OK sebelum kita menjawab soalan tajuk artikel kali ini, biarlah kita ingatkan diri kita bahawa memandu tanpa lesen adalah kesalahan yang tidak sepatutnya diambil mudah. Malangnya sesetengah daripada kita sebagai pemandu tidak memandang serius perkara ini.
Ramai yang menganggap kebolehan memandu saja sudah cukup bagi seseorang untuk memandu kereta di jalanraya. Dengan pemikiran sebegini, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak-anak remaja mereka memandu kereta mereka walaupun masih belum memiliki lesen yang sah.
Malah setiap kali pihak polis dan JPJ mengadakan operasi, kesalahan tertinggi yang didapati ialah kesalahan memandu tanpa lesen. Dalam tahun 2014 dan 2015 sahaja, lebih 630,000 pemandu dan penunggang motosikal yang dikenakan saman kerana kesalahan tersebut. Kesalahan ini juga adalah antara penyebab utama kadar kemalangan jalanraya yang tinggi setiap tahun.
Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, jika anda ditahan ketika memandu tanpa lesen, anda akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Tetapi semenjak tahun 2016, pesalahan tidak sekadar dikenakan saman dan kompuan, malah akan diheret terus ke mahkamah.
Pesalah-pesalah juga boleh didakwa di bawah Seksyen 90 jika didapati tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful kenderaan yang sah. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Di bawah undang-undang yang sama, pihak berkuasa juga akan terus merampas kenderaan yang dipandui. Pemilik sebenar kenderaan akan dipanggil untuk memungut semula yang dirampas. Pemilik juga akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana membenarkan pemandu tanpa lesen sah memandu kenderaan milik mereka.
Ini adalah tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa dalam menangani isu peningkatan kesalahan memandu tanpa lesen dan juga untuk membendung kadar kemalangan jalanraya.
Memang diakui, kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan, termasuklah lupa tentang tarikh luput lesen memandu kita. Jadi apa akan terjadi sekiranya kita terlibat dalam kemalangan ketika lesen kita sudah tamat tempoh?
2 senario yang kita akan perhatikan:
Jika anda adalah pemandu yang berlesen tetapi berkemalangan ketika lesen sudah tamat tarikh, tuntutan takaful anda tidak akan ditolak oleh pengendali takaful. Cuma pastikan takaful atau insurans adalah sah. Fuh lega!
Ini adalah kerana anda masih memiliki lesen memandu yang sah dari segi undang-undang. Anda cuma ‘terlupa’ untuk memperbaharui (renew) lesen anda.
Akan tetapi, anda masih boleh dikenakan kompaun kerana memandu dengan lesen yang telah tamat tempoh. Kompaun yang dikenakan adalah mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan denda maksimum RM300. Lihat risalah dibawah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya Malaysia.
Lain pula dengan senario di atas, ini kes sekiranya pemandu memang langsung tidak memiliki lesen memandu.
Bagi pemandu ini, sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya, tuntutan takaful atau insurans tidak akan dilayan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful. Samalah kes jika mereka memiliki lesen hanya bagi menunggang motosikal, tetapi semasa kemalangan mereka memandu kereta.
Jadi jika anda membiarkan kereta atau motosikal anda dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen, jika kenderaan anda remuk dipandu atau ditunggangnya, anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap kerosakan kenderaan anda. Terpaksalah anda membayar sendiri segala kos membaiki kereta anda.
Bagaimana syarikat insurans atau pengendali takaful dapat mengesan kes ini? Mudah. Untuk membuat tuntutan, salah satu dokumen yang diperlukan syarikat insurans atau pengendali takaful adalah salinan lesen memandu anda!
Maka berhati-hatilah ketika meminjam kenderaan kepada orang lain!
Jika anda masih mempunyai pertanyaan atau kemusykilan tentang perkara berkaitan lesen memandu dan tuntutan insurans, tujukannya ke forum insurans iBanding di sini. Pakar industri yang terdiri daripada ejen-ejen takaful dan insurans dapat membantu menjawab pertanyaan anda.
Jangan lupa share artikel ini setelah membaca, dan Like kami di laman Facebook kami untuk mendapatkan artikel-artikel terbaru setiap minggu!
Jika anda sedang mencari ejen insurans yang berpengalaman, dapatkan dari direktori ejen di sini.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…
View Comments
Bagaimana jika ada lesen penuh utk B2 (motosikal 250cc ke bawah), dn cuma ada lesen L (lesen belajar) B full. Jika kemalangan ketika membawa motosikal 500cc ke atas, adakah insuran akan cover?
Saya terlibat kemalangan motosikal pada 30/12.2019 dan mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk.Saya ingin menuntut injury personal claim dari syarikat insurans ( AIG ) tetapi di tolak kerana tiada lesen memandu sedangkan medical report dari hospital jelas menunjukkan kecederaan saya.Apa yang perlu saya buat untuk menuntut injury personal claim?
Hisham
0108026275
Ini bergantung kepada jenis insurans AIG, adakah ia 3rd party insurance? Sekiranya ya anda boleh membuat tuntutan tersebut. Kami boleh membantu anda sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut. Sila hubungi kami di https://kamibantu.com.my/
Tk dgn penjelasan, sangat membantu dlm menyelesaikan masaalah apa bila berlaku perlanggaran mcm saya 1
Saya menunggang motorsikal dan terlibat dalam kemalangan dengan kereta , kesalahan kereta masuk simpang tak beri signal dan saya berlanggar dengan kereta tersebut di jalan lurus . Malangnya roadtax saya mati , sepatutnya pihak kereta tersebut berjanji dengan saya pada malam kemalangan tersebut untuk mengganti semula kerosakan yg agak teruk pada motorsikal saya dan kami bersetuju untuk tidak report pada pihak polis . Tetapi pada keesokan harinya pihak kereta tersebut telah menipu saya dan pergi membuat report . Beliau tidak mahu bekerjasama untuk membaiki motorsikal saya seperti yg dijanjikan beliau . Dan beliau disaman dan menyuruh saya untuk claim insurans kereta beliau . Tetapi roadtax saya mati dan saya hanya mengalami luka yg kecil , bagaimana yg saya harus lakukan ? kerana untuk membaiki sendiri motorsikal kos agak tinggi dan saya tidak mampu kerana terputus kenderaan untuk bekerja ?
Kami minta maaf atas kesulitan anda dan kami harap anda telah pulih.
Anda boleh membuat tuntutan untuk kecederaan dan kerosakan motorsikal anda dari syarikat insuran pihak tersebut. Anda perlu panel bengkel kereta syarikat insurans tersebut dan hubungi adjuster untuk menganggar kerosakan motorsikal anda. Proses tersebut agak rumit oleh itu, kami cadangkan anda dapatkan bantuan dari ejen tuntutan, anda boleh dapatkan bantuan dari: https://kamibantu.com.my/
salam tuan
macam mana pula kalau accident tapi kereta takde insuran and roadtax... accident sendiri
Anda perlu membayar sendiri kos ganti rugi.
macam mana nak claim insurans pihak ke3 tapi dalam masa yg sama roadtax pihak ke 3 telah tamat tempoh?
Prosesnya adalah sama, anda perlu periksa siapa syarikat insurans yang lain pada halaman (https://www.mycarinfo.com.my/NCDCheck/Online) dan ajukan tuntutan. Jangan lupa untuk mendapatkan kelulusan sebelum membaiki kereta anda.
Jika tuan motor tiada lesen dan mengalami kemalangan seperti terlanggar binatang mengalami cedera dan kerosakan teruk pada motor, adakah boleh claim?
Ia bergantung pada jenis syarikat insurans dan jenis insurans. Insurans komprehensif mungkin membayar kerosakan kenderaan tersebut. Insurans kemalangan diri mungkin akan menanggung kecederaan tersebut.
Boleh ke kita claim atas insurans orang yang melanggar jika lesen memandunya telah tamat tempoh
Ia bergantung kepada jenis tuntutan.
Saya di langgar lori dari belakang dan kenderaan saya total lose pada masa yang sama cukai jalan dan insurance tamat tempoh .adakah saya layak untuk claim insurance lori yang langgar kereta saya?
Ya, jika laporan polisi menyatakan bahawa trak itu bersalah 100%.