Categories: Insurans Kereta

5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak

Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham.

Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa tuntutan takaful atau insurans kenderaan anda ditolak oleh syarikat insurans atau pengendali takaful.

 

5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak

1. Pemandu tidak dinamakan/ Unnamed driver

Adakah kereta anda dipandu oleh pasangan anda, anak atau rakan anda ketika kemalangan berlaku? Tahukah anda, polisi insurans/ takaful anda hanya melindungi anda?

Tetapi ini tak bererti orang lain tak lagi boleh memandu kereta anda. Perlindungan yang sama boleh ditawarkan kepada orang lain dengan mendaftarkan mereka sebagai “named driver” di dalam polisi anda. Jadi jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain selain anda, contohnya, anak, suami atau isteri, maka wajarlah mendaftarkan nama mereka.

Tapi jangan risau, jikalau kemalangan sudah berlaku dan pemandu bukanlah seorang named driver, anda masih boleh buat tuntuta. Anda hanya perlu membayar excess sebanyak RM400.

Di Malaysia, anda boleh masukkan dua nama ke dalam polisi kenderaan anda secara percuma. Nama-nama tambahan dikenakan RM10 seorang.

 

2. Tiada laporan polis

Jika anda tidak pasti tentang prosedur yang perlu diambil jika berlakunya kemalangan, anda boleh rujuk artikel ini.

Salah satu perkara yang paling kritikal perlu anda lakukan ialah melapurkan kemalangan tersebut kepada pihak polis trafik dalam masa 24 jam. Jangan sesekali terlepas pandang atau mengambil mudah langkah ni! Buruk padahnya. Kerana jika tiada laporan polis, atau laporan dibuat hanya setelah masa 24jam berlalu, tuntutan anda mungkin ditolak terus oleh pihak syarikat insurans.

Jadi jangan berlegah. Segera pergi ke balai polis sebaik sahaja kemalangan berlaku. Dan pastikan anda ke balai polis trafik!

 

3. Polisi anda tidak melindunginya

Ramai yang beranggapan memiliki insurans atau takaful sahaja sudah cukup untuk melindungi segala apa sahaja jenis kerosakan atau kemalangan. Tak tepat tu.

Misalnya anda memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, polisi jenis ini tidak melindungi kos membaiki bagi KERETA ANDA SENDIRI! Fahamkan betul-betul. Memanglah premium perlindungan jenis ini mudah berbanding polisi komprehensif. Tetapi ia hanya menampung kos membaiki kereta milik pihak ketiga. Ini bererti jika berlaku kemalangan, walaupun bukan salah anda, seperti kes langgar lari katakan, pihak syarikat tidak akan membayar kos membaiki kereta anda.

Bagi polisi komprehensif pula, jangan berfikir yang anda selamat dari segala jenis kes. Contoh-contoh jenis kerosakan yang TIDAK dilindungi ialah:

  • kerosakan/ kerugian akibat rusuhan
  • kecurian aksessori
  • kerugian/ kerosakan akibat banjir
  • kecederaan atas diri sendiri (jadi pastikan anda miliki perlindungan kemalangan peribadi)

Untuk fahami jenis-jenis perlindungan, rujuk artikel ini.

Related Post

 

4. Kegagalan memenuhi syarat/ memberikan maklumat yang tepat

Ketika membuat pemharuan/ renewal, terutama sekali jika anda melakukannya dengan sendiri contohnya melalui online, pastikan anda memberikan maklumat yang 100 peratus tepat.

Dengan terlancarnya liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Di antaranya: taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat meletak kereta.

Contohnya, tempat letak kereta persendirian yang dikawal rapi memiliki risiko kecurian lebih rendah berbanding tempat letak kereta awam yang terbuka. Jadi jika berlaku kecurian kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak tepat dengan realiti, pihak syarikat berhak menolak tuntutan anda.

 

5. Memandu dalam keadaan mabuk

Memang ternyata ini melanggar undang-undang jalan raya. Bukan sekadar memandu dalam keadaan mabuk, tetapi juga dalam keadaan khayal akibat penyambilan substan seperti dadah. Jika anda terlibat dalam kemalangan ketika di dalam keadaan sedemikian, tuntutan insurans anda tidak akan dilayani. Malah anda mungkin akan dikenakan denda atau dihadapi ke mahkamah.

Berhati-hatilah, kerana walaupun anda pemandu cekap walaupun dalam keadaan mabuk, anda mungkin berkemalangan akibat pemandu lalai atau tidak berpengalaman.

 

Sebab-sebab lain yang wajar difikirkan adalah:

  • Penggunaan kenderaan peresendirian untuk tujuan perniagaan atau komersil. Jika anda terlibat dalam kemalangan contohnya ketika menghantar barangan perniagaan kepada pelanggan, jika diketahui pihak syarikat, mereka mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda.
  • Under-insurance atau terkurang insurans. Ini tidak semestinya mengakibatkan penolakan tuntutan, tetapi anda mungkin hanya akan dapat menuntut jumlah yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya.

 

Tuntutan anda ditolak? Nak buat apa sekarang?

Jika anda berasakan anda telah dilayan secara tidak adil oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda, ketahui jika anda boleh melakukan rayuan. Jika masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membawa aduan atau pertikaian anda ke PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services. Untuk mengetahui apa tindakan yang boleh anda ambil, sila rujuk artikel ini.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang insurans atau takaful kenderaan anda, sila tujukan pertanyaan anda di sini.

Untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar industri atau ingin mendapatkan ejen yang boleh dipercayai, sila layari direktori ejen di sini.

 

View Comments

  • Bagaimana kita ingin membuat tuntutan insuran pada pihak yg melanggar kereta kita. Yang melanggar adalah bus express.

    • Hi Mohd Aidil. Cara untuk buat tuntutan sama seperti kenderaan persendirian. Maklumkan kepada syarikat insurans encik dan mereka anda tuntut dari pihak syarikat insurans bas express tersebut.

  • Jika saya memandu kenderaan sendiri dan berlaku kemalangan (langgar tiang), bolehkah saya menuntut insurans? bagaimana prosesnya jika boleh?

    • Kalau miliki polisi komprehensif, boleh tuntut dari syarikat insurans. Tapi itu akan akibatkan NCD kembali kepada 0% semasa pembaharuan nanti. Jadi perlu pertimbangkan kos perbaiki kenderaan dan kehilangan diskaun NCD. Jika NCD besar, manakala kos baiki rendah, mungkin lebih berbaloi bayar kos baiki sendiri.

  • Saya excident motor dengan kereta..kalau nak ikut salah,memang salah kereta..tapi saya nak claim motor saya atas kereta tak boleh..roktax motor saya mati..tapi polis cakap saya boleh claim atas kereta yang salah..bila saya pergi kedai motor untuk claim,kedai motor suruh jumpa lawyer..bila jumpa lawyer,lawyer tak nak buat sebab saya tak ada luka teruk atau patah..habis tu macam mana saya nak claim motor saya yang rosak tu..terasa macam diri teranaiya..sakit dapat motor plak nak keluar duit sendiri..rasa macam tak adil pulak dekat kereta yang salah tu..dia lepas macam tu je..

  • salam,
    camne klau kta claim insurans lambat?repot polis mmg ad.tp skrg ni nk gn dl kreta tu sbb still boleh grk.FYI..ni utk claim org yg lnggar krta sya

  • Sy kne langgar Dr belakang kat Bandar Uda JB. Pelanggar dengan senang hati Dan riak mnyatakan pd Sy jgn bising2 p claim kat insurance kete dia. Dah la mak dia akui ank pempuan dia ni bwk laju tak sempat break semasa tu ramai2 bhenti kat traffic light. Dia dgn slumber ckp claim je jgn nk bising2. Tuan puan yg tak kuat iman ni rasa hati nk je tu tumbok2 muke betina tu. Kalau lah jdi pape kat kami masa tu lagi boleh bangun aku tarik kau. Dah la tak keluar lansung dari kereta. Muke pulak tak bersalah. Alasan penat kne paksa ambik mak kat tempat kerja. Huntung kau senah Malaysia ni ada law... Org2 mcm kau lah punca org lain dpt penyakit. Kau elok je aku tgok mengunyah2 lepas accident. Dasar!!!!!!!!

  • kwn sy ade kmalangan..dia yg slh..phak 1 lgi nk klim insyuran ats kereta dia..tpi owner kereta tu dh mninggal 5 thun lps...boleh ke nk klim klu cmtu?

  • Selamat sejahtera,
    Kereta Sy dilanggar oleh pemandu mabuk kemudian lari. Ada video dan nombor plate. Lepas report polis boleh claim under pemandu maduk ke?

  • Saya terlibat kemalangan, bergesel kereta dgn kereta, stlh disemak pemandu berkenaan bukanlah pemilik kereta tersebut, jika saya bersalah...bolehkah pemilik kereta menuntut ncd kereta saya sedangkan keretanya dipandu oleh orang lain? Terima kasih.

  • Adik saya kemalangan, ada kereta langgar belakang. Kereta adik saya dah 20 tahun, keluar tahun 1999. Call man dah hantar ke satu bengkel. Kemudian dalam 2 minggu bengkel maklumkan insurance x cover full cost repair dan adik saya kena topup RM 1000, serta deposit RM 500.

    Soalan saya, memandangkan dlm kes ni kita nk claim dari insurance kereta satu lg, adakah kita akan claim full atau insurance kereta satu lagi akan ambil kira umur kereta juga? Setahu saya kalau kita claim dari kereta satu lagi (memandangkan kereta tu yang salah), kita boleh claim 100%.

  • Saya dilanggar oleh teksi dari belakang dan polis dah sahkan ianya salah teksi. Isunya sekarang betul ke kita tidak boleh tuntut insurans teksi tersebut dan perlu guna insuran sendiri sehingga menyebabkan ncd balik ke 0?

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

4 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago