3h cover Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/3h-cover-ms/ Finding the Best Insurance Fri, 01 Jun 2018 14:00:02 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 3h cover Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/3h-cover-ms/ 32 32 234803146 Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/#comments Fri, 13 Oct 2017 02:50:27 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30721 Kuala Lumpur (Oct 6): Allianz Life Insurance Malaysia Bhd. iaitu subsidiari kepada Allianz Malaysia Bhd. hari ini telah melancarkan suatu pelan 3H Cover yang melindungi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi. Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover...

The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kuala Lumpur (Oct 6): Allianz Life Insurance Malaysia Bhd. iaitu subsidiari kepada Allianz Malaysia Bhd. hari ini telah melancarkan suatu pelan 3H Cover yang melindungi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi.

Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover ini menawarkan harapan bagi mereka yang sebelum ini sukar untuk mendapat perlindungan insurans kerana masalah penyakit yang berkait dengan gaya hidup ini.

“Sehingga kini, bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda mempunyai keadaan yang sedia ada seperti “3 Tahap Tinggi”. Terdapat peluang di mana anda akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya amat jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” kata Joseph Gross,  Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life.

“Kami ingin memberi warga Malaysia di luar sana peluang kedua dalam kehidupan mereka dan lebih penting lagi, perlindungan yang sewajarnya,” tambah Gross lagi.

allianz 3h

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Encik Ong Pin Hean, waktu bekerja yang panjang, stress, pemakanan yang tidak sihat juga kurangnya aktiviti senaman telah mengakibatkan 63% penduduk dewasa Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah “3 Tahap Tinggi” ini – kolestrol tinggi, darah tinggi atau pun BMI yang tinggi.

Allianz 3H Cover ditawarkan kepada mereka yang berusia di antara 20 hingga 60 tahun, termasuklah mereka yang mengalami mana-mana dari “3 Tahap Tinggi” ini. Pembaharuan polisi adalah terjamin sehingga umur 85 tahun.

Pelan 3H Cover akan memberikan pampasan sekali gus sebanyak RM200,000 atas kematian dan kecacatan kekal serta perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal yang berjumlah RM200,000, iaitu strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggan dan kanser.

Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma yang mana para pelanggan akan menerima peningkatan sebanyak 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD serta peluang untuk menaik taraf pelan penyakit kritikal mereka kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh dan komprehensif sekiranya “3 Tahap Tinggi” mereka kembali normal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz 3H Cover, klik di sini.

 

 

The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/feed/ 1 30721