Dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan memperkenalkan Skim Insurans Kesihatan Sukarela. Skim ini akan dapat membantu golong B40 mendapatkan penjagaan perkhidmatan kesihatan di klinik swasta dengan pembayaran yang disokong oleh kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, skim tersebut akan diuruskan oleh Kementerian Kesihatan dan dipantau oleh Kementerian Kewangan. Skim ini bertujuan mendekatkan lagi perkhidmatan sektor kesihatan awam dan swasta.

Menurut beliau, “Ini satu keputusan yang dibuat secara dasar dan akan diperhalusi selepas PRU14 untuk melihat bagaimana pelaksanaannya termasuk mengenal pasti mereka yang layak, jenis penyakit, kaedah pembayaran serta penetapan bagi Petujuk Prestasi Utama (KPI).

 “Skim ini dapat membantu golongan B40 dan mereka akan mendapat manfaat menggunakan kemudahan perkhidmatan kesihatan di sektor swasta dan ini sekali gus mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan kerajaan.
“Kajian perlu dibuat secara menyeluruh termasuk klinik swasta yang berkenaan serta kos berkaitan dengan pelaksanaan skim itu,” tambah beliau lagi.