insurans perjalanan Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/insurans-perjalanan/ Finding the Best Insurance Sun, 27 Jan 2019 22:36:30 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 insurans perjalanan Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/tag/insurans-perjalanan/ 32 32 234803146 Traveloka dan Chubb Perkenalkan Pelan Insurans Perjalanan https://ibanding.com.my/traveloka-dan-chubb-perkenalkan-pelan-insurans-perjalanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=traveloka-dan-chubb-perkenalkan-pelan-insurans-perjalanan https://ibanding.com.my/traveloka-dan-chubb-perkenalkan-pelan-insurans-perjalanan/#respond Fri, 22 Jun 2018 00:30:49 +0000 https://ibanding.com.my/?p=40077 Semakin banyak syarikat kini menyediakan kemudahan dalam talian, tidak mengira apa pun jenis perniagaan dan industri. Nama Traveloka tidak asing lagi terutama bagi warga Asia Tenggara yang gemar melancong ke luar negara. Traveloka, sebuah syarikat pelancongan dalam talian yang menyediakan platform yang membolehkan pengguna bukan sekadar membuat tempahan hotel dan penerbangan, malah membuat perbandingan harga...

The post Traveloka dan Chubb Perkenalkan Pelan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Semakin banyak syarikat kini menyediakan kemudahan dalam talian, tidak mengira apa pun jenis perniagaan dan industri. Nama Traveloka tidak asing lagi terutama bagi warga Asia Tenggara yang gemar melancong ke luar negara.

Traveloka, sebuah syarikat pelancongan dalam talian yang menyediakan platform yang membolehkan pengguna bukan sekadar membuat tempahan hotel dan penerbangan, malah membuat perbandingan harga untuk perjalanan yang lebih kos efektif.

Sebagai jaminan usaha Trevaloka yang sentiasa ingin memastikan tawaran perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka, Traveloka kini telah bergabung dengan Chubb Insurance Malaysia Berhad bagi menyediakan pelan perlindungan perjalanan yang boleh didapati dengan penempahan tiket kapalterbang di dalam talian.

Terdapat dua jenis pelan yang telah disediakan, pelan bagi penerbangan dalam negeri di Malaysia dan pelan antarabangsa bagi semua penerbangan antarabangsa yang berlepas daripada Malaysia. Premium bagi pelan dalam negeri bermula dari RM 9 (sehala) dan RM 15 (dua hala); manakala premium bagi pelan antarabangsa pula bermula dari RM 21 (sehala) dan RM 42 (dua hala).

Manfaat yang terkandung di dalam pelan termasuklah perlindungan dari segi kehilangan dan kerosakan barangan peribadi, kelewatan dan kehilangan bagasi,  pembatalan perjalanan, pembatalan penerbangan oleh penumpang, pampasan terhadap kos perubatan akibat kemalangan serta banyak lagi.

Untuk mengenali kepentingan serta manfaat perlindungan insurans perjalanan, sila baca artikel serta infografik yang telah disediakan di bawah:

Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui

 

Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan perjalanan Traveloka, sila ke laman sesawang ini.

 

 

The post Traveloka dan Chubb Perkenalkan Pelan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/traveloka-dan-chubb-perkenalkan-pelan-insurans-perjalanan/feed/ 0 40077
Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/#comments Wed, 13 Jun 2018 00:30:28 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39613 Ramai yang sudah sedar akan kepentingan takaful keluarga, takaful perubatan dan takaful kenderaan. Tapi apabila sebut tentang takaful perjalanan, masih menganggap ianya langsung tidak penting, malah ianya suatu kemewahan yang tidak diperlukan. Mungkin jika kita kupas satu-persatu manfaat yang ditawarkan takaful perjalanan barulah kita mula menyedari bukan sekadar kepentingannya, malah juga keperluannya setiap kali kita...

The post Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Ramai yang sudah sedar akan kepentingan takaful keluarga, takaful perubatan dan takaful kenderaan. Tapi apabila sebut tentang takaful perjalanan, masih menganggap ianya langsung tidak penting, malah ianya suatu kemewahan yang tidak diperlukan.


Mungkin jika kita kupas satu-persatu manfaat yang ditawarkan takaful perjalanan barulah kita mula menyedari bukan sekadar kepentingannya, malah juga keperluannya setiap kali kita ke luar negara. Jadi itulah tujuan infografik dan artikel ini.

Jom tengok!

Manfaat takaful perjalanan infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

6 manfaat takaful perjalanan yang perlu anda ketahui

1.  Melindungi anda terhadap masalah penerbangan dan pesawat

Banyak yang boleh berlaku walaupun setelah anda menempah tiket kapalterbang anda. Contohnya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yang di naiki rosak menyebabkan anda tertinggal pesawat. Atau kelewatan perlepasan pesawat pula mengakibatkan anda kerugian duit kerana anda terlepas pertunjukan teater atau konsert yang tiketnya berharga ratusan ringgit. Mungkin juga pesawat tidak dibenarkan berlepas kerana cuaca yang sangat buruk.

Segala kerugian yang anda hadapi dari segi wang ringgit akan diberi pampasan oleh pihak pengendali anda sekiranya anda memiliki takaful perjalanan. Sebagai contoh, Allianz Travel Care menjamin RM 300 pampasan setiap 6 jam kelewatan sehingga maksimum RM 2,000 setiap orang yang diinsuranskan. Manakala jika terlepas perjalanan pula, Allianz membayar sehingga RM 1,000 pampasan setiap orang.

 

2. Melindungi anda terhadap masalah bagasi anda

Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah bagasi ketika mengembara. Contohnya seperti kelewatan akibat masalah teknikal, atau kehilangan serta kerosakan ke atas bagasi itu sendiri.

Insurans perjalanan memjamin pampasan ke atas bagasi anda juga. Contohnya, Tokio Marina Travel Partner memberi pampasan sebanyak RM 200 bagi setiap 6 jam kelewatan bagasi sehingga RM 800.

Ini adalah satu manfaat takaful perjalanan yang sangat berguna. Malah kebanyakan tuntutan yang dibuat ke atas polisi perjalanan adalah jenis tuntutan seperti ini.

 

3. Melindungi anda daripada kerugian akibat kecurian wang

Wang anda mungkin kehilangan akibat kecurian. Parah juga jika kehilangan wang ketika bercuti di luar negara. Duit perbelanjaan ketika bercuti sudahpun kita sediakan cukup-cukup. Kini terpaksa pula mengeluarkan wang tambahan.

Ini salah satu lagi manfaat takaful perjalanan yang berguna, di mana jika berlakunya kecurian atau rompakan, polisi takaful perjalanan anda akan membayar pampasan terhadapnya.

Contohnya kedua-dua Allianz dan AXA memberikan pampasan sebanyak RM 800 sekiranya berlaku musibah sebegini.

 

4. Melindungi anda daripada kerugian akibat kehilangan barangan peribadi anda

Pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya anda kehilangan telefon bimbit, atau kamera, ataupun passport anda ketika bercuti? Takaful perjalanan sebenarnya akan melindungi anda daripada kerugian jenis ini juga. Anda boleh membuat tuntutan ke atas polisi anda. Tokio Marine misalnya, membayar sehingga jumlah RM 5,000 bagi kehilangan barangan peribadi dengan had setiap barangan berjumlah RM 500.

Sekiranya anda kehilangan passport pula, kos langsung untuk mendapatkan permit perjalanan sementara tidak seberapa. Tetapi kerana ianya berlaku ketika berada di luar negara, anda mungkin terpaksa menyambung tinggal di sana sementara menunggu siapnya permit anda. Ini melibatkan kos penginapan, kos pengangkutan untuk ulang alik ke kedutaan Malaysia, segala kos komunikasi dan sebagainya. Dengan adanya takaful perjalanan, anda boleh membuat tuntutan ke atas segala kos tambahan ini.

 

5. Melindungi anda terhadap perubahan jadual perjalanan anda

Apa yang ramai tidak sedari adalah perlindungan yang diberikan bermula daripada hari anda membeli polisi perjalanan anda. Jadi jika anda sudah pun miliki insurans atau takaful perjalanan bagi sesuatu perjalanan, tetapi akibat kecemasan yang berlaku (seperti kemalangan menimpa ahli keluarga anda), anda terpaksa membatalkan perjalanan anda. Segala kerugian yang anda alami akibat pembatalan ini akan dibiayai oleh syarikat insurans atau takaful and.

Polisi perjalanan juga akan membayar ganti rugi andai kata anda telah pun memulakan perjalanan anda tetapi terpaksa memendekkannya kerana sebab-sebab tertentu, seperti jika anda jatuh sakit.

Segala kerugian bagi deposit dan pembayaran yang telah dibuat bagi tiket kapalterbang, hotel penginapan, tours dan sebagainya boleh dituntut daripada polisi perjalanan. Contohnya, AXA Smart Traveller memberikan pampasan sehingga RM 20,000 sekiranya pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan berlaku.

 

6. Melindungi anda daripada beban kos perubatan yang tinggi

Apa yang perlu difikirkan oleh semua pelancong ke luar negara ialah apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu kemalangan menimpa diri mereka. Atau adakah mereka dapat membiayai perbelanjaan rawatan dan perubatan sekiranya mereka jatuh sakit ketika di luar negara?

Ini mungkin manfaat yang terpenting bagi pelancong dan pengembara terutama sekiranya mereka tidak memiliki insurans atau takaful perubatan.

Takaful perjalanan memberi pampasan terhadap kos pembedahan, perubatan, elaun hospital harian, penjagaan ehsan serta kos pemeriksaan susulan setelah pulang ke tanahair dan juga kos pemindahan dan penghantaran pulang pesakit. Ia juga memberi pampasan kepada ahli keluarga sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia akibat kemalangan ketika percutian.

Allianz misalnya, memberi jaminan RM 200,000 terhadap kematian akibat kemalangan, manakala AXA pula meberikan sejumlah RM 250,000. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat ini, rujuk artikel ini.

 

Jangan terlepas infografik mengenai risiko-risiko yang boleh berlaku ketika melancong ke luar negara pula. Klik imej di bawah untuk mendapatkannya.

The post Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/feed/ 1 39613
Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=6-jenis-risiko-ketika-mengembara https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/#respond Wed, 06 Jun 2018 00:30:44 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39666 The post Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kalau sebut pasal travel saja, semua mesti seronok sebab dapat jalan-jalan, tak kiralah ke luar negara atau di dalam Malaysia. Tapi jarang sekali terlintas di fikiran kita risiko-risiko yang boleh dialami ketika bercuti.

Sesetengah di antara kita pulak, menabung sekian lama untuk rancangan percutian kita. Duit tabungan cukup-cukup je untuk menampung perbelanjaan perjalanan dan sedikit extra untuk makan minum dan shopping apa yang patut. Langsung tak terfikir apa akan jadi sekiranya berlaku kecemasan.


Jadi jom kita bincangkan apakah jenis risiko yang boleh menimpa seseorang traveler. Tak kira lah dia kerap travel atau pun sekali sekala, sebab malang tidak berbau, kan? (Bersambung selepas infografik di bawah)

Mengembara ke luar negara infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Jenis-jenis risiko ketika mengembara:

1. Kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan dan ketinggalan pesawat

Dan bukan setakat itu, kita mungkin tidak dapat berlepas kerana pesawat sudah overbook oleh pihak syarikat penerbangan, atau juga kita terlepas penerbangan sambungan kerana penerbangan sebelumnya lewat tiba. Di sini saja boleh dilihat bermacam-macam risiko sebenarnya yang boleh terjadi.

Kelewatan penerbangan berlepas mungkin berpunca daripada cuaca buruk, atau masalah teknikal pesawat. Akibatnya, kita terkandas di lapangan terbang selama beberapa jam. Jika lebih daripada itu, kita mungkin terpaksa sewa pula hotel untuk menginap satu malam. bertambah pulak kos perjalanan kita. Kadang kala cuaca buruk di destinasi boleh juga mengakibatkan penerbangan dibatalkan. Padahal kita sudah pun membuat segala tempahan.

Risiko lain mungkin disebabkan oleh kita ketinggalan pesawat kerana sama ada pesawat kita naiki sebelumnya tiba lewat, ataupun kerana tren kita naiki ke lapangan terbang tergendala.

Bagaimana pula dengan tiket yang telah dibayar?

 

2. Kelewatan dan kehilangan bagasi

Kalau tiada halangan untuk kita tiba di lapangan terbang destinasi, kita mungkin menghadapi risiko lain pula. Contohnya bagasi yang tidak muncul di conveyor belt, atau muncul dalam keadaaan rosak.

Bagi bagasi yang tak muncul terus, macam mana pula kita hendak mulakan percutian kita ya? Pakaian yang dibawa semua tidak sampai. Perlu pula kita keluarkan kad kredit untuk membeli pakaian dan barangan keperluan seperti berus dan ubat gigi yang baru. Rosak segala mood nak bercuti.

Ada kalanya bagasi cuma lambat sampai kerana masalah teknikal, tetapi sementara menunggu, kadang-kadang ambil masa berhari-hari juga, wang ringgit masih tetap perlu dikeluarkan untuk membeli barang keperluan. Bayangkan pergi ke London ketika musim sejuk tak berjaket walhal ada jaket yang baru dibeli di dalam bagasi kita.


Kos lagi tu.

 

3. Kehilangan barangan peribadi

Contoh barangan peribadi? Kamera, laptop, telefon bimbit dan sebagainya, termasuklah passport. Ketika melancong di luar negara, pelancong sering menjadi mangsa scammers. Atau dalam asyik melihat permandangan tempat baru yang indah, kita mudah menjadi lalai maka menjadi sasaran mudah bagi peragut atau penyeluk saku. Mereka ini sudah pun cekap dengan teknik yang digunakan dan sering target pelancong yang tidak suspek apa-apa.

Jika kehilangan passport pula lagi teruk. Anda tidak boleh meneruskan perjalanan jika ia melibatkan kemasukan ke negara lain. Serta anda juga tidak boleh pulang ke tanahair selagi tidak dapatkan permit perjalanan sementara. Banyak juga kos yang akan terlibat dalam mendapatkan permit ini. Contohnya terpaksa memanjangkan tempoh penginapan di hotel sementara menunggu permit siap.

Siapa pula yang nak tanggung belanja ni semua?

 

4. Kecurian dan kehilangan wang ringgit

Ini bukanlah risiko kehilangan wang akibat shopping sakan di luar negara ya, walaupun itu sering terjadi. Yang dimaksudkan di sini, risiko kehilangan wang sama ada secara tidak sengaja atau pun akibat kecurian. Sama seperti risiko kecurian barangan peribadi, kadang kala pelancong seperti kita mudah menjadi sasaran penyeluk saku.

Atau ingatkan peti keselematan di dalam hotel selamat, tetapi sesudah penat sehari berjalan makan angin, pulang ke bilik hotel dapati duit dan travelers cheque yang disimpan dicuri. Penat duit dikumpul untuk belanja semasa bercuti, habis hilang atau diseluk saku pula. Nak makan pun terpaksa pinjam duit kawan. Cuti pun dah tak seronok. Tambahan lagi kerana terpaksa memikirkan macam mana nak langsaikan hutang kawan nanti.

Terpaksalah pula keluarkan wang daripada simpanan untuk menampung belanja tambahan ini kan?

 

5. Penukaran jadual perjalanan

Kadang kala segala perancangan telah dibuat. Tiket penerbangan telah pun dibayar, hotel pun telah ditempah. Tetapi disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, perancangan perjalanan terpaksa ditukar. Mungkin akibat daripada kemalangan atau sakit yang menimpa diri sendiri atau ahli keluarga. Ataupun semasa sedang bercuti di luar negara, ada kecemasan yang berlaku yang menyebabkan anda terpaksa pulang ke tanahair secepat mungkin. Seperti kematian ahli keluarga.

Penukaran jadual perjalanan, pembatalan dan pemendekkan perjalanan akan menyebabkan kerugian. Tambang perjalanan dan penginapan yang telah berbayar penuh atau telah dibayar bayaran pendahuluan (deposit) ada kemungkinan akan hilang begitu saja. Itu belum lagi termasuk tempahan tour, sewa kereta, teater dan sebagainya.

Dah lah rancangan percutian terjejas, duit pulak lesap. 

 

6. Sakit atau kemalangan

Sudah sering kita terbaca kisah rakyat Malaysia yang jatuh sakit ketika mengembara ke luar negara. Kerana kos rawatan yang amat tinggi berbanding kos rawatan di negara ini, dan dengan tiadanya perlindungan insurans, mereka terkandas di hospital di luar negara tanpa boleh membayar bil perubatan mereka.

Ini juga risiko yang boleh berlaku kepada diri kita. Contohnya jika kita keracunan makanan dan terpaksa dapatkan rawatan, atau kita kemalangan dan perlu diwadkan selama beberapa hari. Bayangkan diserang jantung ketika di negara seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom, parah jugak tu nak bayar kos pembedahan dan lain-lain.

Simpanan cukup ke nak tanggung kos yang mungkin mencecah beratus ribu?

 

Beringat semasa merancang percutian anda

Sebagai penutup, ingin kami tekankan kepada pembaca agar beringatlah semasa membuat perancangan percutian. Musibah boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa. Ketika di negara sendiri, kita dekat dengan bantuan yang boleh kita harapkan. Tetapi ketika di luar negara, mungkin agak susah untuk dapatkan pertolongan. Ditambah pula dengan kos yang lebih tinggi, percutian yang pada mulanya bertujuan untuk menghilangkan stress mungkin akan mengakibatkan kita papa kedana.

Apa pula jawapan kepada segala permasalahan di sini? Kami di sini banyak mengeluarkan artikel berkenaan insurans dan takaful perjalanan. Banyak sebenarnya manfaat yang diberikan. Diharap pembaca dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perlindungan perjalanan.

 

The post Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/feed/ 0 39666
MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14 https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/#respond Fri, 20 Apr 2018 01:49:34 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39010 KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan membayar balik premium insurans perjalanan sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekiranya mereka ingin membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Rara Umumke -14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Mei bulan hadapan. “Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk...

The post MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan membayar balik premium insurans perjalanan sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekiranya mereka ingin membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Rara Umumke -14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Mei bulan hadapan.

“Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk mendapat bayaran balik penuh,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSIG hari ini.

Selain dari pembayaran balik premium sekiranya pembatalan dibuat, MSIG juga bersedia memberikan pilihan kepada pelanggan mereka yang telah pun membeli insurans perjalanan untuk meminda tarikh perjalanan mereka tanpa dikenakan sebarang premium tambahan jika tundaan baharu dalam tempoh 90 hari dari tarikh asal.

Bagaimanapun, premium tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan melanjutkan tempoh perjalanan atau mengubah destinasi asal mereka.

Pelanggan yang berhasrat membuat sebarang pindaan boleh menghubungi penasihat insurans mereka atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MSIG sebelum 7 Mei, 2018.

 

The post MSIG Bayar Balik Premium Jika Batalkan Perjalanan Akibat PRU14 appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/msig-bayar-balik-premium-jika-batalkan-perjalanan-akibat-pru14/feed/ 0 39010
Jangan Biarkan Kelewatan Penerbangan Jejaskan Percutian Anda https://ibanding.com.my/jangan-biarkan-kelewatan-penerbangan-jejaskan-percutian-anda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jangan-biarkan-kelewatan-penerbangan-jejaskan-percutian-anda https://ibanding.com.my/jangan-biarkan-kelewatan-penerbangan-jejaskan-percutian-anda/#comments Fri, 30 Mar 2018 01:00:30 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38594 Pada bulan Februari tahun 2018, sebanyak 549,855 kelewatan penerbangan di seluruh dunia telah dicatatkan oleh FlightStats Global. Di Asia Pasifik sahaja telah merekodkan sejumlah 188,315 penerbangan pada jangka masa yang sama. Angka yang sangat tinggi ini mungkin tidak memberi kesan kepada mereka yang jarang-jarang menaiki kapalterbang. Tetapi bagi anda yang kerap menaiki kapalterbang pula, wajar mengambil kira...

The post Jangan Biarkan Kelewatan Penerbangan Jejaskan Percutian Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Pada bulan Februari tahun 2018, sebanyak 549,855 kelewatan penerbangan di seluruh dunia telah dicatatkan oleh FlightStats Global. Di Asia Pasifik sahaja telah merekodkan sejumlah 188,315 penerbangan pada jangka masa yang sama. Angka yang sangat tinggi ini mungkin tidak memberi kesan kepada mereka yang jarang-jarang menaiki kapalterbang. Tetapi bagi anda yang kerap menaiki kapalterbang pula, wajar mengambil kira faktor kemungkinan kelewatan penerbangan dalam perancangan perjalanan anda agar dapat meringankan kekecewaan dan beban kos akibatnya.

Tiada siapa yang memilih untuk duduk berjam-jam di lapangan kapalterbang, terutamanya atas sebab-sebab yang di luar kawalan diri, seperti kelewatan penerbangan. Banyak yang perlu difikirkan. Sempatkah lagi untuk menaiki penerbangan seterusnya? Atau bagaimana pula dengan ataurcara yang telah dijadualkan di destinasi? Mesyuarat penting yang perlu dihadiri, perkahwinan atau pengkebumian. Bagaimana teliti sekalipun kita telah merancang perjalanan kita, kelewatan penerbangan masih boleh merosakkan segala itinerari kita.

Walaupun tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kelewatan penerbangan, masih ada cara bagi kita mengurangkan kesannya. Jadi tidak kiralah sama ada anda frequent flyer yang kerap menggunakan kapalterbang ataupun hanya gunakkannya sekali sekala, ini beberapa tips buat anda.

 

Tips untuk kurangkan kesan kelewatan penerbangan terhadap anda

1. Bersedia untuk hadapi kelewatan semasa membuat perancangan perjalanan. Elakkan dari menjadual atau menempah apa-apa aktiviti pada hari ketibaan anda di destinasi. Ini untuk pastikan anda tidak terlepas aktiviti menarik sekiranya anda alami kelewatan penerbangan, serta tiada kerugian wang ringgit kerana anda telah pun membayar tiket aktiviti tersebut.

2. Semasa menempah penerbangan yang perlu connecting flight atau penerbangan sambungan, pastikan masa di antara kedua-dua penerbangan itu tidak terlalu singkat. Ini untuk mengelakkan terlepas penerbangan sambungan sekirannya terdapat kelewatan oleh penerbangan sebelumnya.

3. Utamakan keselesaan. Jika merancang perjalanan ke negara yang berisiko mengalami cuaca tidak menentu seperti taufan dan salji, pastikan anda siapkan segala keperluan yang penting. Pakaian dan kasut selesa perlu dibawa di dalam bagasi tangan supaya anda mudah bertukar kepadanya sekiranya anda terpaksa menunggu berjam-jam di lapangan terbang akibat kelewatan. Juga tanyakan jika pihak syarikat penerbangan menyediakan lounge bagi mangsa yang terlibat.

4. Bawa snek dan minuman ringan dalam bagasi tangan sementara menunggu penerbangan diteruskan. Kita semua tahu, barangan yang dijual di lapangan terbang mahal-mahal belaka. Jadi bekalkan sedikit makanan di dalam bagasi tangan anda supaya tak perlu keluarkan kos tambahan untuk membeli makanan jika penerbangan lewat sehingga perut pun lapar.

5. Jangan abaikan insurans perjalanan kerana tanpa disedari ramai, insurans perjalanan memberikan pampasan ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan perjalanan. Ramai yang kerugian akibat kelewatan penerbangan. Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah sesetangah daripada kos kerugian boleh dituntut daripada syarikat insurans sekiranya memiliki insurans perjalanan. Kita akan huraikan dengan lanjut di sini.

Kelewatan penerbangan bukan sahaja menyusahkan tetapi juga akan menyebabkan kos tambahan.

 

Bagaimana insurans perjalan membantu anda di kala kelewatan penerbangan

Syarikat insurans am menyediakan insurans perjalanan yang boleh membantu anda sari segi kewangan sekiranya anda mengalami kelewatan penerbangan. Di antara liputan perlindungan adalah:

Kelewatan masa berlepas

Apa yang hebat tentang insurans perjalanan ialah perlindungannya meliputi kelewatan penerbangan yang sememangnya sering berlaku. Bukan setakat kelewatan, malah ia juga boleh berlanjutan sehingga berjam-jam. Dalam kes sebegini, insurans perjalanan anda akan memberi pampasan terhadap kos tambahan akibat kelewatan ini. Seperti kos membeli makan minum ketika menunggu, atau penginapan di hotel lapangan terbang. Jadi anda tidak perlu bimbang akan kos berlebihan yang perlu ditanggung akibat sesuatu yang di luar kawalan dan kemahuan anda.

Ketinggalan perlepasan

Kadang kala perjalanan kita ke lapangan terbang juga tidak dijangka. Banyak yang boleh berlaku yang boleh menyebabkan kita ketinggalan perlepasan. Tertinggal pasport di rumah setelah separuh jalan, atau kemalangan di jalanraya melambatkan perjalanan. Ini semua perkara biasa. Sesetengah pelan perjalanan yang ditawarkan syarikat insurans dan takaful memberi pampasan sejumlah wang sekiranya anda tertinggal perlepasa. Wang ini boleh digunakan untuk menukar jadual baru atau menginap di hotel sementara menunggu penerbangan baru.

Kelewatan masa ketibaan

Jika berlakunya kelewatan penerbangan, anda pastinya akan lewat sampai ke destinasi. Ini akan mengganggu itinerari seterusnya. Itinerari yang terganggu ini mungkin sesuatu yang telah pun anda tempah dan bayar kosnya, seperti tempahan feri atau keretapi untuk destinasi seterusnya. Bagi kes sebegini, pihak syarikat insurans akan memberi pampasan terhadap kerugian yang ditanggung.

Sebagai contoh, bagi pelan insurans perjalanan yang ditawarkan oleh Tokio Marine, pampasan sebanyak RM 250 akan diberikan sekiranya anda terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan masa ketibaan.

 

Kelewatan penerbangan memanglah tidak dijangka dan tidak pula diundang. Tetapi ianya tidak semestinya perlu dijadikan sesuatu pengalaman yang disesali. Pada kebiasaannya, insurans perjalanan ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, terutamanya jika dibandingkan dengan risiko tambahan kos sekiranya kelewatan penerbangan berlaku.

Kos tambahan yang ditanggung akibat kelewatan dibiayai syarikat insurans perjalanan. Anda tidak perlu runsing kerana terlebih belanja di kala percutian anda disebabkan oleh faktor-faktor seperti ini. Syarat dan terma serta harga pelan yang dikenakan oleh syarikat-syarikat insurans dan takaful mungkin berbeza-beza, maka wajarlah mengenalpasti keperluan sebelum membuat keputusan pelan yang diinginkan.

 

 

The post Jangan Biarkan Kelewatan Penerbangan Jejaskan Percutian Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/jangan-biarkan-kelewatan-penerbangan-jejaskan-percutian-anda/feed/ 2 38594
Padah tidak mengambil insurans perjalanan https://ibanding.com.my/padah-tidak-mengambil-insurans-perjalanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=padah-tidak-mengambil-insurans-perjalanan https://ibanding.com.my/padah-tidak-mengambil-insurans-perjalanan/#respond Mon, 25 Sep 2017 01:00:54 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30290 Sering kali kita mendengar kisah rakyat Malaysia yang terlantar di hospital di luar negara sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tiadanya perlindungan perjalanan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini. Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune Protect baru-baru ini, walaupun 80%...

The post Padah tidak mengambil insurans perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Sering kali kita mendengar kisah rakyat Malaysia yang terlantar di hospital di luar negara sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tiadanya perlindungan perjalanan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.

Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami kepentingan perlindungan tersebut, malangnya hanya 34.8% yang membelinya untuk perlindungan diri.

Masih tidak menjadi pengajaran

Kita telah pun membaca beberapa kes yang menular di akhbar dan juga di internet, tetapi apakah iktibar yang diperolehi?

Kes 1: Pada bulan Julai 2016, Mohamad Sahar Mohd Noor yang mengunjung ke kota London untuk menyaksikan graduasi anak perempuannya. Malangnya beliau diserang strok sebaik sahaja tiba di sana. Kerana tiadanya insurans perjalanan menyulitkan keadaan. Beliau terlantar di hospital Charing Cross selama sebulan dengan kos rawatan mencecah RM250,000.

Kes 2: Pada bulan Julai 2017, seorang pensyarah UUM, Md Zahir Mat Cha pula diwadkan di hospital St Vincent di Sydney, Australia yang koma setelah diserang strok. Kos pembedahan, rawatan dan membawa pulang Encik Md Zahir dianggarkan melebihi RM285,000.

Untuk membaca artikel selanjutnya dan memahami perlindungan yang diberikan oleh insurans perjalanan, klik sini.

 

 

The post Padah tidak mengambil insurans perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/padah-tidak-mengambil-insurans-perjalanan/feed/ 0 30290
Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/#respond Mon, 25 Sep 2017 00:50:19 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30278 Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap kali kita ke luar negara. Akan tetapi...

The post Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap kali kita ke luar negara. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.

Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami kepentingan perlindungan tersebut, malangnya hanya 34.8% yang membelinya untuk perlindungan diri.

 

insurans perjalanan

Mampukah kita menanggung segala kos perubatan di luar negara?

 

Sikap pelancong Malaysia

Apabila merancang sesuatu perjalanan atau percutian, rakyat Malaysia masih hanya pentingkan keseronokan dan tidak mengambil endah tentang keselamatan diri. Ini berpunca daripada sikap yang menganggap kemalangan tidak akan berlaku pada diri sendiri.

Segala persiapan dilakukan dengan rapi. Dari tiket kapalterbang ke penginapan hotel perlu terlebih dahulu ditempah. Bahkan ramai yang menghabiskan masa berjam-jam melayari laman Tripadvisor dan Agoda untuk memilih hotel yang cantik dan sesuai dengan citarasa dan bajet.

Pakaian yang ingin dibawa juga perlu lengkap. Baju sejuk diperlukan jika melancong ke negara sejuk. Selipar dan topi pula jika ke kepulauan tropika.

Sebelum bermula perjalanan atau percutian pula, kunci rumah ditinggalkan dahulu bersama adik-beradik jika berlakunya sebarang kecemasan. Agenda percutian dan itinerari perjalanan diberi kepada ibu dan ayah agar mereka tahu di mana kita berada di sepanjang percutian.

Tapi berapa ramai yang melayari laman syarikat insurans untuk membuat sedikit kajian tentang produk insurans perjalanan yang ditawarkan? Dan berapa ramai pula yang membelinya? Japawannya telah pun disebut di atas: 3 atau 4 dalam setiap 10 orang.

 

Persiapan lengkap, tapi mana insurans perjalanannya?

 

Fungsi insurans perjalanan. Apa yang dilindungi?

Malang tidak berbau. Ianya boleh menimpa sesiapa, di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja. Dan ianya hanya perlu berlaku sekali, padah dan akibatnya mungkin kita tanggung sepanjang hayat, seperti kes-kes yang disebut di atas.

Di sini senarai risiko yang dilindungan insurans perjalanan untuk pemahaman kita:

1. Pembatalan atau pemendekan perjalanan

Kos yang ditanggung bagi perjalanan yang tidak dapat dituntut semula seperti deposit hotel dan tiket penerbangan setelah perjalanan terpaksa dibatalkan atau dipendekkan akan diberi pampasan oleh syarikat insurans. Sebab-sebab pembatalan dan pemendekan perjalanan perlulah munasabah dan mengikut syarat.

 

2. Kelewatan perjalanan

Kos yang ditanggung akibat kelewatan penerbangan atau pelayaran akan dibayar oleh polisi insurans perjalanan. Tempoh kelewatan yang ditetapkan untuk memenuhi syarat mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Kebiasaannya ianya tidak kurang dari 12 jam. Pampasan juga diberi ke atas belanja makan dan penginapan akibat kelewatan ini.

 

3. Kelewatan bagasi

Anda diberi ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan bagasi jika melebihi sesuatu tempoh waktu. Bayaran juga diberikan jika anda terpaksa membeli pakaian baru atau keperluan lain disebabkan oleh kelewatan bagasi anda ketika di luar negara.

 

4. Risiko ke atas barang-barangan peribadi, wang ringgit serta passport

Insurans perjalanan memberi perlindungan terhadap kerosakan atau kehilangan barangan peribadi disebabkan oleh kenderaan pengangkut. Ini termasuklah bagasi, barangan peribadi serta wang ringgit. Jika kehilangan passport dan dokumen perjalanan, pampasan akan diberikan selama anda terpaksa menunggu passport/ dokumen diganti. Pampasan ini termasuklah kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan komunikasi.

 

5. Kos perubatan

Kos perubatan di negara luar jauh berbeza dengan kos di negara kita. Perlindungan ini adalah yang terpenting sekiranya anda ingin ke luar negara terutama negara-negara kos tinggi seperti United Kingdom, Australia dan Jepun. Kos rawatan, pembedahan, dan hospital ditanggung oleh syarikat insurans sekiranya anda jatuh sakit atau kemalangan semasa dalam perjalanan anda.

 

6. Pemindahan perubatan kecemasan

Sekiranya anda perlukan rawatan semasa di luar negara manakala kemudahan perubatan di kawasan di mana anda berada tidak memadai, polisi insurans perjalanan anda akan menanggung kos pemindahan kecemasan anda ke hospital yang bersesuaian. Contoh sekiranya anda melancong ke ski resort di puncak gunung dan mengalami kemalangan. Anda mungkin perlu diterbangkan menaiki helikopter ke hospital terdekat.

 

7. Penghantaran pulang jenazah

Sekiranya berlaku kematian ketika dalam perjalanan, pihak syarikat insurans akan menanggung kos membawa balik jenazah pemegang polisi insurans perjalanan.

 

8. Liabiliti diri

Sekiranya anda menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga atau mengakibatkan kerosakan harta benda pihak ketiga, polisi insurans perjalanan akan lindungi anda daripada liabiliti dan membayar perbelanjaan guaman.

 

Harga insurans perjalanan sebenarnya tidaklah mahal, terutama sekali jika dibandingkan dengan kos perjalanan itu sendiri. Jadi mengapa ambil risiko?

Jika inginkan lagi keterangan lanjut atau ingin mula dapatkan sebutharga bagi jenis-jenis produk perlindungan perjalanan yang ditawarkan, tanyakan kepada ejen-ejen di direktori dengan mudah di sini.

 

The post Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/rakyat-malaysia-memandang-ringan-insurans-perjalanan/feed/ 0 30278