2017 Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/2017/ Finding the Best Insurance Fri, 01 Jun 2018 14:02:53 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 2017 Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/2017/ 32 32 234803146 Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/#comments Mon, 29 Jan 2018 01:00:44 +0000 https://ibanding.com.my/?p=37416 Syarikat Takaful Malaysia Bhd baru-baru ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 31 tahun lepas dengan keuntungan selepas cukai serta zakat sebanyak RM205.1 juta. Ini adalah peningkatan sebanyak 18% berbanding jumlah keuntungan yang diperoh tahun lepas iaitu sebanyak RM174.5 juta. Menurut Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ini...

The post Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Syarikat Takaful Malaysia Bhd baru-baru ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 31 tahun lepas dengan keuntungan selepas cukai serta zakat sebanyak RM205.1 juta.

Ini adalah peningkatan sebanyak 18% berbanding jumlah keuntungan yang diperoh tahun lepas iaitu sebanyak RM174.5 juta.

Menurut Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ini merupakan kali pertama keuntungan kumpulan melebihi RM200 juta semenjak penubuhan syarikat itu dan telah pun melepasi sasarannya..

“Kedudukan yang cemerlang ini merupakan kejayaan penting bagi kumpulan memandangkan kami secara konsisten mencatatkan peningkatan keuntungan bersih, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 27 peratus, sejak memulakan Program Transformasi pada 2009.

“Pulangan  bersih ke atas ekuiti  mencatatkan 26.7 peratus berbanding 24.9 peratus yang dilaporkan pada tahun kewangan 2016, iaitu pulangan ekuiti tertinggi (ROE) dalam kalangan  semua Syarikat Berkaitan Kerajaan,” kata beliau lagi.

Kumpulan itu membuat pelaburan besar dalam peralatan, aplikasi dan teknologi baharu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan menerusi strategi digitalnya, dan terus membangunkan hubungan bancassurance yang kukuh dengan pelbagai rakan bank, menerusi  pengenalan penyelesaian produk baharu untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dan kekal di hadapan.

 

 

The post Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/feed/ 1 37416