ejen insurans Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/ejen-insurans/ Finding the Best Insurance Tue, 06 Nov 2018 03:27:45 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 ejen insurans Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/ejen-insurans/ 32 32 234803146 Ejen Insurans Terbaik Dari Perak Anda Harus Kenali https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-dari-perak-anda-harus-kenali/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ejen-insurans-terbaik-dari-perak-anda-harus-kenali https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-dari-perak-anda-harus-kenali/#respond Fri, 16 Mar 2018 00:19:27 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38513 The post Ejen Insurans Terbaik Dari Perak Anda Harus Kenali appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Adakah anda sedang mencari pakar insurans yang khusus? Atau mungkin anda ingin mencari seseorang yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan yang mempunyai kelayakan yang tepat untuk memberi nasihat? Dengan lebih 120,000 ejen berdaftar di Malaysia, ia mungkin sedikit sukar untuk mencari ejen insurans yang sesuai.

Direktori Insurans iBanding ialah di mana anda boleh dapatkan ejen insurans yang sesuai di Perak atau di mana-mana negeri ni negara ini. Melalui maklum balas yang diberi oleh pelanggan lain terhadap ejen yang tersenarai, anda dapat menilai sendiri mutu perkhidmatan yang anda inginkan.

Dengan prinsip maklumbalas, kami melayan semua ejen dengan sama rata. Kami percaya bahawa maklumbalas yang baik tidak boleh dibeli. Kami gunakan fraud checking untuk mengelakan penilaian palsu.

Dengan ini, kami ingin memperkenalkan 4 lagi ejen insurans yang terbaik minggu ini dan kami fokuskan ejen dari Perak pula.

1. Izyan Adilah Bohari (17 Ulasan)

Penarafan: 

Lokasi: Gerik, Perak

Agensi: Al Saffan Group

Berkerja di Ipoh, Izyan adalah penasihat kewangan Takaful sepenuh masa yang sangat kompeten dalam memberi khidmat nasihat mengikut keperluan pelanggannya. Dengan personaliti yang ramah, ramai pelanggan mudah berhubung dan berinteraksi dengan Izyan.

Buat masa ini, Izyan mewakili Prudential Assurance dan Takaful, dan di antara semua produk dan perkhidmatan, tawarannya merangkumi produk hospital dan pembedahan ke produk perubatan dan penyakit kritikal sehinggalah ke perancangan kewangan dan persaraan.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Izyan

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Sebelum saya mengesyorkan sesuatu kepada pelanggan, penilaian keadaan semasa prospek adalah sangat penting. Penilaian ini adalah dari segi mengkaji pelan insuran terkini sehinggalah memahami kedudukan kewangan mereka.

Kadangkala, pelanggan mungkin rasa bahawa mereka tahu apa yang mereka mahukan, tetapi tidak benar-benar mengetahui apa yang diperlukan mereka. Jadi, mengenalpasti objektif kewangan tentu sekali membantu saya dalam memberi penyelesaian yang sesuai untuk mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Satu perkara yang saya selalu praktikkan ialah sentiasa mengambil masa untuk berjumpa dengan prospek, kerana saya rasa berbual dalam talian sebenarnya tidak mencukupi. Pelanggan mungkin ragu-ragu dan dalam kebanyakan kes, ramai di antara mereka tidak tahu soalan yang sepatutnya ditanya.

Jadi saya akan sentiasa pastikan untuk bertemu dengan mereka. Saya ingin mereka faham apa yang saya tawarkan dan bagaimana penawaran tersebut boleh memanfaat kehidupan mereka secara keseluruhannya.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: U-Need Wealth Planner Sdn Bhd

Berkerja dengan U-NEED Wealth Planner Sdn Bhd (AIA Public Takaful), Faris adalah seorang yang mudah bergaul dan juga seorang profesional yang terlatih dalam memberi penyelesaian Takaful.

Kini Faris mewakili syarikat insurans seperti AIA dan AIA Public Takaful. Jika anda ingin memahami dengan lebih lanjut tentang pelan hayat dan perlindungan pendapatan, atau juga simpanan, MLTT, pelaburan dan persaraan pelan Takaful, Faris sudah tentu seseorang yang anda harus ketemui.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Faris

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Bergantung kepada keperluan mereka. Tetapi saya juga lihat kepada permintaan yang sentiasa diterima daripada orang ramai yang menetap di Ipoh. Kebanyakan mereka lebih cenderung terhadap insurans perubatan dan secara tidak langsung, itu biasanya produk yang saya akan tawarkan dan syorkan kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Selalunya saya akan dapat propsek yang sudah tahu apa yang mereka mahu daripada sesuatu produk insurans. Mereka adalah orang-orang yang berkemungkinan besar telah membuat sedikit kajian terhadap produk tersebut sebelum datang jumpa saya.

Keputusan mereka untuk beli selalunya lebih pantas. Tetapi apa jua keadaan, saya akan tetap menjalankan fact-finding dan sejurusnya mendidik mereka lebih sedikit supaya mereka pasti bahawa itu yang mereka benar-benar perlukan.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: Azam Achievers Management

Menetap di Ipoh, Rina adalah profesional kewangan Islam yang mempunyai kepakaran dalam Takaful dan perancangan hartanah Islamik. Di kalangan pelanggannya, beliau menonjol sebagai sesorang yang gigih dalam memberi jawapan dan sentiasa bersedia memberi penjelasan. Jika anda mencari seseorang yang bersikap terbuka dalam perbincangan dan perbualan tentang insurans, Rina mungkin seseorang yang anda perlu temui.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Rina

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Seringkali, saya telah berjumpa dengan ramai orang yang sudah ada sejenis pelan perlindungan. Pada pendapat saya, itu bagus. Ia juga bermakna minat atau pengetahuan terhadap insurans sudah pun ada dalam pemikiran mereka.

Tetapi, saya rasa pelan perlindungan yang mereka miliki tidak mencukupi tetapi produk yang saya syorkan benar-benar bergantung kepada situasi mereka, pelan insurans mereka yang terkini atau yang sedia ada (adakah mereka perlukan perlindungan yang berbeza atau tidak), dan juga objektif mereka apabila mencari pelan insurans. Persoalannya; mengapa mereka rasa mereka memerlukan insurans?

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Rapport. Mengenali pelanggan-pelanggan saya adalah sangat penting. Semasa dalam perbualan dan berkomunikasi secara terbuka dengan mereka, saya boleh mengenalpasti produk yang mungkin sesuai untuk mereka. Dengan cara ini saya dapat memahami apa sebenarnya yang mereka perlu.

Saya juga percaya bahawa pelanggan perlu dididik, sentiasa persistent dan sentiasa cuba untuk mengekalkan hubungan yang bagus dengan pelanggan dari masa ke semasa.

Penarafan: 

Lokasi: Ipoh, Perak

Agensi: Al Murshid Consultancy

Berkerja dengan AL Mushid Consultancy, Rahimi adalah penasihat kewangan Takaful sepenuh masa. Beliau dikenali oleh rakan-rakan sebagai seorang yang ramah. Dengan Rahimi, anda boleh harapkan penyelesaian yang jelas dan komunikasi tulus setiap masa.

Buat masa ini Rahimi menawarkan kad perubatan. Dan jika anda mencari sesuatu pelan yang spesifik seperti perlindungan peribadi, hospital dan pembedahan atau juga simpanan dan pelaburan, beliau sudah tentu ejen yang kami rasa anda patut kenali.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Rahimi

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Medical card. Ini Kerana kebanyakan prospek dan pelanggan saya cari produk ini lebih daripada produk-produk insurans lain yang saya jual.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya rasa semua orang dan bukan sahaja prospek, perlu memahami apa itu insurans. Saya mempunyai pelbagai jenis pelanggan. Ada yang mempunyai pemahaman yang bagus tentang produk yang mereka cari. Ada juga sekumpulan pelanggan saya yang tidak memahami dengan sepenuhnya tentang insurans. Mereka mungkin pernah dengar sedikit sebanyak tentang produk insurans tetapi masih kekurangan informasi.

Dan apabila mereka bertemu dengan saya, mereka tidak semestinya ingin membeli serta -merta, malah mereka mungkin mahu mengunakan nasihat dan informasi yang saya beri sebagai rujukan untuk belajar dengan lebih lanjut tentang sesebuah produk. Itu sememangnya bijak di pihak mereka dan saya sentiasa mengalakkannya.

 

 

The post Ejen Insurans Terbaik Dari Perak Anda Harus Kenali appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-dari-perak-anda-harus-kenali/feed/ 0 38513
Ejen Insurans Terbaik di Sabah dan Sarawak Yang Tidak Anda Ketahui https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-di-sabah-dan-sarawak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ejen-insurans-terbaik-di-sabah-dan-sarawak https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-di-sabah-dan-sarawak/#respond Fri, 29 Dec 2017 00:00:28 +0000 https://ibanding.com.my/?p=35133 The post Ejen Insurans Terbaik di Sabah dan Sarawak Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Mengapa sesetengah ejen insuran berjaya manakala yang lain gagal?

Tabiat mereka.

Ia adalah rutin, metodologi dan falsafah tersendiri yang memacu aktiviti harian, yang akhirnya membentuk mereka untuk menjadi ejen insurans yang sangat efektif.

Ia adalah kedahagaan mereka; bersedia untuk pelanggan dalam apa jua cara dan bentuk, sifat benar-benar mengambil berat dan sentiasa ingin menolong pelanggan. Bersedia untuk gagal kerana kegagalan adalah langkah yang perlu sebelum mencapai kejayaan; mempunyai saluran jualan yang didorong oleh tindakan, fokus serta ketabahan, dan bukan harapan semata-mata.

Minggu ini kita meninjau pula ejen insurans yang berasal daripada Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak yang anda mungkin tidak kenali. Mereka semua mempunyai sifat-sifat dan kualiti hebat tersendiri dan setiap seorang daripada mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

Rating: 

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Ejensi: TOMMY

Berasal dari Kota Kinabalu, Tommy mewakili AIA, AIA Takaful dan AIG. Beliau menawarkan pelbagai produk insurans seperti insuran hayat, insurans berkaitan pelaburan dan pelan persaraan.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Tommy

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Ia sangat bergantung kepada keperluan pelanggan. Selalunya saya menawarkan insurans hayat dan perubatan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Jika pelanggan ada sebarang pertanyaan, saya akan pastikan soalan mereka sentiasa terjawab. Ia menjadi keutamaan bagi saya, kerana lebih banyak mereka tahu tentang insurans, lebih baik.  

Rating: 

Lokasi: Kuching, Sarawak

Ejensi: Jay & Ray Services LLP

Berkhidmat dengan Jay & Jay Services LLP, Jayden menawarkan pelbagai jenis penyelesaian insurans, seperti insurans am, juga takaful dan insurans perniagaan. Kini, beliau mewakili Zurich Takaful, MPI Generali, dan Zurich Insurance Malaysia.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Jayden

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Saya rasa saya tidak boleh tentukan sesuatu yang khusus kerana is bergantung kepada keperluan pelanggan tersebut. Jika saya ingin mengambil tahu apa yang sebenarnya mereka perlu, pastinya saya perlu menjalankan analisis pelanggan secara menyuluruh atau mengenalpasti sebarang isu yang mereka hadapi. Kemudiannya, saya akan cuba menangani isu tersebut, di mana yang berkaitan dengan status insurans mereka.

Sejurus itu, saya akan cadangkan penyelesaian yang sewajarnya.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Keperluan insurans pelanggan menjadi keutamaan bagi saya.

Rating: 

Lokasi: Sandakan, Sabah

Ejensi: Usrah Associates

Nadiah dianggap sebagai seorang yang boleh dipercayai dan mudah bibawa berbicara oleh pelanggannya. Bekerja di Sandakan, Nadiah bermatlamat untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Sebagai ejen insurans, beliau lebih cenderung dalam takaful kenderaan dan takaful hayat.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Nadiah

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Semestinya pelan pendidikan dan pelan perubatan. Ramai orang anggap perlindungan peribadi sudah pun mencukupi tetapi sebenarnya tidak cukup ng, terutamanya untuk kesejahteraan masa depan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Jika boleh, saya cuba membina hubungan seumur hidup dengan pelanggan. Walaupun ada yang tidak mahu dengar pendapat saya tentang insurans, sekurang-kurangnya mereka terbuka untuk mengekalkan persahabatan dengan saya.

Pada saya, ia penting. Kemungkinan sampai suatu masa, mereka akan beralih kepada saya untuk mendapatkan nasihat insurans.

#4. Romeo Kuan (4 Ulasan)

Rating: 

Lokasi: Kuching, Sarawak

Ejensi: Romeo Kuan

Menetap di Kuching, Romeo dianggap sebagai individu yang gemar membantu dan sentiasa pastikan pelanggan sedia dimaklum tentang perkembangan polisi mereka. Sebagai ejen insurans, beliau menawarkan semua jenis insurans daripada RHB Insurance, Prudential Assurance dan Takaful.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga bersama Romeo

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Produk insurans yang saya selalu tumpu dan tawarkan ialah insurans hayat dan medical card.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sebagai ejen insurans, saya percaya bahawa mengenali pelanggan dan memahami mereka sebagai individu adalah sangat penting. 

Jika saya menetapkan matlamat saya untuk menjual dan close sale, saya sebenarnya menetapkan diri saya untuk gagal di peringakat awal lagi. Ini bermakna saya bukan seorang yang mahukan apa yang terbaik untuk pelanggan saya.

The post Ejen Insurans Terbaik di Sabah dan Sarawak Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/ejen-insurans-terbaik-di-sabah-dan-sarawak/feed/ 0 35133
Ejen Insurans dan Takaful Terbaik Di Pulau Pinang Yang Tidak Anda Ketahui https://ibanding.com.my/ejen-insurans-dan-takaful-terbaik-di-pulau-pinang-yang-tidak-anda-ketahui/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ejen-insurans-dan-takaful-terbaik-di-pulau-pinang-yang-tidak-anda-ketahui https://ibanding.com.my/ejen-insurans-dan-takaful-terbaik-di-pulau-pinang-yang-tidak-anda-ketahui/#respond Wed, 25 Oct 2017 06:00:49 +0000 https://ibanding.com.my/?p=31002 The post Ejen Insurans dan Takaful Terbaik Di Pulau Pinang Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Ejen insurans mempunyai kebebasan dan berpeluang membantu pelanggan menyelesaikan masalah. Ia memerlukan seseorang yang ingin berkembang maju dalam industri yang sentiasa mengalami perubahan ini.

Jadi, kami telah membuat keputusan untuk memaparkan ejen-ejen terbaik di negara ini dan berkongsi kejayaan mereka dan siapa mereka sebagai profesional insurans.

Bulan lepas, kami telah memaparkan ejen insurans yang ‘top’ di Kuala Lumpur. Minggu ini, kami memaparkan pula ejen insurans yang terbaik dari Pulau Pinang.

#1. Adeline Ong (30 Ulasan)

retirement

Penarafan: 

Lokasi: Jelutong, Pulau Pinang

Agensi: My Elite Agency

Berkerja di Pulau Pinang, Adeline adalah ejen yang boleh membantu anda mencari apa jua jenis insurans yang sesuai dengan anda. Beliau juga merupakan Perancang Kewangan Berdaftar dan mempunyai Sijil Institut Insurans Malaysia.

Apabila ditanya apa yang mendorongnya? “Membantu orang! Apabila saya dapat close sale atau merayu tuntutan bagi pihak pelanggan, dan melihat senyuman di wajah mereka—TIDAK TERNILAI HARGANYA! Saya boleh pulang ke rumah dengan senyuman lebar kerana saya tahu saya telah lakukan kerja yang terbaik dan tahu bahawa pelanggan gembira”.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Adeline

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Ia sangat bergantung kepada keperluan individu. Tak bagus kalau saya cadangkan sesuatu yang pelanggan tidak perlu.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya sentiasa pastikan bahawa saya mengenali pelanggan saya terlebih dahulu. Ia penting supaya saya dapat menjalankan sesi mengumpul beberapa fakta tentang pelanggan.

Penarafan: 

Lokasi: Simpang Ampat, Pulau Pinang

Agensi: AAA Agency

Ahmad Azim mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam perniagaan insurans. Sebagai pengurus unit jualan, beliau menawarkan pelan insurans dari Syarikat Takaful Malaysia.

Pelanggannya menganggap Ahmad sebagai seseorang yang gemar bersenyum, seorang yang sangat berbakat dan mempunyai pandangan positif terhadap apa jua perkara.

Dengan personaliti yang digemar orang ramai, beliau sentiasa berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan insurans yang lebih dari memuaskan.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Ahmad

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Ia bergantung kepada keperluan mereka. Saya perlu jalankan sesi mencari fakta sebelum menawarkan sesuatu produk insurans. Jika mereka mempunyai keperluan khusus, itulah yang saya perlukan untuk membuat penilaian dan akhirnya cadangkan pelan insurans yang sesuai kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sebelum mencadangkan apa-apa, saya perlu tahu apa yang mereka benar-benar perlukan sebelum boleh saya cadangkan apa-apa. Setiap prospek mempunyai keperluan yang berbeza dan saya perlu ambil tahu terlebih dahulu.

Jadi motto saya dalam hidup —fahami pelanggan anda sebelum memberi cadangan.

Penarafan: 

Lokasi: Kepala Batas, Pulau Pinang

Agensi: Alef Solution

Azlizam bermatlamat untuk membantu lebih ramai orang untuk memiliki pelan takaful keluarga. Tujuan nya adalah supaya keluarga mampu bayar kos perubatan yang tinggi. Sebagai wakil AIA dan AIA Public Takaful, Azlizam menawarkan pelbagai penyelesaian insurans seperti perubatan, penyakit kritikal, perlindungan, pelan simpanan dan pelaburan.

Pelanggan rasa bertuah kerana mempunyai Azlizam sebagai ejen yang bukan sahaja berdedikasi tetapi adalah seseorang yang sentiasa mengambil tahu tentang kesejahteraan pelanggannya.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Azlizam

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Apabila prospek mengatakan mereka sudah  mempunyai perlindungan perubatan yang mencukupi, biasanya, mereka bermaksudkan bahawa mereka mempunyai insuran perubatan yang disediakan oleh majikan. Pada mereka ia mencukupi tetapi hakikatnya ialah ia tidak memadai.

Di sinilah saya akan mengesyorkan kepada mereka perlindungan perubatan. Saya juga memperkenalkan pelan perlindungan pendapatan kepada mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Mewujudkan rapport terdahulu. Sebelum saya menawarkan apa-apa, saya akan cuba memahami latar belakang mereka supaya saya dapat menawarkan jenis perlindungan perubatan yang sesuai.

Kalau pelanggan bersifat terbuka, mereka kadang-kadang membenarkan saya add mereka sebagai rakan di Facebook.

Penarafan: 

Lokasi: Kepala Batas, Pulau Pinang

Agensi: Utter Resources Sdn Bhd

Bekerja di Kepala Batas, Pulau Pinang, Ariff  dianggap sebagai seorang yang cerdik, boleh dipercayai, pintar dan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggannya.

Pada masa ini, Ariff mewakili Syarikat Takaful Malaysia. Sebagai ejen, Ariff menawarkan pelbagai jenis insurans am dan hayat. Di samping itu, beliau menawarkan pelan kewangan, pelaburan dan persaraan.

Ariff mahir berbahasa Bahasa Malaysia dan Inggeris. Jika bertemu dengan Ariff, anda pasti dapat adakan perbualan yang hebat dan berkualiti dengannya.

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Muhammad

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Takaful adalah perlindungan yang  menjaga kehidupan dan keluarga. Kemudian datang ‘medicard’ dan wang simpanan. Takaful adalah satu produk yang saya syorkan kepada pelanggan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya ada satu pegangan hidup. Saya tidak tunggu nasib saya berubah dengan sendirinya. Tetapi saya tetapkan nasib saya sendiri. Kesedaran adalah salah satu asas Takaful dan bila-bila masa pelanggan saya hilang keyakinan terhadap insurans secara keseluruhan, ia menjadi tugas saya untuk jelaskan keraguan mereka.

Penarafan: 

Lokasi: Nibong Tebal, Pulau Pinang

Agensi: El-Sham Agency

Mior kini berada di dalam perniagaan Takaful selama hampir 2 tahun. Sebagai ejen insurans, beliau pakar dalam Takaful keluarga.

“Saya telah ‘diuji’ oleh Tuhan dengan penyakit. Orang ramai berkata Takaful tidak perlu kerana adanya hospital kerajaan jika jatuh sakit—salah pendapat itu. Persepsi tentang Takaful ini perlu diubah, dan sayalah yang ingin menjadi orang yang mengubahnya.”

Ulasan Pelanggan (contoh)

Temuduga Bersama Mior

Apakah produk insurans yang terbaik anda syorkan kepada pelanggan?

Kebiasaannya, saya akan membuat penilaian terhadap keperluan perlindungan Takaful komprehensif dengan menggunakan kaedah perlindungan pendapatan. Selalunya saya cadangkan Takaful hayat terlebih dahulu, kemudian perubatan. Jika pelanggan berkemampuan lebih, ambil pelan perubatan terus.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Ya. Bagi saya, mendidik pelanggan adalah lebih penting daripada menjual produk. Jika jual produk mengikut apa yang mereka mahu, jualan sudah dalam tangan. Tetapi mungkin hanya untuk tempoh masa yang singkat. Tetapi jika mendidik pelanggan tentang KENAPA Takaful itu adalah suatu keperluan, jualan itu akan bertahan dengan lebih lama. Kini penembusan Takaful di Malaysia hanya 18%.

The post Ejen Insurans dan Takaful Terbaik Di Pulau Pinang Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/ejen-insurans-dan-takaful-terbaik-di-pulau-pinang-yang-tidak-anda-ketahui/feed/ 0 31002
Jangan Beli Insurans Sebelum Bertanya 9 Soalan Wajib Ini Kepada Ejen Anda https://ibanding.com.my/jangan-beli-insurans-sebelum-bertanya-9-soalan-wajib-ini-kepada-ejen-anda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jangan-beli-insurans-sebelum-bertanya-9-soalan-wajib-ini-kepada-ejen-anda https://ibanding.com.my/jangan-beli-insurans-sebelum-bertanya-9-soalan-wajib-ini-kepada-ejen-anda/#comments Tue, 15 Nov 2016 12:00:06 +0000 https://ibanding.com.my/?p=6588 The post Jangan Beli Insurans Sebelum Bertanya 9 Soalan Wajib Ini Kepada Ejen Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

1. Majikan saya sudah menyediakan perlindungan insurans untuk saya. Perlukah saya membeli insurans sendiri?

 

Secara amnya, insurans yang disediakan untuk para pekerja terhad dari segi kad perubatan (jika ada) dan wang pampasan kemalangan, kecacatan atau kematian. Tambahan pula, pelan insurans tersebut tidak boleh dibawa bersama anda sekiranya anda bertukar tempat kerja.

Oleh itu, setiap orang disyorkan untuk membeli polisi insurans sendiri. Untuk mendapatkan nasihat perancangan insurans yang lebih tepat, kongsi bersama ejen insurans anda perancangan hidup anda, dan pilih pelan insurans yang dapat menolong mencapai matlamat anda.

 

 

2. Jika saya sudah mempunyai insurans hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?

Insurans hayat perlu dimiliki kerana dapat menolong menstabilkan situasi kewangan apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kematian. Walaupun begitu, perlindungan insurans hayat agak terhad dalam menampung kos perubatan.

Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, kad perubatan kini sudah menjadi suatu keperluan. Dengan adanya kad perubatan, anda dapat membuat tuntutan untuk kos-kos seperti penginapan hospital, rawatan, pembedahan, dan lawatan susulan.  

Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis insurans yang diperlukan di sini.

Perbaharui insurans kenderaan anda di talian bersama iBanding

3. Apakah usia ideal untuk membeli insurans?

Tiada umur yang khusus untuk membeli insurans; semuanya bergantung kepada kemampuan anda dan jika anda mempunyai tanggungan. Orang ramai sentiasa disyorkan untuk membeli insurans seawal yang boleh kerana bayarannya lebih murah apabila kita lebih muda. Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi penyakit dan ini menyebabkan kos premium yang lebih tinggi.

Sebagai panduan, waktu yang paling baik untuk membeli insurans ialah apabila sudah mula bekerja dan bakal mendirikan rumah tangga.

 

image-3-min-min

Kredit foto: Stephanie McCabe

 

4. Adakah premium insurans saya akan meningkat setiap tahun?

Ini merupakan antara soalan paling penting yang perlu dibincangkan dengan ejen anda. Salah faham tentang isu ini telah banyak menyebabkan orang ramai berasa keliru dengan pelan mereka.

Perlu diketahui bahawa sesetengah pelan mempunyai bayaran yang amat murah sewaktu baru bermula, dan mula meningkat setelah beberapa tahun. Ada pula yang jumlah bayarannya ditetapkan sepenuh tempoh polisi itu. Pastikan ejen anda menerangkan pelan bayaran dengan jelas sebelum anda membeli pelan insurans tersebut.

 

5. Apakah yang akan terjadi jika saya tidak dapat membayar premium saya?

Pelan perlindungan insurans merupakan suatu pelaburan jangka panjang, dan anda disyorkan untuk memulakan pelan anda apabila betul-betul mampu. Kos perubatan dan manfaat insurans hayat anda tidak akan dapat dituntut sekiranya anda tidak membayar premium yang sepatutnya.

Jika tidak mampu dengan pelan yang lebih mahal, mulakan dengan pelan asas yang lebih murah dahulu. Kebanyakan pelan insurans mempunyai pilihan untuk dinaiktaraf apabila kewangan anda lebih stabil.

 

6. Apakah yang akan terjadi jika saya ingin membatalkan polisi saya?

Seperti yang dijelaskan, insurans perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Jika boleh, elakkan daripada membatalkan polisi anda, lebih-lebih lagi jika anda telah memegang polisi tersebut selama bertahun-tahun.

Namun begitu, ada baiknya jika anda ketahui lebih awal apakah pulangan yang anda mungkin dapat sekiranya pembatalan terpaksa dibuat. Ada polisi yang akan terbatal begitu sahaja tanpa sebarang pulangan. Ada pula polisi yang mula menjana ‘cash value’ semakin lama anda memegang polisi tersebut, dan ‘cash value’ ini akan dipulangkan kepada anda sewaktu pembatalan. Ejen anda dapat memberikan anggaran pulangan yang lebih tepat berdasarkan jenis polisi anda.

 

Kredit Foto: Olu Eletu

Kredit Foto: Olu Eletu

 

7. Bagaimana jika saya tidak mengalami apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?

Pemikiran terbaik apabila membeli insurans ialah dengan berharap yang anda tidak akan perlu menggunakannya. Namun begitu, ejen anda masih perlu memberitahu anda tentang pulangan yang dapat anda jangkakan sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan.

Kebanyakan pelan insurans mempunyai sistem No Claims Bonus di mana anda mendapat insentif sekiranya tiada tuntutan pampasan dibuat. Jika pelan anda mempunyai ‘cash value’, minta ejen anda untuk terangkan jumlah pulangan anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan hingga akhir tempoh polisi tersebut.

 

8. Selain tuntutan berkaitan perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh saya perolehi melalui pelan insurans saya?

Setiap syarikat insurans mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai manfaat tambahan untuk memaksimumkan perlindungan anda. Ada yang menyediakan elaun harian sewaktu anda diwadkan, dan ada juga pelan insurans yang mempunyai komponen pelaburan, di mana sebahagian premium anda disalurkan ke dalam komponen yang berfungsi sebagai akaun simpanan. Kongsikan keutamaan-keutamaan anda untuk memudahkan ejen anda mengesyorkan manfaat tambahan terbaik untuk anda.

 

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?

Walaupun penting, soalan ini jarang sekali diajukan kepada ejen insurans. Oleh kerana ada ejen insurans yang berubah hala karier, anda perlu tahu langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya ejen anda tidak lagi bertugas untuk menyelia polisi anda.

Dalam situasi sebegini, selalunya syarikat insurans akan memaklumkan anda tentang perletakan jawatan ejen anda melalui surat. Surat tersebut mengandungi nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat ejen baru anda.

Anda boleh memilih untuk kekal dengan ejen baru ini, atau jika anda mengenali ejen insurans lain yang lebih anda gemari, anda boleh mengemukakan permohonan untuk memindahkan polisi anda di bawah jagaan ejen insurans pilihan anda itu.

Perkara yang paling penting dalam memastikan pelan insurans anda menepati rancangan masa depan anda ialah dengan mendapatkan nasihat ejen yang memahami visi hidup anda. Klik sini untuk temui ejen yang sesuai dengan stail anda.

The post Jangan Beli Insurans Sebelum Bertanya 9 Soalan Wajib Ini Kepada Ejen Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/jangan-beli-insurans-sebelum-bertanya-9-soalan-wajib-ini-kepada-ejen-anda/feed/ 40 6588