Insurans Kereta

Masih Keliru di antara Market Value dan Agreed Value?

Tiba masa untuk renew takaful kereta, ejen kita pun mula lah hantar reminder pada Whatsapp.  Dihantar sekali quotation (sebutharga) polisi baru. Tiba-tiba ternampak perkataan Agreed Value.

Ataupun, tiba masa untuk renew, kita pun kelam kabut cari  ejen untuk tolong renewkan takaful untuk tahun yang akan datang. Ejen pula bertanya, nak insure mengikut agreed value (nilai dipersetui) atau market value (nilai pasaran)? Apa tu? Apa bezanya?

Perbezaan di antara market value dan agreed value

Market value/ nilai pasaran

Secara amnya, nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.

Contohnya: Takaful kereta anda tamat pada bulan Disember 2017. Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta Honda City anda yang berusia dua tahun ketika itu adalah RM45,000.

10 bulan kemudian, kereta anda dicuri dan anda membuat tuntutan ke atas polisi anda. Kerana 10 bulan telah berlalu, nilai kereta anda telah pun susut. Kini nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM45,000 tetapi RM42,500. Maka anda akan diberi pampasan sebanyak RM42,500 sahaja dan bukan RM45,000.

 

Agreed value/ nilai dipersetujui

Nilai dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali takaful terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.

Contohnya: Anda telah menginsuranskan kereta anda atas nilai dipersetujui sebanyak RM60,000. 10 bulan kemudian, anda kemalangan di mana kereta anda hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki. Pampasan yang anda akan dapat daripada pengendali takaful anda ialah sebanyak RM60,000. Walaupun mungkin pada masa itu nilai pasaran kereta anda hanya RM53,000.

 

Perbezaan premium di antara polisi mengikut market value dan agreed value

Jika anda membeli polisi mengikut harga pasaran (market value), and sebenarnya membayar premium (harga takaful/ insurans) mengikut harga pasaran kereta anda di ketika pembaharuan dibuat. Contohnya, harga pasaran ketika renewal adalah RM50,000 dan premium anda ialah RM1,500 setahun.

Tetapi ketika tuntutan dibuat kerana kecurian, pampasan yang diterima adalah lebih rendah daripada RM50,000. Di sini punca ketidak-puasan hati pelanggan di mana mereka berasa mereka tertipu kerana membayar premium bagi nilai yang lebih tinggi.

Manakala premium bagi polisi mengikut nilai dipersetujui (agreed value) dianggap lebih adil kerana premium polisi yang dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan (sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.

 

Related Post

Risiko membeli takaful mengikut nilai pasaran

Nilai pasaran kenderaan sering mengikut panduan yang diberikan oleh MyCarInfo. Inilah jumlah yang diinsuranskan atau sum insured bagi kenderaan anda. Bahayanya membeli perlindungan takaful mengikut nilai pasaran adalah kemungkinan terkurang atau terlebih insurans (under-insurance atau over-insurance).

Jika berlakunya terkurang insurans, anda hanya akan diberi pampasan sebahagian daripada jumlah yang sepatutnya.  Jika terlebih insurans pula, anda hanya akan dibayar mengikut nilai pasaran ketika kecurian atau kemalangan berlaku, walaupun premium yang anda bayar adalah mengikut nilai diinsuranskan yang lebih tinggi.

Untuk mengetahui risiko jika berlaku under-insurance, sila baca artikel berikut:

Bahaya Jika Terkurang Insurans (Under-Insurance)

Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?

Malangnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Bilakah market value bersesuaian bagi anda?

Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku kecurian, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya yang dicuri.

Bilakah agreed value bersesuaian bagi anda?

Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Polisi mengikut nilai dipersetujui dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan dalam kaedah polisi nilai pasaran.

Dengan cara ini, jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda yang dicuri atau total loss. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memilik wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.

Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.

Jika masih terdapat kekeliruan, dapatkan keterangan daripada ejen atau wakil takaful anda sebelum mebuat pembaharuan. Untuk mendapatkan nasihat pakar yang boleh dipercayai, semak direktori ejen online yang menyenaraikan lebih 1600 ejen di seluruh negara.

 

View Comments

  • insurans saya guna Hagra pasaran, harga semasa kenderaan ikut website MyCarInfo adalah RM7,500. Tapi bila renew insurans, orang tu cakap minimum boleh letak RM10,000. Macam mana tu? saya dah cakap value kereta tu tak sampai 10k, tapi dia kata tu minimum ikut polisi syarikat. Etiqa.

    • Setiap syarikat insurans mempunyai terma dan syarat sendiri. Mungkin boleh semak dengan syarikat lain yang tidak mengenakan sum insured minima.

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

2 hari ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

3 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago