makluman, ibu saya tidak membuat tuntutan insurans atas kerosakan kereta disebabkan oleh kemalangan kerana tidak mahu NCD balik ke asal tetapi si penunggang telah membuat NCD kereta ibu saya balik ke asal! Selain itu, kita menuntut untuk membayar kerosakan kereta juga, si penunggang tidak mahu membayar. Keempat, hari ni saya dapat surat dari firma guaman. Si penunggang menuntut bayaran lagi atas kemalangan yang sudah berlaku empat bulan lalu. Apa yang perlu ibu saya buat. Memang hanya mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda saja ke yang perlu membayar semua ni?

  • Salam..saya nak bertanya,2 tahun lepas saya mengalami kemalangan(terbabas) yang menyebabkan saya kehilangan anggota fizikal..tetapi dalam masa yang sama..tiada membuat laporan polis sebab orner moto yang saya tunggang itu takut kerana moto dalam keadaan tidak baik..bolehkah saya ingin meminta papasan ataupun macam mana.??

  • Salam dan selamat petang..ada cara x untuk berhubung dengan sesiapa berkenaan tuntutan MIB ni.no. contact staf MIB atau sesiapa yg berkenaan....

    • Salam Mohd. Nizam.

      Maaf, kami tidak ada nombor lain selain daripada general line MIB. Kami juga belum pernah berurusan dengan mereka.

  • Assalamualaikum.
    Sahabat saya telah dilanggar oleh kereta dan mengalami kecederaan serius dikepala. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan.

  • Sahabat saya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan yang tidak diketahui dan kini dia dalam keadaan koma. Laporan polis telah dibuat oleh pihak keluarga. Adakah beliau layak untuk membuat tuntutan?

  • saya yg menunggang motor telah dilanggar oleh kereta dan mengalami patah jari kaki yg menyebabkan saya tidak boleh berjalan dlm masa 2 bulan, insurans apakah yg saya boleh tuntut? bolehkah saya tuntut insurans utk kecederaan saya? adakah insurans itu utk bil hspital sahaja?

  • Haritu sy dh terlibat dgn accdnt dan mengali cacat kekal iaitu putus jari yg mna melanggar kenderaan yang tiada insurans.Berapakah tuntutan yg saya layak dapat jika MIB uruskan?

  • apakah yang perlu saya buat,bolehkah dan bagaimana cara untuk tuntut pampasan akibat kemalangan,semasa kejadian motor kedua2 pihak tiada insurans dan roadtex,apa tindakan perlu buat kerana akibat kejadian pihak hospital buat pembedahan buang limpa(Grade 3 Splenic injury)

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

1 hari ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

3 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago