Liberalisasi tarif bermaksud syarikat insurans diberi kebenaran untuk menggunakan cara tersendiri bagi pengiraan harga insurans kenderaan. Ini bermakna, setiap syarikat insurans dan takaful boleh menetapkan harga masing-masing bagi insurans dan takaful kenderaan.
Selama lebih 30 tahun, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara Malaysia berdasarkan struktur tarif yang ditentukan. Bagi pengguna, ia bermakna harga premium insurans kenderaan adalah lebih kurang sama bagi semua syarikat insurans di Malaysia. Tidak hairanlah mengapa ramai di kalangan kita yang tidak keberatan membeli insurans kenderaan dari mana-mana syarikat sekali pun.
Apakah faktor yang menentukan pengiraan premium hari ini:
1. Harga pasaran kenderaan
2. Size engine kenderaan (cc)
Perubahan yang dibawa oleh perlaksanaan liberalisasi tarif ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada semua pemilik kenderaan bermotor. Antara risiko-risiko yang akan diambil kira dalam pengiraan premium adalah:
Senarai ini mungkin berbeza antara syarikat-syarikat insurans. Mungkin ada syarikat yang lebih ketat dalam pengiraan premium mereka dan menggunakan banyak lagi faktor risiko dalam pengiraan mereka. Manakala mungkin juga ada syarikat yang agak longgar dalam menentukan risiko-risiko untuk pengiraan premium.
Dalam usaha untuk menjadi lebih kompetitif, syarikat insurans akan mula memperkenalkan produk-produk baru sebagai tambahan kepada polisi utama. Bagi pengguna, ini bererti lebih banyak pilihan untuk memenuhi kehendak yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, berapa banyakkah produk ini yang akan dipakejkan sekali di dalam polisi utama yang akan menambahkan kos premium?
Dengan pelaksanaan liberalisasi tarif yang akan memberi kesan terhadap harga premium dan juga dengan adanya pelbagai produk baru, pengguna perlu mula membuat perbandingan harga dan produk. Untuk bersaing secara agresif, syarikat-syarikat insurans terpaksa meningkatkan mutu perkhidmatan mereka agar tidak ketinggalan. Kita sebagai pengguna dijangka dapat menikmati peningkatan mutu seperti process tuntutan dan aduan.
Soalan yang dinanti-nantikan bukan? Malangnya tiada yang boleh memberikan jawapan tepat buat masa ini. Yang pastinya premium akan berbeza-beza mengikut risiko setiap pemandu. Jika pemandu itu dianggap berisiko rendah, seperti tiada rekod tuntutan dan sudah bertahun memandu, dia akan membayar premium lebih rendah dari seorang pemandu yang baru 2 tahun memandu dan pernah membuat tuntutan kerana kemalangan.
Jangan tunggu sehingga hampir tamat tempoh polisi insurans anda untuk membuat persediaan. Tabiat pengguna yang kekal bersama syarikat insurans mereka yang sedia ada mungkin akan menyebabkan kos lagi tinggi berbanding jika mereka melakukan sedikit penyelidikan dan perbandingan harga.
Sebagai langkah pertama, apa yang patut dilakukan oleh pengguna ialah membandingkan syarikat-syarikat insurans dari segi harga, produk dan mutu perkhidmatan. Faktor-faktor yang patut diambil kira ialah:
Dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu dalam membuat persiapan menjelang pelaksanaan liberalisasi tarif pada June 2017 kelak. Di mana sudah ada senarai ringkat syarikat-syarikat insurans yang boleh kita pertimbangkan nanti.
Salah satu usaha iBanding dalam membantu meringankan beban pengguna adalah dengan menyediakan suatu platform bagi pengguna untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap syarikat insurans mereka. Setiap tahun iBanding menganjurkan soal selidik di mana pengguna boleh memberi nilai dan pendapat tentang syarikat insurans kenderaan berdasarkan pengalaman mereka. Di penghujung kempen. IBanding akan mengumpul semua data dan menamakan 3 syarikat yang dinilai sebagai terbaik.
Informasi ini dapat kita gunakan dalam menentukan syarikat insurans dan takaful kenderaan manakah yang patut diberi perhatian dalam usaha kita mencari syarikat yang terbaik untuk kita. Semasa perbandingan harga setelah pelaksanaan liberalisasi tarif nanti, tidak perlulah pengguna membanding harga banyak-banyak syarikat tetapi cuma perlu tumpukan pada syarikat-syarikat yang tersenarai sahaja. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Pengguna dapat membantu usaha ini dengan menjawab soal selidik kempen ini. Lebih ramai pengguna yang menyertai soal selidik ini, lebih tepatlah data yang akan diperolehi.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…