Berita Insurans

Pemandu Tidak Perlu Lagi Ke Balai Polis Bagi Kemalangan Jalanraya Ringan

Jika anda pernah kemalangan jalanraya yang ringan, antara perkara yang dianggap paling leceh adalah perlunya ke balai polis trafik untuk membuat laporan. Kerosakan tidak sampai 200-300 ringgit, tetapi untuk membolehkan tuntutan insurans dibuat, laporan polis perlu ada. Ini mungkin antara sebab mengapa ramai yang memilih untuk ‘settle’ di tempat kemalangan sahaja dan lepaskan hak mereka untuk menuntut kerugian daripada pihak insurans.

Apa yang anda mungkin belum ketahui adalah kini proses melaporkan kemalangan jalanraya ringan telah pun dipermudahkan sejak bulan Mac tahun 2017. Polis DiRaja Malaysia bahagian trafik telah melaksanakan sistem di mana laporan bagi kemalangan jalanraya ringan tidak lagi perlu dibuat di balai polis trafik.

Walau bagaimanapun, kemudahan yang diberikan oleh Unit Siasatan Lebuhraya (USLR PDRM) setakat ini hanya disediakan di laluan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Proses membuat laporan kemalangan ringan di Lebuhraya PLUS

Menurut kenyataan PDRM di ruangan Instagram mereka, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil setelah kemalangan di sepanjang lebuhraya PLUS:

1. Hubungi Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman atau Pusat Kawalan Trafik Plus dan maklumkan insiden kepada kejadian kepada Unit Siasatan Lebuhraya PDRM.

Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman

Talian 03-2266 3356

Pusat Kawalan Trafik Plus

Talian 1800880000

Related Post

2. Pihak polis akan hadir ke tempat kemalangan dalam masa 20 minit setelah menerima laporan.

3. Polis akan menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk menentukan pihak yang cuai. Polis akan mengambil gambar serta bukti-bukti dalam penyiasatan mereka.

4. Pihak yang berkenaan akan di bawak ke lay-by seperti RnR yang berdekatan untuk proses dokumentasi.

5. Saman akan dikeluarkan serta merta di tempat kejadian kepada pihak yang didapati bersalah.

6. Dokumen berkaitan dengan siasatan kemalangan boleh dipungut daripada Balai Polis Trafik Daerah yang berhampiran tempat kejadian pada hari bekerja berikutnya untuk memudahkan proses tuntutan insurans.

Mudah dan pantas

Proses yang telah diringkaskan ini bukan sahaja memudahkan pengguna dan mangsa kemalangan, tetapi ia juga dapat mengelakkan kes-kes di mana terdapatnya pihak yang tidak mahu membuat laporan polis. Kes seperti ini menyukarkan proses tuntutan insurans mangsa kemalangan.

Syabas diucapkan kepada Unit Siasatan Lebuhraya Polis Di Raja Malaysia. Diharapkan pengguna jalanraya dapat memperoleh manfaat daripada sistem baru ini.

Untuk keterangan lanjut, boleh tontoni video di bawah oleh PDRM.

Recent Posts

Insurans Kumpulan: Panduan untuk Majikan Malaysia (Bhg 2)

Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…

3 minggu ago

Insurans Berkumpulan: Panduan untuk Majikan di Malaysia

Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…

1 bulan ago

Apakah Insurans Berkumpulan?

Memahami faedah pekerja boleh menjadi rumit, terutamanya apabila melibatkan insurans berkumpulan. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 bulan ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

2 bulan ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

2 bulan ago