Sejajar dengan sasaran kerajaan yang mahu mencapai kadar penembusan perlindungan rakyat Malaysia sehingga 75% menjelang tahun 2020, semakin banyak syarikat yang menyediakan perlindungan sama ada insurans konvensional mahupun takaful sudah mula menawarkan produk perlindungan yang lebih mampu milik.
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) juga tidak ketinggalan. Syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu baru-baru ini melancarkan pelan perlindungan Takaful Amani Plus yang menyediakan perlindungan komprehensif yang boleh didapati dengan sumbangan serendah RM0.25 sehari atau RM 90 setahun.
Pelan Takaful Amani Plus antara lain menawarkan jaminan kewangan terhadap kematian, hilang upaya semula jadi dan kerugian akibat kemalangan diri untuk pelanggan Bank Rakyat.
Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, pelan ini adalah produk yang ditambah baik daripada pelan perlindungan Takaful Amani yang dilancarkan pada tahun 2010 dengan penyertaan hampir 800,000 daripada pelanggan Bank Rakyat.
“Pelan yang ditaja jamin Takaful Ikhlas ini menawarkan manfaat sehingga RM30,000 bagi kerugian akibat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semula jadi di samping manfaat hingga RM150,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.”
“Pelanggan Bank Rakyat boleh mendapatkan pelan ini dengan sumbangan serendah RM90 setahun atau bersamaan RM0.25 sehari selain menawarkan tiga pilihan pelan perlindungan komprehensif dengan manfaat berbeza,” katanya.
Sedang merancang pengembaraan anda yang seterusnya? Apa kata ke negara matahari terbit? (selanjutnya…)
Sedang merancang percutian bajet? Inilah panduan lengkap anda ke salah satu destinasi pelancongan paling berpatutan…
Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…
Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)
Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)
Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…
View Comments
apa maksud kematian atau hilang upaya kekal akibat semula jadi?
Secara am, kematian atau hilang upaya akibat semula jadi adalah disebabkan oleh penyakit tua. Akan tetapi setiap syarikat insurans mempunyai terma tersendiri oleh itu, anda perlu menghubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan definisi yang lebih tepat.