Pernahkah anda mendengar tentang pengecualian pembaharuan road tax semasa pandemik semasa? Ketahui apa itu dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.
Adalah penting untuk membuat pembaharuan insurans kereta anda tepat pada masanya untuk mengelakkan kerumitan dan menjimatkan wang. Kami menasihati anda supaya tidak melengah terlalu lama, kerana anda mungkin tidak dapat melakukan pembaharuan secara atas talian jika polisi anda telah luput lebih daripada 30 hari. Anda mungkin perlu hadir sendiri untuk mebuat pembaharuan insurans kereta anda kerana syarikat insurans perlu mengesahkan bahawa kereta anda tidak mengalami sebarang kemalangan dalam tempoh insurans luput.
Lewat Membuat Pembaharuan Meningkatkan Kos
Banyak syarikat insurans tidak membenarkan pembaharuan secara atas talian apabila insurans anda tamat tempoh. Ini bermakna anda tidak boleh membuat pembaharuan secara atas talian lagi dan akan kehilangan diskaun 10%.
Pembaharuan Lewat Memerlukan Lebih Banyak Usaha
Kebanyakan syarikat insurans memerlukan anda untuk mengambil gambar kereta anda atau membawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan sebelum anda dapat melakukan pembaharuan insurans anda. Syarikat insurans melakukan ini untuk mengesahkan bahawa kereta tidak mempunyai sebarang kerosakan yang sedia ada. Pengalaman lalu menunjukkan bahawa segelintir pemandu yang tidak memiliki insurans semasa terlibat dalam kemalangan, membeli insurans selepas kemalangan untuk membuat tuntutan daripada syarikat insurans.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan :
Menurut pengumuman Kementerian Pengangkutan Malaysia baru-baru ini, akan ada tempoh lanjutan selama 2 bulan untuk pembaharuan road tax. Jika road tax anda tamat antara 1hb Februari hingga 31hb Mac 2021, anda perlu buat pembaharuan dalam tempoh 60 hari iaitu daripada 1hb April hingga 31hb Mei 2021. Seterusnya, jika road tax anda tamat antara 1hb April hingga 31hb Mei 2021, anda perlu buat pembaharuan dalam tempoh 60 hari iaitu daripada 1hb Jun hingga 31hb Julai 2021.
Bagaimanakah Pengecualian Cukai Jalan Memberi Kesan Kepada Saya?
Jika road tax anda telah tamat tempoh antara 1 Februari dan 31 Mei 2021, maka anda mempunyai 60 hari lagi untuk buat pembaharuan. Anda masih boleh memandu dengan road tax anda yang telah tamat tempoh, tetapi anda mesti mempunyai insurans yang sah.
Contoh :
- Road tax tamat tempoh pada 1hb Februari, 2021 -> Hari terakhir untuk pembaharuan road tax ialah 2hb April, 2021
- Road tax tamat tempoh pada 18hb April,2021 – > Hari terakhir untuk pembaharuan road tax ialah 17hb Jun, 2021
Jika insurans kereta anda telah tamat tempoh, anda mempunyai tiga cara untuk buat pembaharuan insurans kereta anda. Baca lebih lanjut dalam artikel kami “Insurans kereta tamat tempoh? Polisi Luput?”
Leave a Comment