Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna?
1. Fahami tentang jenis-jenis polisi dan perlindungan yang ditawarkan setiap satu, dan juga ketahui jenis polisi manakah yang anda miliki sekarang
Pemahaman anda terhadap jenis-jenis polisi dan perlindungan setiap jenis polisi akan membantu anda mengenal pasti jenis perlindungan yang anda perlukan. Ini akan membantu anda menjadi pengguna yang lebih bijak terutama dalam membuat perbandingan produk dan syarikat setelah pelaksanaan liberalisasi tarif insurans nanti.
Mulakan dengan artikel ini yang menerangkan jenis polisi dan jenis perlindungan yang ditawarkan.
2. Buat berbandingan harga
Pengguna yang bijak akan buat perbandingan antara syarikat-syarikat insurans untuk mengenal pasti syarikat yang tawarkan produk yang bersesuaian pada harga yang berpatutan dan memenuhi bajet anda. Ingat: profil risiko anda akan menentukan harga yang akan anda bayar bagi insurans kenderaan anda. Setiap syarikat mungkin akan menilai risiko anda dengan cara berlainan yang akan menyebabkan perbezaan harga yang ketara. Anda mungkin tidak dapat membuat banding setiap syarikat yang ada. Jadi dapatkan nasihat ejen-ejen insurans yang mewakili syarikat-syarikat yang berlainan.
3. Pastikan kenderaan anda selamat
Sentiasa pastikan ianya berkunci. Auto-lock berfungsi dengan baik, juga pasangkan dash-cam jika mampu. Semakin selamat kenderaan anda, semakin kurang risiko anda, maka semakin murahlah harga insurans anda.
4. Berfikir sebelum membeli kenderaan baru
Sebelum membeli mana-mana kenderaan, periksa dahulu harga insuransnya. Harga insurans bagi kereta berprestasi tinggi dan kereta sport adalah lebih mahal bukan sahaja kerana nilai mereka yang tinggi tetapi juga risiko kemalangan jalanraya juga lebih tinggi.
5. Pandu dengan cermat dan selamat!
Harga insurans kenderaan akan meningkat jika anda pernah membuat tuntutan daripada syarikat insurans. Jadi pandu cermat dan elakkan kemalangan.
Saya berharap pengguna akan sedar bahawa liberalisasi tarif insurans ini akan memberi kesan kepada penghidupan mereka. Jika pengguna memilih untuk memandu dengan cermat, ini akan bantu menjimatkan wang mereka.
Anthony Lee, Pengerusi Persatuan Insurans Am MalaysiaPIAM)