Categories: Berita Insurans

Soalan Lazim Mengenai GST Yang Diturunkan Pada Kadar Sifar

Rakyat Malaysia rata-rata menerima berita tentang GST yang bakal diturunkan kepada kadar sifar mulai 1 Jun tahun ini dengan rasa gembira. Pada kebanyakan di antara kita, sudah memadai dengan mengetahui bahawa mulai tarikh tersebut tiada lagi dikenakan 6% untuk pembelian ke atas barangan mahu pun perkhidmatan.

Tetapi mungkin ada yang mempunyai soalan yang belum terjawab. Jadi di sini kami kongsikan beberapa soalan lazim yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Bahagian GST, Kastam Di Raja Malaysia.

 

Soalan Lazim GST Tempoh Peralihan 6% – 0%

Soalan: Apakah itu SST?
Jawapan: SST itu adalah Sales and Services Tax. Sales tax dikenakan ke atas barang-barang kilangan tempatan dan import, manakala services tax adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu.

Soalan: Saya telah membeli tiket penerbangan sebelum 01 Jun 2018 dan dijadualkan berlepas selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut balik nilai GST yang telah dibayar?
Jawapan: Bergantung kepada transaksi jual beli antara penjual dan pembeli tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dimaterai.

Soalan : Deposit (bayaran pendahuluan) untuk pembekalan barang/ perkhidmatan telah dibayar sebelum tarikh 01 Jun 2018dan barang / perkhidmatan dibekalkan selepas tarikh 01 Jun 2018. Apakah layanan GST ?
Jawapan : Bayaran pendahuluan tertakluk kepada GST atas kadar standard manakala baki bayaran sekiranya dibuat selepas tarikh 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada kadar sifar. (Nota: Pengguna dinasihati mengadakan rundingan semula dengan pembiaya pinjaman mengenai nilai pinjaman)

Related Post

Soalan: Adakah cukai yang dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang di lapangan terbang bertukar ke kadar sifar?
Jawapan: Tidak, masih kekal pada kadar 10%. GST ke atas barang dikenakan pada kadar sifar, tetapi duti import ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang masih dikekalkan pada kadar ad valorem 10%.

Soalan : Barang yang dibeli dan dikenakan GST pada kadar standard (6%) kemudian dipulangkan kepada penjual semasa GST berkadar sifar (0%). Apakah layanan GST ?
Jawapan: Penjual perlu mengeluarkan credit note yang sama nilai jualannya.

Soalan: Apakah sistem yang digunakan semasa SST?
Jawapan: Akan ditentukan kelak.

Soalan: Adakah Tourism Tax akan diteruskan?
Jawapan: Ya.

 

Sumber: Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

View Comments

Recent Posts

Lawati Cambodia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…

2 hari ago

5 Tempat Paling Murah Untuk Melancong pada 2025

Rakyat Malaysia cenderung memilih perjalanan jarak dekat dan sederhana, dengan negara-negara Asia Tenggara menjadi destinasi…

1 minggu ago

Insurans Perjalanan Termurah di Malaysia 2025

Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan sehingga 25% untuk insurans perjalanan apabila membelinya secara dalam…

4 minggu ago

Insurans Kereta Termurah Malaysia 2025

Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan 10% untuk insurans kereta apabila membuat pembelian secara dalam…

1 bulan ago

Insurans Kumpulan: Panduan untuk Majikan Malaysia (Bhg 2)

Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…

2 bulan ago

Insurans Berkumpulan: Panduan untuk Majikan di Malaysia

Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…

2 bulan ago