Allianz Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/allianz-ms/ Finding the Best Insurance Fri, 01 Jun 2018 14:03:30 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 Allianz Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/allianz-ms/ 32 32 234803146 Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017 https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/#respond Mon, 26 Feb 2018 00:00:22 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38353 Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) menutup tirai tahun 2017 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5% untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) dengan jumlah sebanyak RM4.29 bilion berbanding RM4.18 bilion pada 2016. Keuntungan Sebelum Cukai pula adalah RM437.3 juta pada tahun 2017 berbanding RM454.6 juta pada tahun 2016. Jumlah Aset Kumpulan bertambah...

The post Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) menutup tirai tahun 2017 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5% untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) dengan jumlah sebanyak RM4.29 bilion
berbanding RM4.18 bilion pada 2016.

Keuntungan Sebelum Cukai pula adalah RM437.3 juta pada tahun 2017 berbanding RM454.6 juta pada tahun 2016. Jumlah Aset Kumpulan bertambah sebanyak 11.3% kepada RM16.59 bilion pada tahun 2017 berbanding RM14.91 bilion pada tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Zakri Khir berkata,“Pada tahun ini, perniagaan akan terus dikembangkan melalui inovasi dalam bentuk produk-produk baru, memanfaatkan pasaran yang makin berkembang, servis yang tiada tandingan dan kepuasan pelanggan. Pada tahun 2018, kami berhasrat untuk menjadikan Allianz sebagai jenama isirumah yang sinonim dengan perlindungan menyeluruh yang anda perlukan, dari A hingga Z.”

Dalam meneruskan untuk mendahulukan pelanggan, fokus Allianz Malaysia kini adalah dalam memacu nilai perniagaan yang unggul melalui penyelesaian insurans yang sempurna.

“Dalam situasi perniagaan semasa, pengalaman pelanggan merupakan kunci utama. Sebagai penanggung insurans, dapat memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik sepertinya dapat mencapai titik kebahagiaan, keseimbangan yang tepat antara menyampaikan produk pintar dan perkhidmatan yang bermakna untuk kedua insurans am dan hayat yang melindungi anda dari A-Z,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

 

Allianz General mencapai Premium Bertulis Kasar sebanyak RM2.14 bilion pada tahun 2017 berbanding RM2.08 bilion pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2.5%. Keuntungan Pengunderaitan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM101.6 juta berbanding RM166.9 juta pada tahun 2016 manakala Keuntungan Sebelum Cukai menurun sebanyak 16.7% pada tahun 2017 iaitu RM266.9 juta dari RM320.5 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat 2.9% iaitu RM5.96 bilion pada 2017 dari RM5.79 bilion pada 2016 manakala Nisbah Gabungan pada 2017 adalah 94.5% berbanding 90.4% pada 2016.

Allianz Life terus kukuh dengan mencatatkan jumlah peningkatan pada 2.4% dalam Premium Bertulis Kasar kepada RM2.15 bilion pada tahun 2017 dari RM2.10 bilion. Premium Perniagaan Baru (ANP) meningkat sebanyak 15.3% pada 2017 kepada RM452.5 juta dari RM392.5 juta. Keuntungan Sebelum Cukai juga meningkat sebanyak 24.9% pada
2017 kepada RM172.9 juta berbanding RM138.4 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset juga meningkat sebanyak 16.8% kepada RM10.14 bilion pada 2017 dari RM8.68 bilion pada 2016.

Allianz Life menduduki tangga kelima dalam segmen insurans hayat, dengan mencatatkan penambahbaikan bahagian pasaran sebanyak 7.4% pada 2017 dari 6.6% pada 2016.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my

 

The post Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/feed/ 0 38353
Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/#comments Fri, 13 Oct 2017 02:50:27 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30721 Kuala Lumpur (Oct 6): Allianz Life Insurance Malaysia Bhd. iaitu subsidiari kepada Allianz Malaysia Bhd. hari ini telah melancarkan suatu pelan 3H Cover yang melindungi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi. Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover...

The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kuala Lumpur (Oct 6): Allianz Life Insurance Malaysia Bhd. iaitu subsidiari kepada Allianz Malaysia Bhd. hari ini telah melancarkan suatu pelan 3H Cover yang melindungi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi.

Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover ini menawarkan harapan bagi mereka yang sebelum ini sukar untuk mendapat perlindungan insurans kerana masalah penyakit yang berkait dengan gaya hidup ini.

“Sehingga kini, bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda mempunyai keadaan yang sedia ada seperti “3 Tahap Tinggi”. Terdapat peluang di mana anda akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya amat jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” kata Joseph Gross,  Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life.

“Kami ingin memberi warga Malaysia di luar sana peluang kedua dalam kehidupan mereka dan lebih penting lagi, perlindungan yang sewajarnya,” tambah Gross lagi.

allianz 3h

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Encik Ong Pin Hean, waktu bekerja yang panjang, stress, pemakanan yang tidak sihat juga kurangnya aktiviti senaman telah mengakibatkan 63% penduduk dewasa Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah “3 Tahap Tinggi” ini – kolestrol tinggi, darah tinggi atau pun BMI yang tinggi.

Allianz 3H Cover ditawarkan kepada mereka yang berusia di antara 20 hingga 60 tahun, termasuklah mereka yang mengalami mana-mana dari “3 Tahap Tinggi” ini. Pembaharuan polisi adalah terjamin sehingga umur 85 tahun.

Pelan 3H Cover akan memberikan pampasan sekali gus sebanyak RM200,000 atas kematian dan kecacatan kekal serta perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal yang berjumlah RM200,000, iaitu strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggan dan kanser.

Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma yang mana para pelanggan akan menerima peningkatan sebanyak 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD serta peluang untuk menaik taraf pelan penyakit kritikal mereka kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh dan komprehensif sekiranya “3 Tahap Tinggi” mereka kembali normal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz 3H Cover, klik di sini.

 

 

The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/allianz-perkenalkan-3h-cover-untuk-lindungi-penyakit-gaya-hidup/feed/ 1 30721