Selalunya, saya akan tanya pelanggan sebab utama mereka melanggan insurans. Adakah ia untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk sebab kesihatan atau adakah mereka ingin cari takaful hibah?
Pengetahuan ini dapat membantu mengenalpasti sama ada mereka boleh dan ingin komit, kerana dengan maklumat tersebut, saya boleh cadangkan pelan yang sesuai untuk mereka.
Maklumat yang mereka kongsikan juga penting kerana pada masa hadapan, liabiliti mungkin berubah mengikut masa. Sebenarnya ini adalah salah satu bahagian dalam membina perhubungan dengan pelanggan.