Insurans Kereta

Kesuntukan Masa? Perbaharui Insurans Kenderaan Dengan Mudah & Murah

 

Sudah pukul 5.30 petang dan anda baru sahaja sedar bahawa insurans kereta anda akan luput esok. Sudah lewat sangat untuk pandu kereta ke MYEG yang berhampiran. Ejen insurans pula tak jawab telefon, ataupun memang tak pernah ada ejen pun selama ini. Apa yang boleh anda lakukan?

Sudah biasa tu, sebab memang ramai rakyat Malaysia yang suka membeli di saat-saat terakhir. Last minute shopping orang kata. Jadi nak elakkan daripada terpaksa naik bas atau MRT ke pejabat esok kerana insurans dah luput, perbaharui insurans kenderaan di talian (online).

 

Cara untuk perbaharui insurans kenderaan di talian:

Terdapat banyak syarikat insurans dan Takaful yang menyediakan perkhidmatan di talian sekarang ini. Kami senaraikan beberapa di akhir artikel ini bersama url masing-masing.

Bagi tujuan artikel ini, kami mengambil Syarikat Takaful Malaysia untuk dijadikan demonstrasi bagi memperbaharui insurans kenderaan. Sebelum bermula, di bawah adalah senarai di antara maklumat-maklumat yang diperlukan.

  • Model kenderaan
  • Nombor chasis
  • Jenis impot
  • Syarikat pinjaman sewa beli
  • Sistem anti kecurian
  • Ciri-ciri keselamatan

Kebanyakan maklumat ini boleh didapati di
1) Polisi sedia ada
2) Notifikasi pembaharuan daripada syarikat insurans atau ejen
3) Geran kenderaan

 

1. Lewati laman: https://online.takaful-malaysia.com.my

Portal Syarikat Takaful Malaysia hanya menawarkan pelan komprehensif.

 

2. Maklumat peribadi

Masukkan maklumat seperti berikut (no. KP, no. kenderaan, poskod, alamat emel):

 

3. Jumlah perlindungan (jumlah diinsuranskan)

Di sini ada slider yang membolehkan anda memilih jumlah untuk diinsuranskan (jangan terkurang insurans pula ya! (Baca: Bahaya Jika Terkurang Insurans). Kalau tiada slider tersebut, jangan khuatir, teruskan sahaja.

4. Maklumat kenderaan

Anda di sini perlu masukkan maklumat tentang kenderaan anda. Jika sistem tidak mengenali maklumat tentang kenderaan anda, anda perlu masukkan secara manual. Ini bahagian yang agak rumit terutama jika anda tidak biasa dengan terma-terma ini. Jadi pastikan anda anda policy note anda dari polisi sebelumnya sebagai rujukan.

 

5. Tarikh berkuatkuasa

Pastikan anda memilih tarikh yang tepat. Jika tersilap walaupun tarikhnya terawal satu hari, anda tidak akan menikmati kadar terkumpul NCB anda yang baru (jika tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya).

Untuk memahami penjimatan yang boleh didapati dari NCD, baca artikel ini.

 

6. Sebutharga anda sudah sedia

Kerana anda membeli insurans anda terus daripada syarikat insurans, anda mendapat 10% diskaun!

Related Post

 

 

7. Pilih perlindungan tambahan yang anda perlukan

Satu kelebihan Syarikat Takaful Malaysia ialah pemilihan perlindungan tambahan boleh dilakukan dengan mudah. Di sini anda boleh memilih perlindungan cermin kereta yang biasa dibeli ramai pemandu kerana risiko cermin pecah adalah tinggi dan kos untuk menggantinya tinggi.

 

8. Buat bayaran

Anda boleh membuat bayaran melalui debit atau kredit kad, atau pindahan dari akaun bank anda.

 

9. Polisi anda sudah sedia

Ianya semudah itu! Polisi anda sudahpun diperbaharui untuk satu tahun lagi. Anda boleh muat turun sijil polisi anda di sini. Jangan lupa, ini hanya memperbaharui polisi insurans kenderaan anda sahaja. Masih perlu perbaharui cukai jalan. Yang itu boleh dilakukan di MYEG yang juga boleh dilakukan online.

 

 

Ini bukanlah satu-satunya cara untuk membeli atau memperbaharui polisi insurans atau Takaful kenderaan anda. Tapi ianya cara yang mudah terutama sekali jika sudah kesuntukan masa. Senang sekarang pengguna sudah diberikan kemudah internet yang membolehkan pembelian bila-bila masa dan di mana sahaja.

Walau bagaimanapun, kami berharap pembaca janganlah tunggu sampai last minit untuk memperbaharui polisi setiap kali.  Berikan masa yang cukup agar dapat membanding harga, mutu perkhidmatan dan juga kandungan polisi terhadap perlindungan yang disediakan. Itu semua memerlukan masa. Dengan cara ini barulah pengguna boleh membuat pilihan yang bijak, juga membeli polisi yang paling sesuai mengikut bajet dan keperluan.

Setiap cara memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi perlu juga fahaminya sebelum memilih cara yang paling sesuai dengan diri. Untuk keterangan lanjut, boleh baca artikel ini:

Panduan Membeli Insurans/ Takaful Motor dan Cukai Jalan Malaysia 2017

 

Jika selama ini anda membeli melalui ejen dan kini memikirkan untuk bertukar ke talian, sama ada kerana kos yang lebih rendah ataupun kerana ianya mudah, fahami kelebihan dan kelemahan membeli polisi insurans melalui talian di sini.

 

 

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

2 hari ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

3 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago