Terfikir untuk membeli insurans hayat atau takaful keluarga untuk diri anda? Adakah insurans hayat terlalu mahal bagi anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mempelajari bagaimana untuk membeli insurans hayat yang paling murah untuk anda.

Insurans hayat boleh jadi mahal kerana ramai orang hanya mempertimbangkan untuk membeli pakej penuh insurans hayat. Pakej penuh insurans hayat termasuklah perlindungan kematian, perubatan dan modul simpanan. Tetapi anda juga boleh membeli insurans tahap AirAsia dan mampu jimat banyak duit apabila anda hanya membeli apa yang anda betul-betul perlukan sahaja.

Mencari Insurans Hayat atau Takaful Keluarga?

Lihat pemenang-pemenang anugerah 2019 dan dapatkan yang terbaik.

TAKAFUL HAYAT DAN KELUARGA TERBAIK

AirAsia adalah salah satu kisah kejayaan antarabangsa yang paling menonjol yang mana Tony Fernandez telah membangunkan syarikat penerbangan kos rendah yang terbaik dalam dunia. Kami akan terangkan bagaimana insurans hayat boleh jadi lebih murah untuk anda jika anda gunakan model perniagaan AirAsia sebagai satu contoh. Tony Fernandez telah menjadikan penerbangan lebih murah dengan membahagikan harga sekeping tiket kepada penerbangan, makanan & minuman dan bagasi. Jadual di bawah ini menunjukkan versi penerbangan AirAsia yang berbeza dan dibandingkan dengan tiket penerbangan pakej penuh daripada Malaysian Airlines.

Kos sekeping tiket penerbangan dari KL ke Tokio

#AirlineLuggageMealTotal Cost
1Malaysian Airline30kgIncludedRM 2,414
2Air Asia Premium Flex30kgIncludedRM 2,175
3AirAsia 20kg- RM 1,525
4AirAsia --RM 1,252

Kenapa kami menerangkan bagaimana AirAsia berfungsi? Satu rahsia tersembunyi tentang insurans hayat adalah anda boleh membina insurans hayat anda dengan membeli komponen yang anda perlukan sahaja. Anda boleh pecahkan insurans hayat kepada tiga bahagian:

1) Perlindungan Kewangan untuk kematian
2) Perlindungan Perubatan & Kesihatan
3) Pembantu Persaraan dan Simpanan

Anda tidak perlu membeli ketiga-tiga ini dan membayar sejumlah wang yang banyak. Jika anda tahu apa yang anda perlukan, anda boleh membeli perlindungan yang anda perlukan sahaja supaya anda dapat jimat banyak duit. Insurans hayat adalah lebih murah jika anda perlukan hanya 2 daripada tiga komponen tersebut dan membelinya secara berasingan kerana anda tidak akan membayar elemen yang anda tidak perlukan. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh produk-produk insurans yang anda boleh beli untuk ketiga-tiga elemen insurans hayat.

Komponen-komponen Insurans Hayat dan Alternatif

#ComponentDescriptionAlternative Products
1Perlindungan Kewangan untuk kematianBayar dalam kes
kematian atau lumpuh kekal
- Insurans Hayat Sementara
- Insurans Kemalangan Diri
2Perlindungan Perubatan dan KesihatanBayar untuk
belanja perubatan
- Insurans Perubatan Kendiri
- Insurans Kemalangan Diri
3Persaraan & SimpananBayar sejumlah
wang selepas tempoh waktu tertentu
- Fixed - Deposit Tetap
- Dana, Amanah Saham, Kontrak
- Apartmen, Rumah

Penafian: iBanding bukanlah ejen, broker, penasihat kewangan atau syarikat insurans/takaful. iBanding tidak menjual insurans atau takaful. Jika anda perlukan bantuan untuk membeli insurans hayat, dapatkan ejen profesional yang berdekatan dengan anda di Direktori Ejen Malaysia.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci elemen insurans hayat dalam perlindungan kewangan untuk kematian. Baca artikel-artikel kami yang lain untuk lebih memahami tentang alternatif lain untuk Perlindungan Perubatan & Kesihatan dan Persaraan & Simpanan.

Perlindungan kewangan untuk kematian

Jadi langkah pertama yang penting adalah perlindungan kewangan jika berlaku kematian. Perlindungan ini membayar sejumlah wang yang besar kepada ahli keluarga apabila penjana pendapatan utamanya meninggal dunia. Perlindungan ini adalah apa yang kebanyakan rakyat Malaysia kenali sebagai insurans hayat. Sebab itulah ia digelar insurans hayat. Versi yang patuh syariah dikenali sebagai Takaful Keluarga. Namanya lebih tepat kerana ia menerangkan dengan lebih baik yang mana insurans ini akan membantu ahli keluarga dan bukan orang yang meninggal dunia.

Sebagai contoh, jika seorang ayah yang bekerja meninggal dunia, maka ahli keluarga yang lain akan ditinggalkan tanpa sebarang pendapatan tetap daripada si ayah. Jika ayahnya membeli insurans hayat, sebagai contoh RM 100,000, maka duit ini akan dibayar kepada ahli keluarganya. Duit RM 100,000 ini boleh membantu ahli keluarga tersebut untuk meneruskan kehidupan dan membayar kos-kos semasa seperti sewa, makanan dan pinjaman kereta.

Duit ini dikenali sebagai Jumlah Diinsuranskan dalam bahasa insurans dan ia tidak dibayar hanya dalam kes kematian. Kebiasaannya, insurans hayat juga akan membayar sebahagian daripada Jumlah Diinsuranskan jika seseorang itu lumpuh kekal akibat daripada kemalangan.

Jika anda hanya memikirkan tentang perlindungan keluarga anda dalam kes kematian atau lumpuh kekal, anda tidak perlu membeli pakej penuh insurans hayat. Sebaliknya, anda boleh mempertimbangkan kedua-dua alternatif berikut untuk mendapatkan insurans hayat yang lebih murah:

– Insurans Hayat Sementara

Insurans Kemalangan Diri (PA)

Jadual di bawah menunjukkan kepada anda bagaimana kedua-dua alternatif ini dibandingkan dengan insurans hayat. Insurans hayat dan insurans hayat sementara adalah sama sahaja dalam soal perlindungan kematian. Kelebihan ketara Insurans Hayat Sementara adalah ia jauh lebih murah berbanding insurans hayat biasa kerana anda tidak perlu membayar modul yang lain.

Kemalangan Diri atau insurans PA adalah berbeza. Ia tidak menyediakan perlindungan kewangan daripada kematian atau penyakit yang biasa, tetapi hanya untuk kemalangan. Jika seseorang mati akibat demam denggi, maka Insurans Hayat Sementara akan membayar sejumlah wang yang diinsuranskan secara pernuh manakala insurans PA tidak akan membayar.

Penilaian Perlindungan

#Product DescriptionFinancial Protection
for death
Medical & Health
Protection
Retirement & Savings
Helper
1Life InsuranceFULLFULLFULL
2Term Life InsuranceFULL--
3Personal Accident InsuranceOnly death by accidentPartial-

Berbalik semula kepada contoh syarikat penerbangan kita, kita boleh bandingkan insurans Hayat, Hayat Sementara dan PA sama seperti harga tiket penerbangan Malaysian Airlines dan AirAsia. Malaysian Airline menawarkan penyedia perkhidmatan penuh dan umumnya menyediakan hanya satu harga. Anda tidak perlu membeli bagasi, hidangan, atau bayar lebih jika anda ingin memilih tempat duduk anda.

Jadi jika anda tidak perlukan ruang bagasi yang banyak atau hidangan yang mewah, maka anda telah menghabiskan banyak wang. Tetapi jika anda memilih syarikat penerbangan seperti AirAsia, anda mempunyai pilihan untuk tidak membeli pilihan-pilihan seperti bagasi atau hidangan. Dalam dunia insurans, anda akan membeli insurans Hayat Sementara atau Kemalangan Diri dan bukan insurans hayat perkhidmatan penuh.

Sebagaimana Malaysian Airline dan AirAsia, insurans juga boleh datang dalam pakej penuh dan kos rendah. Jadual di bawah menunjukkan contoh harga untuk setiap perlindungan kematian yang berbeza.

Penilaian Kos untuk orang yang berumur 36 tahun.

#Product DescriptionCost LevelPrice Example
1Life InsuranceHighRM 1,200 or higher / year
2Term Life InsuranceMediumRM 149 -745 / year
3Personal Accident InsuranceLowRM 129 - 231 / year

“Anda boleh jimat lebih dengan membeli secara atas talian”

Jadi bila anda membeli insurans hayat komprehensif, sebahagian daripada bayaran bulanan juga akan menyumbang kepada perlindungan untuk Perubatan & Kesihatan dan Persaraan & Simpanan. Jika anda hanya mahu membeli perlindungan untuk keluarga anda, jadi anda boleh membeli insurans Hayat Sementara atau Kemalangan Diri (PA) sahaja.

Apabila anda membandingkan Insurans Hayat dengan Penerbangan, jadi membeli insurans Hayat Sementara samalah dengan membeli tiket penerbangan daripada AirAsia tanpa bagasi atau hidangan. Ia jauh lebih murah seperti yang anda nampak dalam jadual di atas. Anda boleh jimat lebih banyak bila anda membeli insuran Hayat Sementara atau insurans Kemalangan Diri.

Ingin tahu berapa kos insurans Hayat Sementara atau Kemalangan Diri? Lihat produk-produk di bawah, yang mana kami gunakan untuk mengira harga untuk contoh yang kami tunjuk di atas.

Alternatif Terbaik untuk Insurans Hayat

#Product DescriptionPriceLink
2Term Life InsuranceRM 149 -745 / yearBuy Term Life online
3Personal Accident InsuranceRM 129 - 231 / yearBuy Personal Accident online

Bagaimana untuk membeli insurans hayat paling murah di Malaysia?

Fahami apa tujuan anda dalam membeli insurans / takaful keluarga. Anda tanya diri anda soalan-soalan ini:

  1. Adakah saya ingin meninggalkan ahli keluarga saya sejumlah wang bila saya mati atau terlibat dalam kemalangan?
  2. Adakah saya perlukan kad perubatan untuk diri saya dan keluarga?
  3. Adakah saya perlukan bantuan dalam menyimpan duit untuk bayar sesuatu yang penting atau untuk persaraan saya?

Jika anda katakan tidak kepada mana-mana soalan di atas, maka anda boleh jimat banyak wang apabila anda membeli elemen insurans hayat secara berasingan. Sambung baca artikel kami seterusnya untuk mempelajari bagaimana anda boleh membeli Perubatan & Kesihatan dan Persaraan & Simpanan secara berasingan.