Apa yang perlu dilakukan semasa kemalangan?

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel sebelumnya dalam siri Panduan Kemalangan yang menggariskan langkah-langkah yang perlu anda ambil jika terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dalam artikel ini, kita akan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk menangani pengendali dan penipuan trak tunda.

Pernah tak terlihat kejadian kemalangan dan tiba-tiba anda sedari bahawa terdapat lebih banyak trak tunda yang hadir daripada bilangan sebenar kereta yang kemalangan? Atau betapa cepat mereka tiba di tempat kejadian? Kami pun tak pasti bagaimana mereka lakukannya tapi berdasarkan pengalaman peribadi, sebahagian daripada mereka sangat memaksa.

Terdapat kejadian di mana mangsa kemalangan menjadi mangsa penipuan pengendali trak tunda. Mereka bukan sahaja menipu untuk mendapatkan ribuan ringgit daripada mangsa mereka tetapi juga pernah menjadi kes di mana mengancam nyawa mangsa. Jadi berhati-hati, jangan sampai jadi mangsa penipuan ini.

 

Di tempat kemalangan

Sekiranya kereta anda rosak teruk dan terpaksa ditarik, anda memerlukan bantuan pengendali trak tunda untuk:

1) Bawa kereta anda ke balai polis untuk siasatan

2) Bawa kereta anda dari balai polis ke bengkel panel untuk dibaiki

Jika anda terlibat dalam kemalangan jalanraya di mana kenderaan anda rosak teruk, anda akan dihubungi oleh sekurang-kurangnya seorang pengendali trak tunda yang akan memberitahu anda bahawa mereka boleh membawa kereta anda ke bengkel yang diinginkan. Mungkin juga meyakinkan anda bahawa bengkel itu adalah bengkel panel syarikat insurans anda.

Nasihat kami adalah untuk tidak membuat rundingan atau perbincangan dengan mereka melainkan anda pasti bahawa anda ingin melibatkan mereka untuk perkhidmatan mereka. Berikut adalah cara terbaik untuk menangani keadaan tersebut:

 

Berurusan dengan pengendali trak tunda:

1. Katakan kepada mereka bahawa anda akan bercakap dengan ejen/ syarikat insurans anda. Jangan berikan mereka sebarang maklumat mengenai syarikat insurans anda.

2. Sekiranya ejen/ syarikat insurans anda dapat menghantar satu pengendali trak tunda ke tempat kejadian, dapatkan nama pengendali trak tunda dan nombor pendaftaran trak. Dan tunggu sehingga beliau tiba di tempat kejadian.

3. Jika tidak, cuba dapatkan jalan penyelesaian lain untuk mencari pengendali trak tunda yang boleh dipercayai. Kami menasihatkan supaya tidak melibatkan perkhidmatan trak tunda rawak yang muncul di tempat kejadian. Adakah mekanik biasa anda mempunyai pengendali trak tunda pilihan untuk disyorkan? Bagaimana dengan rakan-rakan anda?

4. Dapatkan maklumat bengkel panel dari ejen/ syarikat insurans anda – ambil nama, alamat dan nombor telefon. Beritahu pengendali trak tunda yang telah anda pilih atau yang telah dihantar oleh syarikat insurans bahawa anda ingin menghantar kereta anda ke bengkel yang khusus tersebut.

Syarikat insurans mempunyai bengkel khusus yang dikenali sebagai “bengkel panel”. Anda bawa kenderaan anda ke bengkel tersebut. Jika kereta anda ditarik ke bengkel yang bukan bengkel panel maka proses tuntutan akan mengambil masa yang lebih lama.

5. Anda akan diberi dokumen yang membenarkan pengendali mengangkut kenderaan anda. Sebelum menandatangani mana-mana dokumen, pastikan anda membaca dengan teliti! Ingat, beberapa pengendali ini tidak jujur ​​dan akan lakukan helah untuk menipu anda.

6. Pastikan anda mengambil kad perniagaan (business card) pemandu trak tunda, dan pastikan anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan seperti namanya, nombor telefon bimbitnya, nombor pendaftaran trak, nama syarikat, dan alamat perniagaan.

7. Trak tunda mesti terlebih dahulu membawa kereta anda ke balai polis trafik di mana seorang pegawai akan mengambil gambar semua kereta yang terlibat untuk tujuan penyiasatan. Pada masa ini, anda perlu berada di balai polis yang sama untuk memfailkan laporan anda.

8. Sebaik sahaja polis telah mengambil gambar kereta anda yang diperlukan (yang mungkin akan mengambil masa beberapa jam), pemandu trak tunda boleh membawa kereta anda ke bengkel yang ditetapkan (bengkel panel syarikat insurans anda).

9. Pastikan anda sentiasa berhubung dengan pemandu trak tunda pada setiap masa, supaya anda tahu lokasi kereta anda. Ianya bijak untuk mencari pemandu trak tunda yang fasih bercakap  bahasa anda untuk memudahkan komunikasi.

 

Sekali lagi kami ingin tekankan betapa pentingnya untuk berhati-hati apabila berurusan dengan  pengendali trak tunda. Ianya lebih baik untuk menunggu syarikat yang ditugaskan oleh syarikat insurans anda daripada memilih syarikat yang lain dengan sendiri. Walaupun ia bermakna anda perlu menunggu lebih lama daripada yang anda inginkan.

Like kami di Facebook untuk artikel baru setiap minggu.