Sekian hari sekian ramai pengguna Malaysia yang membeli insurans kenderaan secara online (atau di talian). Ada yang berbuat demikian kerana ianya mudah bagi mereka, atau ada yang berbuat kerana harga yang lebih murah Di dalam artikel ini kita akan tinjau kelebihan dan kekurangan pembelian insurans kenderaan secara online.
Jika anda seorang pemandu, anda tentu sudah biasa membeli insurans bagi kenderaan anda. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, semua kenderaan bermotor perlu memiliki sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga dan cukai jalan yang sah.
Semenjak 2 tahun yang lalu, iBanding telahpun menjalankan kaji selidik untuk mengenalpasti Syarikat Insurans dan Takaful Motor Terbaik di Malaysia. Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui pendapat orang ramai tentang syarikat insurans kenderaan mereka. Salah satu fakta penting yang diketahui dari kajian ini ialah bahawa lebih ramai pengguna Malaysia bertukar ke pembelian secara online manakala pembelian melalui ejen berkurangan. Pada tahun 2016, jumlah pengguna yang membeli melalui online telah bertambah 2 kali ganda dari 8.7% to 16.9%.
Terdapat 3 kelebihan utama:
Ramai yang sedar bahawa harga insurans jika dibeli melalui ejen adalah lebih mahal.Bagi mereka yang tidak tahu, harga yang dibayar sebenarnya ialah 10% lebih tinggi. Contohnya jika premium anda berjumlah RM1000, jika dibeli melalui ejen, harga yang perlu dibayar ialah RM 1,100. 10% itu dibayar kepada ejen sebagai komisyen untuk perkhidmatan beliau. Jika anda membeli terus dari syarikat insurans, anda tidak perlu membayar 10% ini.
Pembelian melalui internet (online) boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah di rumah anda sendiri, 24 jam sehari. Tidak perlu keluar dari rumah, tidak perlu bersusah payah mencari parking dan beratur panjang di kaunter.
Jika anda tahu bagaimana untuk mengisi segala butiran yang diperlukan, and boleh dapatkan insurans dan road tax anda dalam masa 24 jam.
Kelemahan utama pembelian secara online ialah tiadanya ejen yang boleh kita harapkan:
Apabila anda membeli secara online, banyak butiran yang perlu anda ketahui. Contoh seperti jenis polisi, coverage, nilai dipersetujui, nilai pasaran, pengecualian, rider dan sebagainya. Anda juga perlu tahu VIN dan chasis kenderaan anda. Jika anda tidak biasa dengan terma-terma ini, agak payah bagi anda untuk membeli secara online dengan sendiri. Jika masih ingin membeli secara online, maka perlulah dapatkan semua maklumat ini dan fahami sedikit sebanyak tentang insurans terdahulu.
Maklumat yang silap jika dimasukkan mungkin tidak akan menghalang anda daripada mendapat polisi yang dibeli, akan tetapi masalah akan berlaku sekira berlakunya kemalangan atau kecurian di mana anda perlu lakukan tuntutan. Pihak syarikat insurans ada hak untuk menolak tuntutan anda sekiranya terdapat butiran yang tidak tepat.
Pengetahuan asas tentang insurans perlu dimiliki jika ingin membeli secara online. Walaupun pembelian insurans secara online mungkin mudah jika sudah ada maklumat yang diperlukan, tetapi jika berlakunya kemalangan atau kecurian, proses tuntutan tidaklah semudah yang diharapkan. Jika adanya ejen, semua permasalahan tuntutan boleh diserahkan kepada ejen yang selalunya sedia membantu. Pihak syarikat insurans memerlukan banyak butiran yang kita sendiri mungkin tidak tahu dari mana untuk dapatkannya.
Ini akan mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi bagi mereka yang langsung tidak pernah lalui proses ini. Penangguhan proses hanya akan memberi manfaat kepada syarikat insurans kerana mereka tidak perlu membuat bayaran dengan serta-merta. Ada kalanya, proses yang panjang ini akan memutuskan semangat pemegang polisi dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak teruskan tuntutan.
Membeli secara online di sini bererti membeli terus dari laman web syarikat insurans atau Takaful. Cara ini membolehkan anda dapatkan diskaun 10% kerana anda tidak membeli melalui ejen. Akan tetapi ramai ejensi kini sudah ada laman web sendiri di mana mereka juga tawarkan penjualan insurans online. Jika anda membeli melalui laman sebegini, anda tidak akan mendapat diskaun. Contoh terbaik ialah MyEG.
Apabila anda membeli melalui MyEG, janganlah harap untuk dapatkan diskaun yang disebutkan tadi. Ini kerana MyEG adalah ejen insurans yang berdaftar di mana mereka mengenakan 10% komisyen.
Berdasarkan infomasi yang kami dapat daripada laman web mereka, jika berlakunya kemalangan, MyEG akan menyambungkan pertanyaan anda ke call center syarikat insurans anda. Ini bererti walaupun anda membayar 10% komisyen kepada MyEG, anda masih perlu membuat tuntutan dengan syarikat insurans sendiri.
Bagi mereka yang tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang insurans dan pengalaman dalam membuat tuntutan, membeli insurans secara online mungkin suatu yang tidak digalakkan kerana jika sesuatu kecelakaan berlaku, susah untuk ditangani sendiri. Jika difikirkan faktor ini, 10% yang dibayar sebagai komisyen kepada ejen mungkin boleh dikatakan berbaloi juga. Jadi terpulanglah kepada individu. Jika hanya inginkan penjimatan wang, maka pembelian secara online adalah jawapan bagi anda.
Di sini senarai syarikat insurans dan Takaful yang menyediakan perkhidmatan penjualan online di mana anda boleh dapatkan 10% diskaun.
Takaful Malaysia | Lawat laman web | |
Etiqa Insurance | Lawat laman web | |
Axa Affin Insurance | Lawat laman web | |
Berjaya | Lawat laman web | |
Takaful Ikhlas | Lawat laman web |
Anda mencari ejen insurans atau Takaful yang boleh dipercayai? Cuba direktori ini. Sistem 5-bintang dan ulasan pelanggan memberikan gambaran terhadap mutu perkhidmatan setiap ejen.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…