Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah. Namun hakitkatnya, ia sebenarnya tidak sebegitu mudah.
Ini adalah situasi dan keadaan yang berbeza-beza dari satu kejadian kepada yang lain. Dan walaupun anda mungkin fikir anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang, apabila menghadapi masalah sebenar, perkara mungkin menjadi agak berbeza.
Oleh itu, ianya penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya langkah-langkah yang perlu diambil. Apa yang perlu anda lakukan di tempat kejadian? Bagaimana menghadapi pihak yang terlibat dan pengendali trak tunda di tempat kejadian? Apakah prosedur di balai polis dan cara memfailkan tuntutan insurans?
Untuk mencapai matlamat ini, kami di iBanding akan memecah seluruh prosedur ke dalam proses yang lebih ringkas supaya pembaca dapat memahami dengan lebih terperinci setiap langkah yang terlibat.
Biasanya selepas kedengaran bunyi “bang”, reaksi pertama ialah PANIK! Tapi jangan. Anda perlu tenangkan diri dan kekal sopan sepanjang kejadian.
Berurusan dengan pihak lain yang terlibat bukan perkara mudah. Anda tidak tahu apa yang diharapkan oleh mereka. Sesetengah orang tenang dan rasional. Sementara yang lain tidak begitu. Apapun keadaannya, ianya penting untuk kekal tenang. Bersikap sopan. Cuba elakkan pergaduhan, dan jangan pula mula menyalahkan orang lain.
Anda tidak perlu menjadi hakim dan memutuskan siapa yang salah dan siapa yang betul. Sekiranya anda mengetahui dengan pasti kemalangan itu adalah kesalahan anda, minta maaf, dan dengan tenang beritahu pihak yang terlibat bahawa anda akan membuat laporan polis dan yang terbaik adalah dia melakukan perkara yang sama.
Hubungi ejen insurans anda dan/ atau syarikat insurans anda dan dapatkan nasihat mereka mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. Biasanya orang tidak akan melarikan diri dari tempat kejadian kecuali ianya jelas kesalahan mereka.
Jika anda berjaya mencatatkan nombor pendaftaran kereta mereka, anda akan dapat menuntut dari syarikat insurans mereka. Tapi proses kini menjadi lebih sukar kerana mereka tidak bersedia untuk bekerjasama. Jadi dalam apa jua keadaan, pastikan bahawa anda dapatkan nombor pendaftaran kereta, dengan ini anda boleh memfailkan laporan polis. Syarikat insurans kereta anda akan mengendalikan kes itu dan ejen yang cekap dapat membantu anda.
Perhatikan tempat kejadian untuk memahami perkara berikut:
Cuba juga untuk melihat sama ada sesiapa telah melakukan sebarang kesalahan trafik yang mungkin mengakibatkan kemalangan itu. Seperti memotong di kawasan double line, atau membuat pusingan-U yang menyalahi undang-undang.
Kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh, tetapi beberapa perkara yang penting adalah seperti berikut:
Dengan hampir semua orang yang memiliki telefon bimbit pada hari ini, ianya mudah untuk mengambil gambar sebagai bukti. Ambil gambar yang diperlukan kemudian gerakkan kereta anda ke tepi jalan segera jika ia menghalang aliran lalu lintas.
Anda mungkin mahu mengambil gambar tempat kejadian, lokasi, kedudukan kereta dan maklumat berguna yang lain. Maklumat ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menentukan siapa yang bersalah. Jadi anda perlu mengambil masa anda untuk melihat dengan tenang. Jangan gopoh.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mahu hubungi ejen insurans atau syarikat insurans anda:
Sekarang dengan tiba-tiba anda akan melihat trak-trak tunda di tempat kejadian, dan mereka pula cuba meyakinkan semua orang yang terlibat, termasuk anda, bahawa mereka boleh membawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. Sekali lagi, kekal tenang.
Di Malaysia ni, syarikat-syarikat trak tunda suka memaksa terutama mereka yang dalam keadaan terdesak setelah kemalangan. Dan di bandar-bandar seperti KL, mereka akan muncul di tempat kejadian dengan pantas. Tak memberi peluang kepada mangsa kemalangan untuk berfikir panjang.
Sering mangsa kemalangan ditipu oleh operator trak tunda yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang telah berkemalangan. Pernah menjadi kes di mana mereka bukan sahaja menipu wang mangsa sebanyak beribu-ribu ringgit tetapi juga mengancam nyawa mangsa.
Jadi anda perlu berhati-hati apabila berurusan dengan pengendali trak tunda ini. Pastikan anda tidak menjadi mangsa seterusnya. Sila baca artikel seterusnya tentang bagaimana menangani pengendali trak tunda dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda ambil selepas kemalangan.
Good luck pembaca!
Jangan lupa untuk “Like ” laman Facebook kami untuk mendapatkan artikel terbaru kami setiap minggu!
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…