Berita Insurans

Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta

Syarikat Takaful Malaysia Bhd baru-baru ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 31 tahun lepas dengan keuntungan selepas cukai serta zakat sebanyak RM205.1 juta.

Ini adalah peningkatan sebanyak 18% berbanding jumlah keuntungan yang diperoh tahun lepas iaitu sebanyak RM174.5 juta.

Menurut Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ini merupakan kali pertama keuntungan kumpulan melebihi RM200 juta semenjak penubuhan syarikat itu dan telah pun melepasi sasarannya..

“Kedudukan yang cemerlang ini merupakan kejayaan penting bagi kumpulan memandangkan kami secara konsisten mencatatkan peningkatan keuntungan bersih, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 27 peratus, sejak memulakan Program Transformasi pada 2009.

Related Post

“Pulangan  bersih ke atas ekuiti  mencatatkan 26.7 peratus berbanding 24.9 peratus yang dilaporkan pada tahun kewangan 2016, iaitu pulangan ekuiti tertinggi (ROE) dalam kalangan  semua Syarikat Berkaitan Kerajaan,” kata beliau lagi.

Kumpulan itu membuat pelaburan besar dalam peralatan, aplikasi dan teknologi baharu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan menerusi strategi digitalnya, dan terus membangunkan hubungan bancassurance yang kukuh dengan pelbagai rakan bank, menerusi  pengenalan penyelesaian produk baharu untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dan kekal di hadapan.

 

 

View Comments

  • Betul, nampak satu kejayaan bila capai keuntungan bersih yang tinggi. Tapi cara dan operasi ejen Takaful Malaysia amat tak disenangi. Atas beberapa sebab :
    1) Saya dihubungi dua kali oleh ejen berbeza yang menawarkan pelan perlindungan berbeza dengan potongan wang daripada dua akaun bank berbeza : Bank Islam (potongan RM 37) , Maybank (potongan RM 35). Buatkan saya tertanya, polisi pihak syarikat tu membolehkan ejen menghubungi lagi pelanggan yang telah melanggan dan menawarkan pelan yang lain?

    2) Pencerobohan data peribadi, melalui kaedah tele marketing. Mungkin atas dasar 'kerjasama' antara Bank Islam dengan Takaful Malaysia, tapi kenapa pelanggan yang buka akaun di Bank Islam tak dimaklumkan tentang perkara ini?

Recent Posts

Lawati Jepun 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Sedang merancang pengembaraan anda yang seterusnya? Apa kata ke negara matahari terbit? (selanjutnya…)

5 hari ago

Lawati Filipina 2025: Panduan Pelancongan Rakyat Malaysia

Sedang merancang percutian bajet? Inilah panduan lengkap anda ke salah satu destinasi pelancongan paling berpatutan…

2 minggu ago

Lawati Vietnam 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…

3 minggu ago

Lawati Indonesia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)

4 minggu ago

Lawati Thailand 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Lawati Cambodia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…

1 bulan ago