gaya hidup Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/gaya-hidup/ Finding the Best Insurance Fri, 01 Jun 2018 14:03:35 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 gaya hidup Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/gaya-hidup/ 32 32 234803146 Adakah Rakyat Malaysia Menabung Secukupnya untuk Persaraan? https://ibanding.com.my/adakah-rakyat-malaysia-cukup-menabung-untuk-persaraan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=adakah-rakyat-malaysia-cukup-menabung-untuk-persaraan https://ibanding.com.my/adakah-rakyat-malaysia-cukup-menabung-untuk-persaraan/#respond Wed, 14 Mar 2018 00:00:23 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38480 Jika anda seorang dewasa, anda perlu bertanyakan beberapa soalan pada diri anda sekarang juga: Adakah anda bersedia untuk persaraan? Adakah anda membuat perancangan untuk persaraan anda? Ramai di kalangan dewasa rakyat Malaysia yang masih tidak menghiraukan isu ini. Mereka tidak langsung membuat perancangan persaraan serta tidak menyedari kepentingannya dalam menjamin masa depan yang tenteram. Kebanyakan...

The post Adakah Rakyat Malaysia Menabung Secukupnya untuk Persaraan? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Jika anda seorang dewasa, anda perlu bertanyakan beberapa soalan pada diri anda sekarang juga:

  • Adakah anda bersedia untuk persaraan?
  • Adakah anda membuat perancangan untuk persaraan anda?

Ramai di kalangan dewasa rakyat Malaysia yang masih tidak menghiraukan isu ini. Mereka tidak langsung membuat perancangan persaraan serta tidak menyedari kepentingannya dalam menjamin masa depan yang tenteram. Kebanyakan mereka menganggap bahawa caruman KWSP mereka sudah mencukupi untuk menampung segala keperluan di hari tua.

Jika anda juga mempunyai tanggapan yang sama selama ini, artikel ini mungkin dapat memberi sedikit pencerahan terhadap isu ini.

 

Rakyat Malaysia tidak bersedia menghadapi hari tua!

Menurut satu keterangan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2016, 33% penduduk Malaysia ‘sangat bimbang’ dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59% pula ‘agak bimbang’.

Walau bagaimanapun, jelas kebimbangan mereka tidak cukup untuk mereka melakukan apa-apa perubahan. Menurut sebuah kajian oleh Bank Negara Malaysia dalam tahun 2015, lebih 75% rakyat Malaysia tidak mampu untuk sediakan wang walaupun sebanyak RM1,000 di kala kecemasan.

 

Pergantungan terhadap simpanan KWSP

Sebilangan besar penduduk Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap simpanan di dalam tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka bagi segala keperluan di zaman persaraan mereka. Ini bukan sahaja satu tindakan yang kurang bijak, malah banyak risikonya.

Menurut lapuran International Pension Papers oleh Allianz yang diterbitkan dalam tahun 2015, penunjuk Retirement Income Adequacy (Kecukupan Pendapatan Persaraan) mereka – yang mana menbandingkan 49 negara di seluruh dunia mengikut potensi penyediaan pendapatan persaraan yang memadai, menunjukkan caruman oleh KWSP adalah di antara yang terendah, iaitu di tangga ke-47.

retirement

Retirement Income Adequacy (RIA) (Sumber: Allianz International Pensions 2015)

 

Mulai Januari 2017, KWSP telah menganggarkan bahawa untuk menjamin cara hidup yang mampan sehingga usia 75, ahli mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya RM228,000 di dalam tabung simpanan KWSP mereka ketika umur 55 tahun. Ini satu kenaikan daripada angka yang dianggarkan sebelumnya iaitu RM196,800. Apa yang menyedihkan ialah pada hakikatnya, hanya 21% ahli KWSP yang berjaya mencapai jumlah simpanan ini.

Untuk makluman pembaca, angka RM 228,000 itu adalah anggaran pengeluaran bulanan sebanyak RM950 bagi keperluan persaraan mereka sehingga usia 75 tahun, yang sejajar dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

 

Realiti sebenar hari ini – statistik membimbangkan

Dengan kos perubatan yang semakin melambung tinggi (12.7% dijangkakan bagi 2017), jangka hayat penduduk Malaysia yang meningkat (daripada 72.1 tahun pada 2010 ke 74.6 pada 2015 dan 74.8 pada 2017), matawang tempatan yang semakin lemah dan kos sara hidup yang tinggi, cukupkah RM950 untuk menampung segala keperluan kita untuk sebulan?

Menurut KWSP, bagi tahun 2015, 68% keahliannya memiliki simpanan kurang daripada RM50,000. Dengan jumlah ini, cukupkah untuk bertahan selama 20 tahun jika ia satu-satunya sumber kewangan bagi hari tua kelak?

Jawapannya? KWSP menyatakan bahawa 50% pesara menghabiskan semua wang simpanan KWSP mereka dalam jangka masa 5 tahun setelah bersara.

Menurut KWSP lagi, lebih daripada 50% penduduk Malaysia tidak langsung memiliki sebarang aset kewangan. Manakala 1 dalam setiap 3 rakyat tidak pun memiliki akaun simpanan bank.

 

Berapakah jumlah yang perlu saya miliki untuk bersara?

Jadi berapa banyakkah jumlah simpanan yang perlu kita miliki untuk bersara? Berapakah jumlah wang yang kita perlukan untuk menampung kehidupan selama 10 – 20 tahun setelah persaraan? Kami telah dapatkan beberapa pendapat pakar dalam menjawab persoalan ini.

 

Justin Nevis

“Kerana ramai yang habikan semua simpanan KWSP mereka katika usia 60 tahun, rakyat Malaysia perlu punyai sekurang-kurangnya RM 1 juta di dalam simpanan mereka ketika bersara pada 55 tahun. Angka ini mengambil kira faktor inflasi yang meningkat,” kata Justin, seorang Senior Financial Consultant daripada Kuala Lumpur.

“Dua pelan perlindungan insurans yang ideal dimiliki ialah pelan perubatan penyakit kritikal dan kad perubatan untuk menamping kos perubatan yang tinggi serta inflasi perubatan yang meningkat sebanyak 10 – 12% setahun. Jenis pelaburan lain yang boleh mereka pertimbangkan ialah mutual fund, saham pelaburan yang boleh dijual balik dan sewa bagi hartanah yang telah habis dibayar. Ketiga-tiga yang disebut cukup untuk bertahun sehingga usia 75 tahun dengan gaya hidup yang sederhana,” tambah Justin.

 

 

retirement

Adeline Ong

Menurut Adeline, setiap orang yang bersara perlu memiliki sekurang-kurangnya RM 1 juta di dalam akaun simpanan KWSP mereka. “Ini dengan anggapan bahawa mereka sudahpun mempunyai rumah dan kereta yang sudah habis dibayar serta keperluan perbelanjaan bulanan sebanyak RM1,500 bagi 20 tahun setelah persaraan.

Walaupun jumlah keseluruhan hanya RM18,000 setahun dan RM360,000 bagi jangka 20 tahun, tapi setelah memasukkan faktor inflasi, jumlahnya jauh berbeza,” mernurut Adeline.

“Saya juga mengesyorkan agar melabur dalam unit trust. Kadar pulangannya lebih tinggi berbanding insurans hayat. Faedah kompaunnya juga memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun ramai yang akan galakkan pelanggan agar membeli insurans hayat, pengguna perlu sedari bahawa fungsi insurans hayat lebih kepada perlindungan. Ia tidak wajar digunakan sebagai pelaburan,” tambah Adeline.

 

Mengapa perlu mula menabung sejak awal?

Tiada istilah terlalu awal untuk mula menabung, ini antara sebabnya:

1.  Memupuk tabiat menabung – Tabiat menabung bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya. Ia perlu dipupuk sejak muda. Jika anda sudah biasa membelanjakan semua wang anda ketika muda, harapan untuk tiba-tiba minat menabung ketika usia 45 adalah tipis sekali.

2. Capai kebebasan kewangan pada usia muda – Siapa yang tidak mahu capai matlamat ini? Jadi lebih awal mula menabung, lebih besar kemungkinan tercapainya matlamat ini.

3. Faedah kompaun bererti lebih besar jumlah simpanan – Inilah cara untuk gunakan wang bagi hasilkan lebih banyak wang. Faedah yang diperoh dapat dilaburkan semula.

 

Mahu mula rancang bagi persaraan anda? Dapatkan nasihat pakar di sini.

The post Adakah Rakyat Malaysia Menabung Secukupnya untuk Persaraan? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/adakah-rakyat-malaysia-cukup-menabung-untuk-persaraan/feed/ 0 38480
5 Sebab Utama Rakyat Malaysia Sering Pokai! https://ibanding.com.my/5-sebab-utama-rakyat-malaysia-sering-pokai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=5-sebab-utama-rakyat-malaysia-sering-pokai https://ibanding.com.my/5-sebab-utama-rakyat-malaysia-sering-pokai/#respond Wed, 11 Oct 2017 00:30:19 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30659 Berdasarkan laporan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) di penghujung tahun 2016, sejumlah 22,663 rakyat Malaysia berusia kurang dari 35 tahun telah pun diishtiharkan muflis sepanjang tahun 2011 dan 2015. Ini angka yang amat memeranjatkan! Mungkin anda bukanlah salah seorang daripada mereka. Tetapi jika anda sering sahaja pokai, atau mendapati diri sukar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan...

The post 5 Sebab Utama Rakyat Malaysia Sering Pokai! appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Berdasarkan laporan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) di penghujung tahun 2016, sejumlah 22,663 rakyat Malaysia berusia kurang dari 35 tahun telah pun diishtiharkan muflis sepanjang tahun 2011 dan 2015. Ini angka yang amat memeranjatkan!

Mungkin anda bukanlah salah seorang daripada mereka. Tetapi jika anda sering sahaja pokai, atau mendapati diri sukar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan, realitinya, anda mungkin perlu lakukan sesuatu tentang pengurusan kewangan anda sebelum terlambat.

Tidak dinafikan, kos sara hidup yang tinggi masa ini amat merisaukan bukan sekadar generasi millennial tetapi juga generasi sebelumnya, Generasi X. Tapi jangan terlalu khuatir, masih ada jalan untuk mengatasinya dan memperbaiki situasi kewangan kita.

Tetapi sebelum kita cuba mencari jalan untuk membaik pulih kedudukan kewangan kita, mungkin baik jika terlebih dahulu kita mengenal pasti sebab-sebab kita di dalam dilema ini.

5 sebab utama rakyat Malaysia sering pokai!

1. Tidak membuat bajet bulanan

Bajet sepatutnya dijadikan matapelajaran wajib di setiap sekolah rendah! Salah satu sebab utama mengapa ramai yang sering pokai adalah kerana tidak ada tabiat melakukan bajet. Lalu mereka tidak tahu ke mana perginya wang mereka setiap bulan.

Bajet membolehkan anda merancang dengan teliti perbelanjaan anda setiap bulan tanpa hilang fokus terhadap jumlah pendapatan yang boleh dibelanjakan, Padankan segala perbelanajaan bagi keperluan utama setiap bulan dan padankan dengan jumlah pendapatan bersih anda.

Setelah lakukan ini, anda mungkin terkejut apabila anda sedar bahawa tidak banyak yang tinggal untuk perkara-perkara lain. Jadi selama ini anda mungkin terlebih belanja sebenarnya. Pada hakikatnya anda mungkin tidak mampu pun untuk membayar latte sebanyak RM12 segelas setiap hari. Tapi ramai tidak sedar, sebab setiap kali mereka kekurangan wang di dalam poket, mereka keluarkan saja kad kredit. Senang kan?

Dengan adanya bajet bulanan dan mematuhinya dengan penuh disiplin, anda akan sentiasa sedar sebanyak mana wang yang tinggal untuk dibelanjakan maka anda tidak akan berbelanja sewenang-wenangnya.

Lakukan: Bajet bulanan

 

2. Berbelanja melebihi pendapatan

Sering kali inilah sebabnya mengapa kita selalu pokai. Puncanya – tidak melakukan bajet maka tidak menyedari berapa banyak sebenarnya perbelanjaan kita setiap bulan, DAN tidak mempunyai disiplin untuk mengawal diri dari bersikap boros.

Memang seronok kalau kita boleh memiliki segala apa yang kita ingini. Model smartphone yang terbahru. Jenama handbag terkenal yang dibawa oleh semua celebrity kita sanjungi. Ramai yang tidak mampu memilikinya tetapi mereka fikir mereka mampu kerana mereka boleh membeli menggunakan kad kredit.

Ambil perhatian pesan ini: Jika anda tidak mampu membeli sesuatu dengan tunai, anda sebenarnya tidak mempu memilikinya. Dengan pengecualian rumah atau kereta. Kita memerlukannya tetapi tidak ramai yang mampu membeli secara tunai.

Lakukan: Hiduplah di bawah kemampuan

 

3. Anda miliki kehidupan sosial yang mewah

Jika anda menetap di kota, tiada lagi dapat anda nikmati sepinggan nasi ayam berharga 5 ringgit. Kini harga yang kita bayar untuk makan tengahari setiap hari lebih kurang RM10 sepinggan.

Jika anda rasa ini sudah cukup membebankan, realitinya, anda mungkin tidak mampu untuk mengunjungi kafe-kafe hipster yang cool di setiap hujung minggu untuk menikmati kek dan smoothie.

Renungkan sejenak. Adakah anda betul-betul perlu untuk berbelanjakan wang anda ke atas makanan dan minuman di tempat-tempat mahal sebegini? Ataupun anda cuma perlukan gambar baru untuk menghiasi laman sosial media anda seperti Facebook dan Instagram?

Jangan keliru antara keperluan dan kemewahan. Jika tidak mampu, tinggalkan sifat ingin berlebih-lebihan. Carikan alternatif yang lebih berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda.

Lakukan: Kawal diri dari bersifat boros

 

pokai

Mampu ke?

 

4. Tidak miliki matlamat kewangan

Sebagai kanak-kanak, kita dibesarkan dengan iba-bapa yang sering memberi dorongan untuk miliki cita-cita yang tinggi. Ibu-bapa selalu berpesan kepada anak-anak mereka agar belajar rajin-rajin untuk menjadi doktor, peguam dan jurutera.

Tetapi berapa ramai pula yang berpesan kepada anak-anak mereka bahawa matlamat kewangan yang kukuh juga adalah sama pentingnya?

Jadi tidak hairanlah mengapa ramai antara kita yang tidak tahu menahu tentang perancangan kewangan peribadi. Kita hidup kais pagi makan pagi, hari demi hari. Tanpa wang simpanan, rancangan kewangan untuk persaraan, tiada tabung kecemasan, tiada caruman Takaful, dan tiada sebarang jenis pelaburan.

Sebagaimana yang dilapurkan oleh KWSP, lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan. Malahan, setiap 1 di antara 3 orang rakyat Malaysia tidak pun miliki akaun simpanan!

Masih belum terlambat untuk mulakan perancangan untuk masa depan anda. Mula menabung, belajar tentang pelaburan dan mulakan tabung kecemasan. Perlindungan perubatan adalah amat mustahak jadi jangan abaikannya.

Lakukan: Senaraikan matlamat kewangan anda

 

5. Tidak celik kewangan

Jika anda masih lagi membaca artikel ini dan merasai ianya mengena dengan situasi anda, besar kemungkinannya anda buta kewangan.

Anda tidak perlu pun menjadi pakar dalam kewangan. Tiada siapa pun yang suruh anda hafal setiap perhataan dalam buku popular Robert Kiyosaki : Rich Dad Poor Dad. Tapi kalau anda tak tahu pun berapa sebenarnya perbelanjaan keperluan anda setiap bulan, atau berapa interest yang anda dikenakan oleh syarikat kad kredit anda, anda sebenarnya di dalam masalah besar.

Celik kewangan bererti anda memiliki pemahaman tentang kewangan yang membolehkan anda membuat keputusan perangcangan kewangan yang bijak, Selain mempunyai kesedaran untuk sentiasa membaiki kedudukan kewangan anda pada masa ini dan akan datang dengan simpanan dan pelaburan.

Lakukan: Mula membaca tentang perancangan kewangan

 

Tiada istilah sudah terlambat dalam usaha mengubah kehidupan. Jika anda ingin lakukan perubahan segara dan memperbaiki kedudukan kewangan anda, ambillah nasihat kami di sini. Atau dapatkan nasihat pakar daripada Financial Advisor yang sedia membantu. Antara tugas financial advisor adalah untuk mengenal pasti kedudukan anda masa ini dan merancang kewangan peribadi anda untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jika anda ingin dapatkan nasihat dari financial advisors yang boleh dipercayai, semak direktori di sini.

 

The post 5 Sebab Utama Rakyat Malaysia Sering Pokai! appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/5-sebab-utama-rakyat-malaysia-sering-pokai/feed/ 0 30659
Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/#respond Mon, 25 Sep 2017 00:50:19 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30278 Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap kali kita ke luar negara. Akan tetapi...

The post Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap kali kita ke luar negara. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.

Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami kepentingan perlindungan tersebut, malangnya hanya 34.8% yang membelinya untuk perlindungan diri.

 

insurans perjalanan

Mampukah kita menanggung segala kos perubatan di luar negara?

 

Sikap pelancong Malaysia

Apabila merancang sesuatu perjalanan atau percutian, rakyat Malaysia masih hanya pentingkan keseronokan dan tidak mengambil endah tentang keselamatan diri. Ini berpunca daripada sikap yang menganggap kemalangan tidak akan berlaku pada diri sendiri.

Segala persiapan dilakukan dengan rapi. Dari tiket kapalterbang ke penginapan hotel perlu terlebih dahulu ditempah. Bahkan ramai yang menghabiskan masa berjam-jam melayari laman Tripadvisor dan Agoda untuk memilih hotel yang cantik dan sesuai dengan citarasa dan bajet.

Pakaian yang ingin dibawa juga perlu lengkap. Baju sejuk diperlukan jika melancong ke negara sejuk. Selipar dan topi pula jika ke kepulauan tropika.

Sebelum bermula perjalanan atau percutian pula, kunci rumah ditinggalkan dahulu bersama adik-beradik jika berlakunya sebarang kecemasan. Agenda percutian dan itinerari perjalanan diberi kepada ibu dan ayah agar mereka tahu di mana kita berada di sepanjang percutian.

Tapi berapa ramai yang melayari laman syarikat insurans untuk membuat sedikit kajian tentang produk insurans perjalanan yang ditawarkan? Dan berapa ramai pula yang membelinya? Japawannya telah pun disebut di atas: 3 atau 4 dalam setiap 10 orang.

 

Persiapan lengkap, tapi mana insurans perjalanannya?

 

Fungsi insurans perjalanan. Apa yang dilindungi?

Malang tidak berbau. Ianya boleh menimpa sesiapa, di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja. Dan ianya hanya perlu berlaku sekali, padah dan akibatnya mungkin kita tanggung sepanjang hayat, seperti kes-kes yang disebut di atas.

Di sini senarai risiko yang dilindungan insurans perjalanan untuk pemahaman kita:

1. Pembatalan atau pemendekan perjalanan

Kos yang ditanggung bagi perjalanan yang tidak dapat dituntut semula seperti deposit hotel dan tiket penerbangan setelah perjalanan terpaksa dibatalkan atau dipendekkan akan diberi pampasan oleh syarikat insurans. Sebab-sebab pembatalan dan pemendekan perjalanan perlulah munasabah dan mengikut syarat.

 

2. Kelewatan perjalanan

Kos yang ditanggung akibat kelewatan penerbangan atau pelayaran akan dibayar oleh polisi insurans perjalanan. Tempoh kelewatan yang ditetapkan untuk memenuhi syarat mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Kebiasaannya ianya tidak kurang dari 12 jam. Pampasan juga diberi ke atas belanja makan dan penginapan akibat kelewatan ini.

 

3. Kelewatan bagasi

Anda diberi ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan bagasi jika melebihi sesuatu tempoh waktu. Bayaran juga diberikan jika anda terpaksa membeli pakaian baru atau keperluan lain disebabkan oleh kelewatan bagasi anda ketika di luar negara.

 

4. Risiko ke atas barang-barangan peribadi, wang ringgit serta passport

Insurans perjalanan memberi perlindungan terhadap kerosakan atau kehilangan barangan peribadi disebabkan oleh kenderaan pengangkut. Ini termasuklah bagasi, barangan peribadi serta wang ringgit. Jika kehilangan passport dan dokumen perjalanan, pampasan akan diberikan selama anda terpaksa menunggu passport/ dokumen diganti. Pampasan ini termasuklah kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan komunikasi.

 

5. Kos perubatan

Kos perubatan di negara luar jauh berbeza dengan kos di negara kita. Perlindungan ini adalah yang terpenting sekiranya anda ingin ke luar negara terutama negara-negara kos tinggi seperti United Kingdom, Australia dan Jepun. Kos rawatan, pembedahan, dan hospital ditanggung oleh syarikat insurans sekiranya anda jatuh sakit atau kemalangan semasa dalam perjalanan anda.

 

6. Pemindahan perubatan kecemasan

Sekiranya anda perlukan rawatan semasa di luar negara manakala kemudahan perubatan di kawasan di mana anda berada tidak memadai, polisi insurans perjalanan anda akan menanggung kos pemindahan kecemasan anda ke hospital yang bersesuaian. Contoh sekiranya anda melancong ke ski resort di puncak gunung dan mengalami kemalangan. Anda mungkin perlu diterbangkan menaiki helikopter ke hospital terdekat.

 

7. Penghantaran pulang jenazah

Sekiranya berlaku kematian ketika dalam perjalanan, pihak syarikat insurans akan menanggung kos membawa balik jenazah pemegang polisi insurans perjalanan.

 

8. Liabiliti diri

Sekiranya anda menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga atau mengakibatkan kerosakan harta benda pihak ketiga, polisi insurans perjalanan akan lindungi anda daripada liabiliti dan membayar perbelanjaan guaman.

 

Harga insurans perjalanan sebenarnya tidaklah mahal, terutama sekali jika dibandingkan dengan kos perjalanan itu sendiri. Jadi mengapa ambil risiko?

Jika inginkan lagi keterangan lanjut atau ingin mula dapatkan sebutharga bagi jenis-jenis produk perlindungan perjalanan yang ditawarkan, tanyakan kepada ejen-ejen di direktori dengan mudah di sini.

 

The post Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/feed/ 0 30278