Kementerian Pengangkutan Malaysia (JPJ) telah melanjutkan tarikh akhir untuk perbaharui cukai jalan sehingga 31hb Disember 2021. Tarikh akhir yang diumumkan sebelum ini tidak lagi diguna pakai. Ini bermaksud bahawa semua pengguna jalan raya mempunyai lebih banyak masa untuk perbaharui cukai jalan masing-masing sebelum tarikh akhir yang baru.

Bolehkah Saya Memilih Untuk Memperbaharui Kemudian?

Ya. Anda boleh memilih untuk perbaharui cukai jalan anda kemudian, tetapi sebelum 31 Disember. Walau bagaimanapun, anda perlu simpan salinan nota e-perlindungan insurans anda dengan anda. Anda boleh menggunakan nota e-cover untuk ditunjukkan penguatkuasa undang-undang sekiranya anda berhenti di sekatan jalan raya. Oleh itu, sangat penting untuk anda perbaharui insurans motor anda tepat pada waktunya bagi memastikan anda mempunyai nota e-cover yang sah.

Adakah Saya Menjimatkan Wang Dengan Memperbaharui Kemudian?

Tidak. Anda tidak menjimatkan wang jika perbaharui cukai jalan kemudian. Cukai jalan anda akan bermula dari tarikh insurans kereta anda dibeli. Namun dengan perbaharui cukai jalan kemudian anda boleh pilih untuk melakukannya mengikut keselesaan anda sendiri. Satu-satunya faedah pembaharuan kemudian ialah ia memberi anda  lebih banyak masa untuk mengumpul wang sekiranya anda tidak mampu membayar pada ketika ini. Sekiranya anda mampu perbaharuinya, kami sangat menyarankan supaya anda perbaharui cukai jalan secepat mungkin.

Di manakah Saya Dapat Perbaharuinya?

JPJ menyarankan supaya pengguna jalan raya perbaharui cukai jalan secara atas talian menggunakan portal MySikap JPJ atau MyEG. Walau bagaimanapun, anda juga mempunyai pilihan untuk perbaharuinya di kaunter dengan menjadualkan janji temu. JPJ mengumumkan bahawa anda juga boleh hadir ke mana-mana Pejabat Pos Malaysia untuk perbaharui cukai jalan. Juga dimaklumkan bahawa anda tidak lagi perlu membuat janji temu dengan Pos Malaysia untuk urusan JPJ.

Penyataan Penuh

Penyataan penuh dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai perlanjutan pengecualian cukai jalan adalah seperti di bawah: