Artikel ini akan menerangkan secara terperinci elemen insurans hayat dalam perlindungan kewangan untuk kematian. Baca artikel-artikel kami yang lain untuk lebih memahami tentang alternatif lain untuk Perlindungan Perubatan & Kesihatan dan Persaraan & Simpanan.
Perlindungan kewangan untuk kematian
Jadi langkah pertama yang penting adalah perlindungan kewangan jika berlaku kematian. Perlindungan ini membayar sejumlah wang yang besar kepada ahli keluarga apabila penjana pendapatan utamanya meninggal dunia. Perlindungan ini adalah apa yang kebanyakan rakyat Malaysia kenali sebagai insurans hayat. Sebab itulah ia digelar insurans hayat. Versi yang patuh syariah dikenali sebagai Takaful Keluarga. Namanya lebih tepat kerana ia menerangkan dengan lebih baik yang mana insurans ini akan membantu ahli keluarga dan bukan orang yang meninggal dunia.
Sebagai contoh, jika seorang ayah yang bekerja meninggal dunia, maka ahli keluarga yang lain akan ditinggalkan tanpa sebarang pendapatan tetap daripada si ayah. Jika ayahnya membeli insurans hayat, sebagai contoh RM 100,000, maka duit ini akan dibayar kepada ahli keluarganya. Duit RM 100,000 ini boleh membantu ahli keluarga tersebut untuk meneruskan kehidupan dan membayar kos-kos semasa seperti sewa, makanan dan pinjaman kereta.
Duit ini dikenali sebagai Jumlah Diinsuranskan dalam bahasa insurans dan ia tidak dibayar hanya dalam kes kematian. Kebiasaannya, insurans hayat juga akan membayar sebahagian daripada Jumlah Diinsuranskan jika seseorang itu lumpuh kekal akibat daripada kemalangan.
Jika anda hanya memikirkan tentang perlindungan keluarga anda dalam kes kematian atau lumpuh kekal, anda tidak perlu membeli pakej penuh insurans hayat. Sebaliknya, anda boleh mempertimbangkan kedua-dua alternatif berikut untuk mendapatkan insurans hayat yang lebih murah:
– Insurans Hayat Sementara
– Insurans Kemalangan Diri (PA)
Jadual di bawah menunjukkan kepada anda bagaimana kedua-dua alternatif ini dibandingkan dengan insurans hayat. Insurans hayat dan insurans hayat sementara adalah sama sahaja dalam soal perlindungan kematian. Kelebihan ketara Insurans Hayat Sementara adalah ia jauh lebih murah berbanding insurans hayat biasa kerana anda tidak perlu membayar modul yang lain.
Kemalangan Diri atau insurans PA adalah berbeza. Ia tidak menyediakan perlindungan kewangan daripada kematian atau penyakit yang biasa, tetapi hanya untuk kemalangan. Jika seseorang mati akibat demam denggi, maka Insurans Hayat Sementara akan membayar sejumlah wang yang diinsuranskan secara pernuh manakala insurans PA tidak akan membayar.
View Comments