Bayangkan anda seronok kerana akhirnya dapat bercuti ke luar negara. Tapi setiba di lapangan terbang di destinasi, bagasi yang didaftar masuk tidak pula muncul di konveyor, Nak buat apa di situasi begini ya?
Di sini kami akan kongsikan maklumat bagaimana anda boleh dapatkan pampasan bagi kerumitan yang disebabkan oleh kelewatan bagasi, kerosakan serta bagasi yang hilang semasa di dalam transit. Kami juga akan kongsikan beberapa tip oleh traveler pengalaman tentang cara-cara bagi elakkan berlakunya masalah bagasi dan bagaimana cara untuk mengatasinya sekiranya ianya berlaku ke atas diri anda.
Pada tahun 2016, sejumlah 10 juta kes salah urus bagasi telah dilapurkan di seluruh dunia. Dengan peningkatan jumlah penumpang dan laluan penerbangan baru setiap tahun, kesilapan sememangnya tidak dapat dielakkan, terutamanya ketika bagasi dipindahkan daripada satu pesawat ke pesawat lain. Ini meningkatkan lagi risiko bagasi hilang, rosak atau lewat sampai ke destinasi.
Terdapat beberapa cara di mana bagasi boleh disalah uruskan. Pada tahun 2016, laporan menunjukkan bahawa 77% masalah bagasi disebabkan kelewatan akibat kesilapan tagging dan tiket, kegagalan pemuatan ke dalam pesawat, kesilapan kastam atau juga akibat cuaca. Laporan juga menunjukkan 16% daripada masalah bagasi akibat kerosakkan manakala 7% pula hilang atau dicuri.  (Sumber: SITA Baggage Report 2017)
Dapatkan pampasan terhadap bagasi anda yang rosak, hilang mahupun lewat sampai ke destinasi
1. Insurans perjalanan boleh bantu selamatkan percutian anda
Insurans perjalanan adalah cara terbaik bagi melindungi kewangan anda sekiranya berlaku masalah bagasi. Tidak hairanlah mengapa ejensi percutian dan syarikat penerbangan bekerjasama dengan syarikat insurans bagi menyediakan pakej insurans perjalanan.
Contohnya AirAsia, penumpang Premium Flex, Premium Flatbed dan Value Pack Seat menikmati perlindungan kelewatan bagasi dan jaminan 1 jam secara percuma. Jika berlaku kelewatan bagasi lebih daripada 6 jam, pelanggan akan menerima RM120 wang pampasan daripada AirAsia. Tawaran ini hanya khusus buat pelanggan AirAsia.
Tokio Marine sebaliknya pula memberi jaminan pampasan RM200 sekiranya berlaku kelewatan bagasi lebih daripada 6 jam, dan bagi setiap 6 jam berikutnya, dengan pampasan maksima RM800. Jaminan perlindungan ini diberi kepada semua pelanggan Tokio Marine tanpa mengira syarikat penerbangan yang dinaiki.
Ini sememangnya satu penyelamat di saat yang diperlukan. Dengan wang pampasan yang disediakan bagi bagasi yang lewat tiba di destinasi, anda tidak perlu risau untuk membelanjakan wang tambahan bagi mendapatkat keperluan seperti ubat dan berus gigi serta pakaian, sementara menunggu bagasi anda tiba yang kadang-kadang mengambil masa sehingga beberapa hari.
Sekiranya bagasi hilang atau dicuri semasa di dalam transit, anda juga berhak membuat tuntutan terhadap polisi insurans perjalanan anda. Bagi pelanggan insurans perjalanan Tokio Marine, pampasan sehingga RM5,000 diberikan bagi kes sebegini.
Tapi perlu berhati-hati agar tidak membawa barangan berharga di dalam bagasi anda seperti komputer riba atau kamera digital kerana insurans perjalanan tidak akan memberi pampasan terhadap barangan ini sekiranya ianya hilang atau dicuri semasa di dalam bagasi.
2. Syarikat penerbangan juga bertanggungjawab ke atas bagasi anda
Jenis pampasan satu lagi datangnya dari syarikat penerbangan itu sendiri. Melaluinya anda berhak tuntut sehingga RM 6,200 tetapi ianya berlainan mengikut syarikat-syarikat. Maklumat lanjut di sini: Malaysian Aviation Commission (MAVCOM). Anda perlu menyemak sendiri berapakah yang diberi mengikut oleh syarikat penerbangan yang anda naiki. Ini tidaklah semudah insurans perjalanan.
Tapi ingat, jika anda telah pun membuat tuntutan terhadap insurans perjalanan anda (jika ada) anda tidak lagi boleh menuntut dari syarikat penerbangan. Hanya satu jenis tuntutan sahaja yang boleh dilakukan.
Apa yang boleh anda lakukan jika kehilangan bagasi?
Kaunter khidmat bagasi sedia membantu
Sebaik sahaja anda menyedari bahawa bagasi anda tidak muncul atau memang tidak akan muncul di konveyor bagasi, segeralah ke kaunter perkhidmatan bagasi untuk membuat laporan. Berikan segala butiran mengenai penerbangan anda dan butiran bagasi anda serta tunjukkan tag bagasi. Inilah sebab pentingnya tag bagasi anda. Pastikan ianya selamat. Anda juga perlu meninggalkan alamat dan nombor telefon supaya anda boleh dihubungi sebaik sahaja bagasi ditemui.
Insurans perjalanan
Tip-tip elakkan masalah bagasi ketika bercuti
Tip 1: Sebolehnya hanya menempah penerbangan terus atau tidak lebih 1 stop-over (persinggahan)
Lebih banyak persinggah yang dibuat, lebih tinggi risiko bagasi anda hilang, rosak atau lewat di ketibaan. Jadi jika jadual serta bajet anda mengizinkan, sebolehnya hanya menempah penerbangan terus (direct flight) atau yang membuat hanya satu persinggahan.
Tip 2: Elakkan persinggahan yang terlalu singkat
Jika stop-over atau persinggahan tidak dapat dielakkan, pastikan persinggahan itu tidak terlalu singkat. Ini adalah untuk elakkan masalah yang mungkin timbul sekiranya penerbangan yang pertama itu lewat berlepas. Kelewatan ini akan menjadi punca masalah bagi penerbangan seterusnya di mana bagasi mungkin tidak sempat dipindahkan ke penerbangan kedua.
Tip 3: Tinggalkan tanda unik pada bagasi
Bagasi yang berputar di konveyor kadang-kadang kelihatan hampir-hampir serupa. Terutama sekali ketika penumpang yang telah pun penat berada di dalam pesawat selama berjam-jam. Mereka hanya ingin bergegas pulang atau mulakan percutian mereka. Mata pun mula rabun maka kesilapan mudah berlaku.
Jadi pastikan anda tanda bagasi anda dengan tanda yang unik, seperti pelekat atau reben. Ianya diletakkan di tempat yang jelas agar penumpang lain tidak tersalah ambil bagasi anda.
Tip 4: Letakkan tag pengenalan di bagasi
Ramai di kalangan kita menggantung tag pengenalan kita di luar bagasi kita. Walaupun ianya tidak salah, tetapi ia sebenarnya tidak sempurna. Ini adalah kerana kebanyakan bagasi yang hilang terus tanpa boleh dikesan adalah kerana syarikat penerbangan tidak ladi dapat mengenalpasti milik siapa bagasi tersebut.
Jika tag pengenalan masih tergantung di bagasi, mereka dapat mengesan pemiliknya, tetapi jika tag ini pula terjatuh semasa dikendalikan oleh pekerja atau semasa di dalam perjalanan, ianya akan diisytiharkan “hilang” selamanya.
Jadi pastikan anda bukan sekadar menggantung tag pengenalan di luar bagasi, tetapi juga di dalamnya. Ini untuk membolehkan syarikat penerbangan mengesan anda sekiranya ia telah hilang ketika di dalam perjalanan.
Jangan lupa ikut kami di laman Facebook kami agar anda dapat artikel bersama tip-tip setiap minggu!
john
November 15, 2021 11:24 amTAK ADA APA APA. MASALAHNYA AIRASIA AMBIL DUIT UNTUK BAGASI. SAYA BAYAR 248RM. TIADA TERTULIS JIKA BAYAR BEG PECAH TAK BOLEH PERSALAHKAN AIRASIA. SAYA BELI BAG SAYA 500RM. AIRASIA MEMANG GILA. GILA. GILA . AIRASIA GILA