berita insurans Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/berita-insurans/ Finding the Best Insurance Fri, 01 Jun 2018 14:05:45 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 berita insurans Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/berita-insurans/ 32 32 234803146 MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14 https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/#respond Fri, 20 Apr 2018 01:49:34 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39010 KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan membayar balik premium insurans perjalanan sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekiranya mereka ingin membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Rara Umumke -14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Mei bulan hadapan. “Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk...

The post MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan membayar balik premium insurans perjalanan sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekiranya mereka ingin membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Rara Umumke -14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Mei bulan hadapan.

“Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk mendapat bayaran balik penuh,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSIG hari ini.

Selain dari pembayaran balik premium sekiranya pembatalan dibuat, MSIG juga bersedia memberikan pilihan kepada pelanggan mereka yang telah pun membeli insurans perjalanan untuk meminda tarikh perjalanan mereka tanpa dikenakan sebarang premium tambahan jika tundaan baharu dalam tempoh 90 hari dari tarikh asal.

Bagaimanapun, premium tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan melanjutkan tempoh perjalanan atau mengubah destinasi asal mereka.

Pelanggan yang berhasrat membuat sebarang pindaan boleh menghubungi penasihat insurans mereka atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MSIG sebelum 7 Mei, 2018.

 

The post MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/feed/ 0 39010
Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017 https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/#respond Mon, 26 Feb 2018 00:00:22 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38353 Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) menutup tirai tahun 2017 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5% untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) dengan jumlah sebanyak RM4.29 bilion berbanding RM4.18 bilion pada 2016. Keuntungan Sebelum Cukai pula adalah RM437.3 juta pada tahun 2017 berbanding RM454.6 juta pada tahun 2016. Jumlah Aset Kumpulan bertambah...

The post Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) menutup tirai tahun 2017 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5% untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) dengan jumlah sebanyak RM4.29 bilion
berbanding RM4.18 bilion pada 2016.

Keuntungan Sebelum Cukai pula adalah RM437.3 juta pada tahun 2017 berbanding RM454.6 juta pada tahun 2016. Jumlah Aset Kumpulan bertambah sebanyak 11.3% kepada RM16.59 bilion pada tahun 2017 berbanding RM14.91 bilion pada tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Zakri Khir berkata,“Pada tahun ini, perniagaan akan terus dikembangkan melalui inovasi dalam bentuk produk-produk baru, memanfaatkan pasaran yang makin berkembang, servis yang tiada tandingan dan kepuasan pelanggan. Pada tahun 2018, kami berhasrat untuk menjadikan Allianz sebagai jenama isirumah yang sinonim dengan perlindungan menyeluruh yang anda perlukan, dari A hingga Z.”

Dalam meneruskan untuk mendahulukan pelanggan, fokus Allianz Malaysia kini adalah dalam memacu nilai perniagaan yang unggul melalui penyelesaian insurans yang sempurna.

“Dalam situasi perniagaan semasa, pengalaman pelanggan merupakan kunci utama. Sebagai penanggung insurans, dapat memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik sepertinya dapat mencapai titik kebahagiaan, keseimbangan yang tepat antara menyampaikan produk pintar dan perkhidmatan yang bermakna untuk kedua insurans am dan hayat yang melindungi anda dari A-Z,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.

 

Allianz General mencapai Premium Bertulis Kasar sebanyak RM2.14 bilion pada tahun 2017 berbanding RM2.08 bilion pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2.5%. Keuntungan Pengunderaitan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM101.6 juta berbanding RM166.9 juta pada tahun 2016 manakala Keuntungan Sebelum Cukai menurun sebanyak 16.7% pada tahun 2017 iaitu RM266.9 juta dari RM320.5 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat 2.9% iaitu RM5.96 bilion pada 2017 dari RM5.79 bilion pada 2016 manakala Nisbah Gabungan pada 2017 adalah 94.5% berbanding 90.4% pada 2016.

Allianz Life terus kukuh dengan mencatatkan jumlah peningkatan pada 2.4% dalam Premium Bertulis Kasar kepada RM2.15 bilion pada tahun 2017 dari RM2.10 bilion. Premium Perniagaan Baru (ANP) meningkat sebanyak 15.3% pada 2017 kepada RM452.5 juta dari RM392.5 juta. Keuntungan Sebelum Cukai juga meningkat sebanyak 24.9% pada
2017 kepada RM172.9 juta berbanding RM138.4 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset juga meningkat sebanyak 16.8% kepada RM10.14 bilion pada 2017 dari RM8.68 bilion pada 2016.

Allianz Life menduduki tangga kelima dalam segmen insurans hayat, dengan mencatatkan penambahbaikan bahagian pasaran sebanyak 7.4% pada 2017 dari 6.6% pada 2016.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my

 

The post Allianz Malaysia Kekal Kukuh Dalam Pencapaian Premium Bertulis Kasar 2017 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/allianz-malaysia-kekal-berdaya-tahan-dalam-mencapai-premium-bertulis-kasar-sebanyak-rm4-bilion-pada-tahun-2017/feed/ 0 38353
Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat https://ibanding.com.my/industri-hayat-malaysia-terus-meningkat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=industri-hayat-malaysia-terus-meningkat https://ibanding.com.my/industri-hayat-malaysia-terus-meningkat/#respond Mon, 19 Feb 2018 04:27:51 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38244 Pertumbuhan industri hayat di Malaysia terus mencatatkan peningkatan manakala prospek sektor ini kekal positif berikutan peratusan bagi penduduk yang memiliki insurans hayat atau pelan takaful adalah masih di tahap rendah iaitu sebanyak 54%. Industri hayat negara bagi tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 6% bagi sekemua jumlah gabungan polisi insurans kepada RM1.38 trilion berbanding RM1.3...

The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Pertumbuhan industri hayat di Malaysia terus mencatatkan peningkatan manakala prospek sektor ini kekal positif berikutan peratusan bagi penduduk yang memiliki insurans hayat atau pelan takaful adalah masih di tahap rendah iaitu sebanyak 54%.

Industri hayat negara bagi tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 6% bagi sekemua jumlah gabungan polisi insurans kepada RM1.38 trilion berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Ini satu tanda peningkatan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan hayat.

Menurut Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), jumlah premium untuk perniagaan baru bertambah 3.8% dari tahun ke tahun kepada RM10.11 trilion pada 2017 berbanding RM9.74 trilion sebelum ini.

Menrurut LIAM lagi, industri insurans hayat juga mencatatkan peningkatan tuntutan sebanyak 5.3% kepada RM10.1 bilion daripada RM9.7 bilion. Sebahagian besar daripada peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kematian dan tuntutan hilang upaya.

Walaupun jumlah jaminan insurans per kapita naik pada tahun 2017 kepada RM42,992 daripada RM41,055 pada 2016, nilai ini masih jauh di bawah jumlah yang diperlukan untuk menyokong anggota keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya di kalangan ketua keluarga.

“Berdasarkan Kajian Insurans Terkurang di Malaysia yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan LIAM pada 2013, jurang purata kematian bagi setiap anggota keluarga adalah kira-kira RM100, 000 hingga RM150,000”, katanya.

 

 

The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/industri-hayat-malaysia-terus-meningkat/feed/ 0 38244
Pelan Perlindungan Mampu Milik Takaful Amani Plus Serendah RM0.25 Sehari https://ibanding.com.my/pelan-perlindungan-mampu-milik-takaful-amani-plus-serendah-rm0-25-sehari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelan-perlindungan-mampu-milik-takaful-amani-plus-serendah-rm0-25-sehari https://ibanding.com.my/pelan-perlindungan-mampu-milik-takaful-amani-plus-serendah-rm0-25-sehari/#comments Tue, 30 Jan 2018 01:00:20 +0000 https://ibanding.com.my/?p=37419 Sejajar dengan sasaran kerajaan yang mahu mencapai kadar penembusan perlindungan rakyat Malaysia sehingga 75% menjelang tahun 2020, semakin banyak syarikat yang menyediakan perlindungan sama ada insurans konvensional mahupun takaful sudah mula menawarkan produk perlindungan yang lebih mampu milik. Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) juga tidak ketinggalan. Syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu baru-baru...

The post Pelan Perlindungan Mampu Milik Takaful Amani Plus Serendah RM0.25 Sehari appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Sejajar dengan sasaran kerajaan yang mahu mencapai kadar penembusan perlindungan rakyat Malaysia sehingga 75% menjelang tahun 2020, semakin banyak syarikat yang menyediakan perlindungan sama ada insurans konvensional mahupun takaful sudah mula menawarkan produk perlindungan yang lebih mampu milik.

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) juga tidak ketinggalan. Syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu baru-baru ini melancarkan pelan perlindungan Takaful Amani Plus yang menyediakan perlindungan komprehensif yang boleh didapati dengan sumbangan serendah RM0.25 sehari atau RM 90 setahun.

Pelan Takaful Amani Plus antara lain menawarkan jaminan kewangan terhadap kematian, hilang upaya semula jadi dan kerugian akibat kemalangan diri untuk pelanggan Bank Rakyat.

Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, pelan ini adalah produk yang ditambah baik daripada pelan perlindungan Takaful Amani yang dilancarkan pada tahun 2010 dengan penyertaan hampir 800,000 daripada pelanggan Bank Rakyat.

“Pelan yang ditaja jamin Takaful Ikhlas ini menawarkan manfaat sehingga RM30,000 bagi kerugian akibat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semula jadi di samping manfaat hingga RM150,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.”

“Pelanggan Bank Rakyat boleh mendapatkan pelan ini dengan sumbangan serendah RM90 setahun atau bersamaan RM0.25 sehari selain menawarkan tiga pilihan pelan perlindungan komprehensif dengan manfaat berbeza,” katanya.

The post Pelan Perlindungan Mampu Milik Takaful Amani Plus Serendah RM0.25 Sehari appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/pelan-perlindungan-mampu-milik-takaful-amani-plus-serendah-rm0-25-sehari/feed/ 2 37419
Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/#comments Mon, 29 Jan 2018 01:00:44 +0000 https://ibanding.com.my/?p=37416 Syarikat Takaful Malaysia Bhd baru-baru ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 31 tahun lepas dengan keuntungan selepas cukai serta zakat sebanyak RM205.1 juta. Ini adalah peningkatan sebanyak 18% berbanding jumlah keuntungan yang diperoh tahun lepas iaitu sebanyak RM174.5 juta. Menurut Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ini...

The post Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Syarikat Takaful Malaysia Bhd baru-baru ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 31 tahun lepas dengan keuntungan selepas cukai serta zakat sebanyak RM205.1 juta.

Ini adalah peningkatan sebanyak 18% berbanding jumlah keuntungan yang diperoh tahun lepas iaitu sebanyak RM174.5 juta.

Menurut Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ini merupakan kali pertama keuntungan kumpulan melebihi RM200 juta semenjak penubuhan syarikat itu dan telah pun melepasi sasarannya..

“Kedudukan yang cemerlang ini merupakan kejayaan penting bagi kumpulan memandangkan kami secara konsisten mencatatkan peningkatan keuntungan bersih, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 27 peratus, sejak memulakan Program Transformasi pada 2009.

“Pulangan  bersih ke atas ekuiti  mencatatkan 26.7 peratus berbanding 24.9 peratus yang dilaporkan pada tahun kewangan 2016, iaitu pulangan ekuiti tertinggi (ROE) dalam kalangan  semua Syarikat Berkaitan Kerajaan,” kata beliau lagi.

Kumpulan itu membuat pelaburan besar dalam peralatan, aplikasi dan teknologi baharu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan menerusi strategi digitalnya, dan terus membangunkan hubungan bancassurance yang kukuh dengan pelbagai rakan bank, menerusi  pengenalan penyelesaian produk baharu untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dan kekal di hadapan.

 

 

The post Syarikat Takaful Mencatat Keuntungan Bersih RM205 Juta appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/syarikat-takaful-mencatat-keuntungan-bersih-rm205-1-juta/feed/ 1 37416