Kita semua sedar akan kepentingan insurans dan takaful bagi perlindungan diri dan keluarga kita. Tapi adakah kita melindungi diri kita dengan polisi-polisi yang bertepatan? Tidak dinafikan bahawa sememangnya terdapat banyak jenis polisi insurans dan takaful yang boleh mengelirukan pengguna. Jika anda salah seorang pengguna yang menyedari kepentingan insurans dan takaful tetapi tidak tahu yang mana satu hendak dibeli, kami dapat memberi cadangan. Di sini kami akan menyenaraikan beberapa jenis polisi yang mana kami rasa paling penting bagi anda untuk mempertimbangkan.
Senarai di bawah adalah mengikut keutamaan dan kepentingan. Tetapi cadangan ini adalah mengikut keperluan am samata-mata. Keperluan perlindungan insurans dan takaful adalah berbeza-beza mengikut keperluan individu. Maka adalah wajar setiap individu membuat kajian sebelum membuat keputusan atas mana-mana polisi.
Memandangkan penyakit dan kecederaan/ kemalangan boleh berlaku pada sesiapa dan pada bila-bila masa sahaja. Kos perubatan pula kini semakin meningkat, terutamanya bagi penyakit kronik yang mana rawatan mengambil jangka masa yang panjang.
Tahukah anda, kos pembedahan bypass bagi pesakit jantung adalah tidak kurang dari RM 40,000 di Malaysia? Ini belum lagi termasuk kos lain seperti penginapan hospital, konsultasi dan rawatan setelah pembedahan.
Sememangnya jumlah ini adalah agak besar jika kita tidak ada simpanan yang mencukupi. Ramai di antara kita yang tidak bersedia menghadapi musibah sebegini yang akhirnya terpaksa menggadai harta benda sendiri.
Jangan pulak difikirkan anda tidak mungkin menghadapi situasi begini kerana usia yang muda dan cara hidup anda yang sihat. Penyakit seperti kanser tidak mengenal usia, jantina atau cara hidup.
Satu kajian yang telah dilakukan tahun lepas mendapati 45% pesakit kanser menghadapi kesukaran bebanan kewangan dalam tempoh tahun pertama setelah diagnosis manakala 11% pesakit tidak bertahan melepasi tahun pertama. Antara penemuan lain adalah:
Statistik ini sepatutnya sudah cukup untuk kita sedar betapa pentingnya insurans kesihatan dan perubatan. Jika anda memilih polisi, fahami jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan dan pilih yang mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda dan juga sejarah atau rekod kesihatan/ penyakit keluarga anda. Jika anda bekerja di mana pihak syarikat menawarkan insurans kepada pekerja, fahami jenis perlindungan yang diberi dan adakah anda perlukan perlindungan tambahan.
Di Malaysia, suka atau tidak, insurans kenderaan adalah mandatori, sekurang-kurang polisi Pihak Ketiga, bagi kenderaan anda. Polisi ini adalah polisi yang paling asas antara polisi-polisi insurans kenderaan. Ini bermakna jika anda inginkan perlindungan yang lebih, anda bolehlah memilih polisi lain.
3 jenis polisi kenderaan:
(A) Pihak ketiga – perlindungan asas. Perlindungan terhadap risiko kerugian dan kerosakan harta benda pihak ketiga dan juga kecederaan dan kematian pihak ketiga jika berlakunya kemalangan.
(B) Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian – Merangkumi perlindungan terhadap pihak ketiga seperti (A) di atas, dan juga kerugian/ kerosakan kereta sendiri akibat kebakaran tidak sengaja dan kecurian.
(C) Perlindungan komprehensif – Merangkumi perlindungan (A) dan (B) di atas, dan jugak kerosakan dan kerugian kereta/ kenderaan sendiri akibat kemalangan.
Anda mungkin tertanya, bagaimana pulak dengan risiko terhadap kecederaan diri sendiri jika berlakunya kemalangan? Soalan yang bagus. Malangnya, polisi insurans kenderaan bukanlah jawapannya. Ini bermakna, polisi kenderaan anda, walaupun perlindungan komprehensif sekalipun, tidak melindungi diri pemegang polisi daripada risiko kecederaan ataupun kematian akibat kemalangan jalanraya. Mungkin kini anda memahami mengapa kami berpendapat bahawa insurans perubatan dan kesihatan merupakan perlindungan yang paling utama yang patut anda miliki.
Bagi kebanyakan orang, rumah mungkin merupakan aset/ pelaburan paling besar yang mungkin dimiliki. Maka wajarlah anda melindunginya sebaik mungkin. Perlindungan asas yang anda boleh miliki adalah Polisi Kebakaran. Di Malaysia, jika anda membeli rumah dengan pinjaman bank, anda akan diwajibkan membeli perlindungan kebakaran untuk rumah tersebut.
Polisi ini melindungi anda terhadap risiko kerugian dan kerosakan harta (rumah) akibat kebakaran, petir dan letupan. Ia termasuk kos membaiki, pengubahsuaian dan penambahbaikan. Tetapi perlulah pastikan yang nilai yang diinsuranskan adalah mencukupi untuk menanggung semua kos ini.
Anda juga boleh dapatkan perlindungan yang lebih komprehensif atau menyeluruh bagi melindungi harta anda, iaitu polisi tambahan Polisi Empunya Rumah. Polisi ini melindungi terhadap risiko-risiko bencana lain seperti banjir, rusuhan dan lain-lain.
Tidak semua orang memerlukan insurans hayat. Anda boleh menonton video di bawah untuk keterangan lebih lanjut. Tetapi, jika anda salah seorang yang memang memerlukan insurans hayat, perlulah anda menjadikan ia salah satu matlamat atau prioriti utama anda. Jangan tunggu sehingga mencecah umur 50 atau setelah disahkan mengidap penyakit sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi hayat! Insurans hayat yang dibeli ketika usia muda bermakna membayar premium yang lebih rendah memandangkan risiko bagi penyakit dan kematian adalah rendah. Ini bermakna penjimatan kos yang sangat menguntungkan.
Kami berharap artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda dalam membuat keputusan tentang perlindungan yang perlu anda miliki. Dapatkan nasihat daripada wakil insurans dan takaful anda jika anda memerlukan lebih penjelasan. Atau tinggalkan komen di bawah untuk kami. Kami sedia membantu!
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…