The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Industri hayat negara bagi tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 6% bagi sekemua jumlah gabungan polisi insurans kepada RM1.38 trilion berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Ini satu tanda peningkatan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan hayat.
Menurut Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), jumlah premium untuk perniagaan baru bertambah 3.8% dari tahun ke tahun kepada RM10.11 trilion pada 2017 berbanding RM9.74 trilion sebelum ini.
Menrurut LIAM lagi, industri insurans hayat juga mencatatkan peningkatan tuntutan sebanyak 5.3% kepada RM10.1 bilion daripada RM9.7 bilion. Sebahagian besar daripada peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kematian dan tuntutan hilang upaya.
Walaupun jumlah jaminan insurans per kapita naik pada tahun 2017 kepada RM42,992 daripada RM41,055 pada 2016, nilai ini masih jauh di bawah jumlah yang diperlukan untuk menyokong anggota keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya di kalangan ketua keluarga.
“Berdasarkan Kajian Insurans Terkurang di Malaysia yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan LIAM pada 2013, jurang purata kematian bagi setiap anggota keluarga adalah kira-kira RM100, 000 hingga RM150,000”, katanya.
The post Industri Hayat Malaysia Terus Meningkat appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Bayaran tunai tahunan dan jaminan perlindungan takaful Executive20 appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Para peserta Executive20 dapat menikmati perlindungan terjamin serta bayaran tunai tahunan untuk terma perlindungan selama 20 tahun atau 30 tahun.
Pelan takaful terbaharu ini memberi perlindungan terjamin sehingga umur 90 tahun dan ianya terbuka bagi sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun, dengan syarat pemohon hendaklah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.
“Dalam keadaan ekonomi dan persekitaran yang kian mencabar hari ini, kebanyakan rakyat Malaysia didapati sukar untuk menabung apatah lagi mempunyai simpanan yang mencukupi. Fakta ini berdasarkan kajian yang menyatakan bahawa 50% isi rumah bandar di Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk simpanan kewangan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB
Dalam suatu kajian yang dijalankan oleh Bank Negara pada tahun 2015, lebih dari 75 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk menyediakan RM1000 jika berlakunya kecemasan.
“Oleh kerana itu, Executive20 direka sebagai pelan yang ideal untuk membantu mereka yang ingin meningkatkan nilai simpanan disamping mendapatkan perlindungan yang mencukupi bagi menghadapi sebarang peristiwa yang tak diduga,” kata Salim lagi.
Selain itu, Executive20 menawarkan pilihan tambah nilai bagi peserta yang ingin mengerjakan ibadah Badal Haji, Korban, Wakaf dan Kebajikan di bawah Program Amanah Trust yang diuruskan secara komprehensif oleh Amanah Raya Berhad.
Untuk maklumat lanjut mengenai Executive20, layari https://www.zurich.com.my/en/show-me-zurich-takaful-products/for-myself-savings/for-my-future/executive20.
The post Bayaran tunai tahunan dan jaminan perlindungan takaful Executive20 appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover ini menawarkan harapan bagi mereka yang sebelum ini sukar untuk mendapat perlindungan insurans kerana masalah penyakit yang berkait dengan gaya hidup ini.
“Sehingga kini, bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda mempunyai keadaan yang sedia ada seperti “3 Tahap Tinggi”. Terdapat peluang di mana anda akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya amat jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” kata Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life.
“Kami ingin memberi warga Malaysia di luar sana peluang kedua dalam kehidupan mereka dan lebih penting lagi, perlindungan yang sewajarnya,” tambah Gross lagi.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Encik Ong Pin Hean, waktu bekerja yang panjang, stress, pemakanan yang tidak sihat juga kurangnya aktiviti senaman telah mengakibatkan 63% penduduk dewasa Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah “3 Tahap Tinggi” ini – kolestrol tinggi, darah tinggi atau pun BMI yang tinggi.
Allianz 3H Cover ditawarkan kepada mereka yang berusia di antara 20 hingga 60 tahun, termasuklah mereka yang mengalami mana-mana dari “3 Tahap Tinggi” ini. Pembaharuan polisi adalah terjamin sehingga umur 85 tahun.
Pelan 3H Cover akan memberikan pampasan sekali gus sebanyak RM200,000 atas kematian dan kecacatan kekal serta perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal yang berjumlah RM200,000, iaitu strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggan dan kanser.
Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma yang mana para pelanggan akan menerima peningkatan sebanyak 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD serta peluang untuk menaik taraf pelan penyakit kritikal mereka kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh dan komprehensif sekiranya “3 Tahap Tinggi” mereka kembali normal.
Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz 3H Cover, klik di sini.
The post Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda… (Infografik) appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Kami tidaklah mengatakan faktor-faktor ini memang benar tetapi masih ramai yang berpendapat sedemikian. Insurans dan Takaful yang kebiasaannya dikaitkan dengan kematian dan penyakit juga tidak membantu. Topik yang menyedihkan!
Jika ditanyakan mana-mana ejen Takaful, tentu saja mereka akan mengatakan kita perlunya. Walaupun ramai antara kita yang sangsi akan saranan mereka, apa yang mereka katakan itu adalah benar. Perlindungan yang diberikan insurans dan Takaful bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan yang semestinya dimiliki untuk jaminan diri dan keluarga dari malapetaka dan musibah kewangan.
Jika anda merasakan insurans hayat mengelirukan, kita ringkaskan di sini untuk tujuan mengenalpasti sama ada anda memerlukannya.
Source https://www.ibanding.my
Jika anda pemberi nafkah bagi keluarga anda, and perlukan insurans hayat. Ini untuk melindungi waris anda daripada terputusnya nafkah jika sesuatu yang buruk menimpa diri anda.
Kebanyakan orang mengatakan pemberi nafkah utama sahaja yang memerlukan insurans atau Takaful hayat dan selalunya ini jatuh kepada suami. Tetapi di zaman ini banyak isi rumah walaupun kedua suami isteri bekerja tetapi masih menghadapi kesukaran untuk menampung perbelanjaan keluarga. Maka disarankan kedua-duanya mendapatkan perlindungan hayat.
Jika anda menanggung pinjaman perumahan, anda semestinya memerlukan insurans atau Takaful hayat. Ini untuk memastikan keluarga dan waris anda tidak kehilangan tempat berlindung ekoran kematian anda atau jika anda hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) akibat kemalangan. Tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat orang yang kita sayangi terpaksa merempat pada masa yang menyukarkan, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
Pilihan lain yang anda boleh dapatkan ialah MLTT (Mortgage Level Term Takaful) atau MRTA (Mortgage Reducing Term Takaful). Walaupun pelan ini bukan mandatori ketika permohonon pinjaman, tetapi ianya sangat-sangat disarankan terutama sekali jika anda masih belum memiliki Takaful hayat dan perlindungan perubatan yang secukupnya.
Walaupun anda bujang, dan tidak bercadang untuk berumahtangga. Anda mungkin masih mempunyai orang yang bergantung kepada anda terutamanya dari segi kewangan. Seperti kedua orang tua anda atau adik-beradik yang kurang upaya.
Waris anda tidak semestinya bererti anak-anak dan isteri/ suami anda. Bagi budaya Asia ini, ia sememangnya perkara biasa bagi anak-anak yang sudah dewasa untuk menjaga kedua ibu-bapa mereka. Jadi jika anda salah seorang darinya, anda pastinya ingin menjamin kesejahteraan mereka di mana mereka terus mendapat penjagaan walaupun setelah ketiadaan anda.
Jika anda adalah peniagaan atau usahawan, waris anda mungkin dibebani hutang-piutang perniagaan anda ekoran ketiadaan anda. Dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda boleh digunakan untuk biayai hutang piutang yang ditinggalkan.
Insurans yang sangat disarankan bagi pengurusan risiko perniagaan adalah pelan Key Man. Pelan berasingan ini dapat membantu perniagaan yang ditinggalkan terus bertahan setelah kematian salah seorang rakan kongsi atau pekerja utama. Manakala pelan beli-jual (buy-sell) pula membolehkan rakan-rakan kongsi membuat perjanjian pembelian saham bagi ahli perniagaan sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia?
Pernah anda terfikir apa yang akan berlaku terhadap hutang piutang dan pinjaman anda sekira anda meninggal dunia? Hutang-hutang kad kredit, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Ramai yang tidak hiraukan persoalanan ini. Manakala yang pernah tertanya pula mungkin membuat andaian bahawa hutang dan pinjaman ini akan dibatalkan begitu saja.
Bagaimana hutang dan pinjaman dikendalikan setelah kematian seseorang adalah berdasarkan beberapa faktor. Adakah ianya secured atau unsecured loan? Wujudkah penjamin (guarantor) bagi pinjaman tersebut? Adakah harta pusaka yang ditinggalkan?
Berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan, pihak peminjam atau institusi kewangan berhak:
a. memberikan pilihan kepada waris untuk mengambil alih pinjaman tersebut dan memindah nama aset
b. mengarahkan penjamin untuk menyambung bayar hutang atau pinjaman tersebut
c. mendapatkan jumlah tunggakan dari peninggalan harta pusaka si mati
Jadi dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda dapat digunakan untuk melangsaikan hutang piutang dan pinjaman tertunggak.
Masih tidak pasti sama ada anda memerlukan Takaful hayat? Kami syorkan agar anda membuat sedikit lagi kajian mengenai perlindungan hayat, jenis dan kelebihan mereka sebelum berbincang dengan pakar di bidang ini. Pastikan anda dapat khidmat nasihat dari ejen yang dipercayai. Untuk mendapatkan ejen bertaraf 5 bintang, semak direktori iBanding di sini.
The post Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda… (Infografik) appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post HLA kini menawarkan insurans hayat melalui MyEG appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Lanskap industri insurans dan tingkah laku pengguna kini melalui perubahan yang pesat didorongi teknologi digital, suatu strategi digital membolehkan syarikat itu mengembangkan perniagaannya dan memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien, kata Puan Loh.
Kerjasama ini yang dengan rasminya bermula pada lewat bulan Ogos tahun ini menyaksikan penawaran produk Enhanced Hospital Cash Refund sebagai produk pertama yang ditawarkan di MyEG. Ini akan disusuli oleh banyak lagi produk yang juga akan ditawarkan di platform di talian ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca di sini.
The post HLA kini menawarkan insurans hayat melalui MyEG appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post RM327 juta masih belum dituntut appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Malaysia mempunyai lebih RM327 juta wang dalam bentuk pampasan dan dana polisi matang yang masih belum dituntut, sejak 5 tahun lepas, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia.
Persatuan tersebut menyatakan bahawa bagi tahun 2016 sahaja, sejumlah RM64 juta daripada wang tersebut telah pun diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Jabatan Akauntan Negara.
Persatuan yang terdiri daripada 16 ahli yang merangkumi syarikat-syarikat insurans dan Takaful itu wajib menyerahkan rekod wang tidak dituntut kepada jabatan tersebut setiap tahun.
Menurut persatuan itu lagi. 516,728 dana daripada polisi matang bagi insurans hayat yang telah dilupai pemegang polisi dan pewaris mereka. Hampir kesemua pemegang polisi yang terbabit dengan isu ini tidak dapat dihubungi kerana maklumat hubungan yang tidak dikemaskinikan.
Pada tahun 2012, dana yang diserahkan berjumlah hampir RM80 juta, RM54 juta pada tahun 2013, RM67.5 juta pada 2014 dan RM61.5 juta pada 2016.
Cubaan demi cubaan dibuat untuk menghubungi pemegang polisi atau pewaris sebelum serahan wajib dibuat ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.
Menurut undang-undang, penyerahan perlu dibuat setelah cek dikeluarkan atas nama mereka dikembalikan dan segala usaha untuk hubungi mereka gagal.
Etiqa Insurance, salah satu daripada ahli persatuan tersebut, melaporkan sejumlah RM13 juta dana tidak dituntut terakru bagi tahun lepas.
Menurut Maybank Ageas Holding Bhd, syarikut induk Etiqa, hal ini berlaku kerana ramai di antara pelanggan yang tidak sedar bahawa polisi mereka telah pun mencapai tempoh kematangan.
The post RM327 juta masih belum dituntut appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>