The post Takaful Malaysia Lancar Perlindungan Perubatan di Talian myClick Medicare appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Pelan Takaful myClick Medicare ini ditawarkan melalui portal dalam talian syarikat tersebut, iaitu “Click for Cover”.
Pelan perubatan itu disediakan untuk memenuhi bukan sekadar keperluan pengguna yang sihat tetapi juga bagi mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan.
“Premium dan segala yang berkaitan akan dinilai berdasarkan soalan kaji selidik perubatan. Ini merupakan sebahagian daripada strategi digital yang jelas membezakan kami dengan penyedia insurans yang lain kerana kami sahaja yang menawarkan inovasi canggih ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil.
Pelan perubatan myClick MediCare menyediakan pelan perubatan yang mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berusia di antara 30 hari sehingga umur 69 tahun. Di antara manfaat pelan ini adalah :
Untuk mendapatkan sebutharga, layari portal myClick Medicare di sini.
The post Takaful Malaysia Lancar Perlindungan Perubatan di Talian myClick Medicare appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>
Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan syarikat insurans atau pengendali takaful setelah permohonan bagi pelan perubatan diluluskan. Kad perubatan ini memudahkan pendaftaran masuk ke mana-mana hospital yang menjadi panel kepada pelan yang telah dipilih. Dengan memiliki kad ini, pesakit tidak perlu membayar kos rawatan dan perubatan yang diterima (selagi ianya terkandung di dalam liputan perlindungan pelan). Segala kos berkenaan akan ditanggung oleh syarikat insurans pesakit.
Terdapat beberapa jenis kad perubatan, tetapi yang sering disebut adalah standalone dan rider.
Kad perubatan standalone adalah pelan perubatan hanya melindungi manfaat perubatan di hospital. Ia bukan suatu pelan yang disertakan kepada apa-apa pelan asas atau pelan induk. Jadi caruman yang disumbangankan hanyalah terhadap manfaat perubatan sahaja. Dengan itu, caruman pelan standalone pada kebiasaannya lebih murah dan mampu milik.
Pada amnya, terdapat 3 jenis manfaat yang diliputi di dalam pelan kad perubatan standalone, iaitu:
Ini termasuklah segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke wad hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan, kos rundingan pakar dan sebagainya.
Penyakit kritikal adalah penyakit-penyakit khusus yang disenaraikan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful. Pada kebiasaannya mereka akan mengkategorikan 36 jenis penyakit sebagai penyakit kritikal, di antaranya, kanser, strok, serangan jantung dan penyakit koronari arteri. Kos rawatan bagi penyakit-penyakit kritikal ini adalah amat tinggi maka perlindungan kad perubatan amat diperlukan.
Manfaat ini berguna terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik yang mana mereka memerlukan rawatan dan penjagaan jangka masa panjang. Ini termasuklah pesakit kanser dan pesakit puah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis berpanjangan.
Kebanyakan syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia menyediakan ketiga-tiga manfaat disebut di atas secara berasingan atau bersama. Pencarum akan menerima kad perubatan yang membolehkan mereka mendaftar masuk ke wad hospital dengan mudah. Sesetengah pelan perubatan juga membolehkan kad ini digunakan di klinik untuk rawatan.
Pelan perubatan standalone memberikan perkhidmatan seperti bilik dan penginapan hospital, perlindungan seumur hidup tanpa had, rawatan bagi penyakit kanser, buah pinggang, pembedahan dan lain lain.
Kadar sumbangan tahunan bagi pelan standalone adalah rendah, tetapi ianya tidak tetap. 2 faktor utama yang menyebabkan kenaikan kadar ini adalah
Pada kebiasaannya, kadar sumbangan meningkat setiap julat 5 tahun mengikut usia pencarum. Sebagai contoh:
Sesetengah pelan standalone yang menjamin pembaharuan setiap tahun walaupun pencarum menghidapi penyakit sebelum tarikh pembaharuan. Ini suatu tawaran yang perlu dititik beratkan ketika membuat pilihan sesebuah pelan perubatan.
Bayangkan jika anda memiliki pelan yang tidak menjamin pembaharuan ketika didiagnos sesuatu penyakit. Syarikat insurans anda mempunyai hak tidak memperbaharui pelan anda bagi tahun akan datang. Bukan sahaja anda tidak lagi mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat tersebut, tetapi kini anda akan menghadapi kesukaran memohon perlindungan daripada syarikat lain kerana risiko penyakit anda.
Jadi ketika memilih pelan, pastikan ejen anda tunjukkan terma dan syarat yang menyatakan pembaharuan dijamin.
Kad perubatan rider adalah suatu pelan di mana perlindungan perubatan adalah sekadar pelan tambahan kepada pelan induk. Selalunya ianya pelan tambahan kepada polisi hayat, atau pelan jenis simpanan atau pelaburan. Jadi perlindungan yang didapati daripada pelan rider adalah:
Ini perlindungan yang sesuai bagi mereka yang ingin menjamin kesejahteraan keluarga mereka dari segi kewangan akibat musibah yang berlaku ke atas diri mereka, seperti kematian atau kecacatan.
Pelan perubatan berbentuk tambahan boleh disertakan bersama pelan induk berbentuk perlindungan hayat atau simpanan/ pelaburan (investment linked). Ia boleh meliputi perlindungan bagi kos perubatan seperti pembedahan, kos bilik dan penginapan, rawatan dan sebagainya, mengikut jenis pelan yang dipilih.
Sumbangan bagi pelan sebegini diagihkan kepada dua bahagian. Satu bahagian terhadap perlindungan hayat dan perubatan (tabarru) manakala satu bahagian lagi bagi tujuan pelaburan.
Jika dibandingkan harga pelan perubatan rider sahaja dengan pelan perubatan standalone, pelan rider adalah lebih rendah. Tetapi kerana pelan rider perlu didapatkan berserta dengan pelan induk, harganya tidak lagi serendah yang diharapkan pada mulanya.
Tetapi keistimewaan pelan jenis ini adalah kadar sumbangan tahunannya adalah tetap (dengan hanya sedikit peningkatan). Contohnya, sekiranya anda mula mencarum pada usia 40 dengan kadar RM 3,000 setahun, kadar caruman anda pada usia 60 mungkin sebanyak RM 3,300. Peningkatan kadar caruman bukanlah di atas faktor usia seperti bagi pelan standalone, tetapi faktor inflasi perubatan.
Pada kebiasaannya, pembaharuan pelan rider adalah terjamin walaupun pencarum menghidapi penyakit, kerana ia berdasarkan pelan induk. Walau bagaimanapun, anda masih tetap dinasihatkan agar mendapatkan kepastian daripada ejen anda.
Kedua-dua pelan memiliki kelebihan masing-masing. Seperti dikatakan di atas, harga bagi perlindungan perubatan rider mungkin dilihat lebih rendah tetapi ianya tidak boleh didapati berasingan daripada pelan induk. Untuk mendapatkanya, perlulah juga dapatkan pelan hayat atau pelan berkaitan pelaburan yang akan mengakibatkan kadar sumbangan bertambah. Akan tetapi ianya amat sesuai bagi mereka yang belum miliki pelan hayat atau yang ingin mendapatkan pulangan dari segi nilai tunai daripada sumbangan mereka.
Pelan standalone pula memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif kepada pencarum dan mungkin lebih sesuai bagi mereka yang hanya ingin mendapatkan manfaat perubataan semata-mata tanpa ingin membayar lebih bagi perlindungan lain serta nilai tunai. Mereka yang mahir tentang pelaburan lebih gemar memilih cara pelaburan mereka sendiri yang memberikan pulangan lebih lumayan.
Sebelum membuat keputusan anda, dapatkan nasihat beberapa perunding atau ejen insurans dan takaful dan bandingkan beberapa produk terlebih dahulu. Pastikan anda bertanyakan soalan-soalan seperti jaminan pembaharuan, kadar sumbangan tahunan, serta jenis liputan perlindungan perubatan.
Untuk dapatkan maklumat lebih mengenai kad perubatan, rujuk artikle ini.
The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post 9 Perkara Wajib Diketahui Tentang Kad Perubatan (Medical Card) appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Jadi di sini kami mudahkan bagi anda dengan meringkaskan segala maklumat tentang kad medikal yang perlu anda ketahui.
Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans anda. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga didapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.
Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.
Pendaftaran masuk ke hospital dipermudahkan dengan hanya menunjukkan kad medikal ini selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran perubatan terus daripada syarikat insurans.
Insurans perubatan stand-alone adalah jenis pelan perubatan bersendirian. Ia hanya menawarkan perlindungan perubatan tanpa apa-apa polisi tambahan seperti simpanan atau pelaburan. Pada kebiasaannya, ia adalah lebih murah berbanding polisi jenis rider kerana hanya perlu mambayar caruman atau premium bagi perlindungan perubatan. Ianya lebih sesuai bagi mereka yang kurang berkemampuan tetapi melihat kepentingan insurans perubatan sebagai perlindungan diri.
Kelemahan stand-alone: Ianya tiada nilai tabungan (cash value/ simpanan). Premium atau caruman yang dibayar jika tiada tuntutan dibuat, akan habis begitu sahaja tanpa apa-apa pulangan. Pembaharuan mungkin tidak dijamin di mana sekiranya menghidap penyakit semasa dilindungi, pembaharuan pada tahun hadapan mungkin tidak lagi diberikan. Tetapi kini kebanyakan kad standalone sudahpun mempunyai pembaharuan terjamin. Seelok-eloknya periksa faktor ini semasa membuat pilihan. Selain daripada itu, premium setiap tahun bagi polisi jenis ini juga tidak tetap, di mana ia akan meningkat dengan peningkatan umur (selalunya setiap 5 tahun).
Pelan rider adalah di mana pelan perubatan bertindak sebagai perlindungan tambahan kepada polisi hayat jenis pelaburan atau simpanan. Caruman/ premium bagi polisi ini lebih tinggi daripada pelan jenis stand-alone kerana sumbangan yang dibuat bukan sekadar bagi perlindungan perubatan tetapi juga untuk simpanan dan pelaburan.
Sumbangan terhadap pelaburan ini akan memberikan nilai tabungan yang bertambah setiap tahun di mana ia boleh dikeluarkan untuk kegunaan peribadi. Ia juga boleh menampung caruman sekiranya bayaran bulanan lewat dan ini tidak akan menyebabkan polisi luput serta merta. Walaupun caruman setiap tahun bagi perlindungan ini juga meningkat setiap tahun, tetapi peningkatan mungkin tidak menjejaskan jumlah caruman kerana ianya ditampung oleh cash value yang terkumpul.
Kelemahan pelan rider: Harga premium menjadi lebih tinggi kerana sumbangan terhadap simpanan. Perlindungan medikal kad juga akan tamat setelah tamatnya pelan asas seperti apabila pelanggan mengalami kehilangan upaya menyeluruh yang kekal (TPD).
Untuk infografik perbezaan di antara rider dan standalone, klik pautan ini.
Ko-insurans/ ko-takaful adalah pelan di mana pelanggan perlu menanggung sebahagian daripada kos perubatan. Premium bagi pelan ko-insurans adalah lebih rendah daripada pelan tanpa ko-insurans. Kami terangkan melalui contoh di bawah:
Dengan ko-insurans, premium bulanan ialah RM 200. Apabila pelanggan dimasukkan ke hospital dengan kos perubatan RM 5,000, pelanggan perlu menanggung sebahagian kos tersebut. Contohnya RM 1,000. Di sini, syarikat insurans akan membayar kos selebihnya sebanyak RM 4,000.
Tanpa ko-insurans pula, premium yang dibayar bulanan adalah RM 300. Apabila pelanggan dimasukkan ke hospital dengan jumlah kos rawatan RM 5,000, pelanggan tidak perlu membayar apa-apa jumlah. Syarikat insurans beliau akan menanggung segala kos rawatannya.
Kerana risiko pada syarikat insurans yang lebih tinggi bagi pelan tanpa ko-insurans (di mana syarikat perlu membayar semua kos perubatan), premium yang perlu ditanggung pelanggan juga lebih tinggi berbanding pelan ko-insurans (di mana pelanggan sama-sama menanggung kos perubatan).
Yang mana lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan:
Had tahunan adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukan terhadap kos rawatan pemegang polisi bagi tempoh setiap tahun selagi polisi berkuatkuasa. Sebagai contoh, jika had tahunan sesuatu kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya pada tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya. Sekiranya beliau masih memerlukan rawatan pada tahun hadapan polisi, pelannya akan memperuntukkan manfaat sebanyak RM 100,000 lagi.
Contohnya:
Tahun pertama – Jumlah kos rawatan: RM 120,000
Manfaat pelan membayar: RM 100,000
Pemegang polisi membayar: RM 20,000
Tahun kedua – Jumlah kos rawatan: RM 100,000
Manfaat pelan membayar: RM 100,000
Pemegang polisi membayar: RM 0
Had seumur hidup pula adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukkan terhadap kos rawatan pemegang polisi sepanjang hayat beliau selagi kad perubatan berkuatkuasa. Pelan perubatan akan tamat secara otomatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pemegang polisi. Sesetengah pelan tiada menghadkan jumlah manfaat seumur hidup (unlimited lifetime coverage), terutama pelan standalone.
Adakah had seumur hidup yang tinggi penting? Contoh, had seumur hidup sesuatu pelan ialah RM 1 juta, manakala had tahunannya pula adalah RM 100,000. Ini bererti seseorang pemegang polisi akan membelanjakan RM100,000 terhadap kos rawatan setiap tahun selama 10 tahun untuk menikmati manfaat sepenuhnya sebanyak RM 1 juta itu.
Dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, anda perlu berfikir masak-masak berapakah jumlah had tahunan yang munasabah mengikut kemampuan diri. Pada kebiasaannya, pesakit tidak akan berterusan menanggung sesuatu penyakit selama lebih beberapa tahun. Jadi jika dilihat di sini, mungkin wajar kepentingan diberikan kepada had tahunan yang tinggi berbanding had seumur hidup yang tinggi.
Kad perubatan anda juga memberikan elaun tunai harian, iaitu wang tunai kepada pemegang polisi selama berada di wad hospital. Wang ini boleh digunakan sebagai pengganti pendapatan kerana tidak dapat bekerja sewaktu diwadkan. Contohnya sekiranya pemegang polisi kehilangan pekerjaan akibat sesuatu penyakit yang memaksannya terlantar di hospital selama 2 bulan, elaun tunai ini dapat bantu beliau membayar bil api dan air. Elaun ini juga penting sekiranya terdapat kos rawatan yang tidak termasuk di dalam liputan perlindungan kad perubatan anda.
Elaun tunai harian ini kebanyakannya tidak terkandung di dalam liputan perlindungan kad perubatan rider, tetapi boleh dimasukkan jika mahu sebagai perlindungan tambahan.
Kad perubatan turut memperuntukkan pembayaran bagi bilik penginapan di wad hospital. Jika memilih pelan di mana bilik dan penginapannya adalah RM200, ini bererti anda layak tinggal di bilik yang berharga tidak lebih dari itu. Sekiranya anda ingin upgrade atau naik taraf ke bilik yang lebih tinggi bayarannya, selebihnya perlulah ditanggung sendiri. Tetapi waspada akan tindakan ini, kerana sesetengah syarikat insurans akan mengenakan ko-payment atau bayaran bersama, di mana pemegang polisi perlu membayar sebahagian daripada jumlah keseluruhan rawatan jika membuat upgrade bagi bilik hospital.
Setiap kad perubatan mempunyai senarai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang minima tidak mungkin dapat hospital swasta yang bertaraf lima bintang sebagai panel. Jadi perhatikan juga hospital panel ketika ingin membuat pilihan jenis kad perubatan untuk pastikan hospital-hospital yang tersenarai adalah yang bereputasi baik.
Dengan maklumat yang telah dikongsi di atas, kami harap dapat membantu pembaca membuat pilihan yang lebih bijak dalam memilih kad perubatan yang bersesuaian. Dapatkan juga nasihat beberapa pakar dalam memahami lebih lanjut tentang setiap produk yang ditawarkan.
Untuk keterangan lanjut mengenai kad medikal standalone dan rider, rujuk infogrfik ini:
Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya?
Sekirannya anda mempunyai soalan tentang kad perubatan atau mengenai insurans dan takaful, sila tujukan soalan anda di ruang komen di bawah, atau tinggalkan soalan anda di forum insurans iBanding di sini.
The post 9 Perkara Wajib Diketahui Tentang Kad Perubatan (Medical Card) appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Kenali Diabetes di Malaysia dan Mengapa Pentingnya Perlindungan Insurans appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperkenalkan Hari Diabetes Sedunia pada tahun 1991 sebagai tindak balas terhadap peningkatan diabetes di seluruh dunia membimbangkan. Menurut WHO, penghidap diabetes seluruh dunia meningkat dari pada 108 juta pada tahun 1980 kepada 422 juta pada tahun 2014.
Dalam tahun 2015, sejumlah 3.5 juta atau 17.5% warga dewasa (18 tahun ke atas) negara ini didapati menghidap penyakit diabetes (jumlah prevalen). Ini merupakan jumlah keempat tertinggi penghidap penyakit itu di Asia. Dan dua kali ganda jumlah prevalensi dunia iaitu 8.5% (Sumber: WHO 2014).
Jumlah pesakit diabetes di negara ini didapati terus meningkat semenjak tahun 2006. Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) , pada tahun 2006 terdapat 1.9 juta penghidap dewasa. Angka itu bertambah kepada 3 juta dalam masa 5 tahun pada 2011. Ini merupakan peningkatan daripada 11.6% pada tahun 2006 kepada 15.2% pada tahun 2011 dan 17.5% pada tahun 2015.
Apa yang lebih memeranjatkan adalah separuh daripada jumlah 3.5 juta pesakit ini (9.2%) tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit tersebut.
Menurut tinjauan yang sama oleh NHMS, Kedah merupakan negeri yang mempunyai jumlah paling ramai pesakit diabetes di Malaysia. 25.4% atau satu daripada empat rakyatnya yang berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit tersebut. Ini diikuti oleh negeri-negeri Perlis seramai 20.6% serta Johor seramai 19.8%.
Diabetes sememangnya tidak mendiskriminasi mangsa dari segi bangsa mahu pun usia. Tinjauan menunjukkan 5.5% warga dalam lingkungan usia 18-19 tahun sudah pun mengidap penyakit tersebut. Dan 2 dalam 5 warga berusia antara 70-74 mengidapnya.
Diabetes adalah penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas di dalam tubuh tidak lagi mampu menghasilkan insulin atau di mana tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara berkesan.
Apa gunanya insulin? Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas di mana fungsinya adalah untuk membantu pemindahan glukos dari makanan di dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu. Ini akan ditukarkan menjadi tenaga yang diperlukan.
Ketiadaan insulin atau tubuh yang tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan akan menyebabkan paras glukos di dalam darah meningkat.
Terdapat 2 jenis diabetes utama:
1. Jenis 1 – Insulin Dependent Diabetes (bergantung kepada insulin) adalah sejenis penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan tubuh menyerang dan merosakkan sel-sel yang menghasilkan insulin. Ini akhirnya menyebabkan pankreas tidak lagi dapat menghasilkan hormon tersebut atau hanya menghasilkan dalam kadar yang sangat kecil.
Hanya 1 dalam 10 pesakit diabetes merupakan jenis 1 tetapi kerap berlaku pada usia muda termasuklah pada kanak-kanak. Pesakit diabetes jenis 1 perlu mendapatkan suntikan insulin setiap hari bagi sepanjang kehidupan mereka.
2. Jenis 2 – Non-Insulin Dependent Diabetes ( tidak bergantung kepada insulin) adalah jenis diabetes yang lebih biasa di kalangan pesakit diabetes. Walaupun ianya boleh berlaku terhadap sesiapa tidak mengira usia, kebiasaannya ia lebih kerap berlaku kepada orang dewasa. Ianya sering dikaitkan obesiti yang boleh menjadi punca rintangan insulin yang menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.
Ia merupakan penyakit senyap dimana ia selalunya dikesan secara tidak sengaja atau apabila setelah berlakunya komplikasi. Pesakit diabetes jenis ini boleh mengawal keadaan penyakit melalui pengamalan gaya hidup sihat. Termasuklah pemakanan yang sihat dan senaman. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, pengambilan ubatan dan suntikan insulin mungkin diperlukan.
Bagi Diabetes Jenis 1, faktor risikonya masih kurang jelas. Namun risiko menghidapi penyakit ini adalah lebih tinggi sekiranya seseorang memiliki ahli keluarga yang menghidapinya.
Bagi Diabetes Jenis 2, faktor risiko yang menyebabkannya termasuklah:
Penyakit diabetes yang tidak dikawal boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. Ia amat membahayakan saluran darah, saraf, jantung, mata serta buah pinggang. Inilah puncanya penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan).
1 Penyakit kardiovaskular – penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salurannya. Kerana jantung adalah satu organ yang sangat penting dalam tubuh manusia, segala penyakit berkaitan dengannya adalah amat membahayakan. Ini termasuklah serangan jantung dan stroke.
2. Kegagalan buah pinggang – kira-kira 60% pesakit buah pinggang terdiri daripada penghidap diabetes. Kos bagi rawatan pesakit buah pinggang adalah amat tinggi. Menurut kajian yang dijalankan 10 tahun lalu, kerajaan menanggung kos kira-kira RM33,000 setahun untuk setiap pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di hospital awam termasuk kos mesin cuci darah, alatan guna lupus, suntikan dan ubat-ubatan dengan purata melebihi RM200 setiap sesi rawatan (sumber: Utusan Melayu (M) Bhd).
3. Kehilangan penglihatan – retinopati diabetes berlaku apabila kerosakan pada salur darah retina yang disebabkan oleh diabetes. Ini akan menyebabkan berlakunya kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Penghidap akan mula hilang penglihatan yang lama-kelamaan akan menyebabkan buta. Ianya dianggarkan bahawa setiap seorang dalam 3 penghidap diabetes mengalami keadaaan ini.
4. Kerosaka saraf dan amputasi – neuropati diabetes iaitu penyakit (pati) saraf (neuro) yang disebabkan oleh diabetes. Ini menyebabkan kurang deria rasa pada sesetengah anggota terutamanya kaki. Apa yang lebih serius adalah penyakit arterial peripheral yang sering dihidapi pesakit diabetes yang mengurangkan aliran darah penghidap ke kaki. Ini melambatkan proses sembuh jika terdapatnya luka pada anggota tersebut dan tingkatkan risiko berlakunya jangkitan kuman. Ini sering membawa kepada amputasi anggota kaki di kalangan penghidap.
Sememangnya pesakit yang telah didiagnos dengan diabetes tidak mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans. Malah kebanyakan syarikat insurans dan pengendali takaful akan terus menolak permohonan perlindungan daripada pemohon yang menghidap penyakit tersebut.
Ini bererti penghidap penyakit diabetes berisiko menghadapi kos perubatan yang tinggi bagi mana-mana jenis komplikasi yang disebabkan oleh diabetes. Dengan kadar purata inflasi perubatan tahunan pada 10% (12.7% dijangkakan pada 2017), kos rawatan bagi komplikasi ini dijangka melambung, seperti digambarkan di bawah (sumber The Star, 4 Oktober 2015).
Jawapannya kerana sebab-sebab berikut:
1. Risiko rakyat Malaysia terhadap diabetes yang sangat tinggi – yang berpunca dari pemakanan yang kurang sihat, pengambilan gula yang berlebihan, kurang senaman dan aktivati fisikal serta gaya hidup yang tidak dijaga. Usia yang semakin meningkat juga menjadi faktor risiko. 1 dalam 6-7 warga dewasa berisiko menghidapinya.
2. Komplikasi yang berkaitan dengan diabetes – bukanlah sesuatu yang ringan tetapi malangnya ia kerap berlaku. Ia melibatkan jantung, buah pinggang dan saraf yang boleh membawa kepada amputasi – iaitu organ-organ yang amat penting dan bukan sesuatu yang kita ingin pertaruhkan. Kos perubatan bagi komplikasi-komplikasi ini adalah amat tinggi. Mampukah kita untuk membiayai kos-kos ini? Cukupkah simpanan kita? Apakah beban lain yang ditanggung sekiranya simpanan tidak mencukupi?
3. Tidak lagi layak untuk dapatkan perlindungan insurans – sekiranya sudah menghidapi diabetes. Syarikat insurans dan takaful biasanya tidak akan menawarkan pelan perlindungan kepada penghidap diabetes kerana risiko mereka terhadap komplikasi-komplikasi disebutkan. Maka ianya adalah amat penting bagi seseorang yang masih sihat untuk dapatkan pelan perubatan. Sekiranya pemegang polisi menghidapi diabetes sesudah mendapatkan perlindungan perubatan insurans daripada sesebuah syarikat, maka syarikat itu akan terus melindungi beliau.
1. 70% diabetes jenis 2 dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
2. Lakukan ujian darah secara lebih kerap untuk mengesan tanda-tanda awal diabetes. Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.
3. Berbincang juga dengan wakil dan ejen insurans dan takaful untuk mendapatkan pelan perubatan yang terbaik, terutama sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah atau masih menghidapi diabetes.
Dapatkan nasihat ejen dan pakar takaful dan insurans dari direktori ejen dari seluruh Malaysia.
Untuk mendapatkan infografik tentang statistik dan kos perubatan di Malaysia, klik di sini.
The post Kenali Diabetes di Malaysia dan Mengapa Pentingnya Perlindungan Insurans appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post BNM: Rangka kerja insurans perubatan tangani inflasi perubatan yang semakin tinggi appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>BNM akan mengeluarkan rangka kerja insurans penjagaan kesihatan ekoran kadar inflasi kos perubatan yang semakin meningkat dan kini berada di paras 12 peratus.
Gabenor BNM Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, kadar inflasi kos perubatan pada masa ini adalah amat tinggi dan satu pelan tindakan diperlukan untuk membendung keadaan ini.
Menurut beliau lagi, kadar purata tuntutan ke atas insurans perubatan meningkat sebanyak 14% setiap tahun.
Pada tahun lalu, tuntutan sejumlah RM 4.9bilion direkodkan berbanding RM2.6 bilion pada tahun 2015. Ini pula akan memberi tekanan terhadap premium insurans perubatan.
Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah permintaan terhadap penjagaan kesihatan yang lebih canggih dari golongan yang mampu, peningkatan populasi penduduk tua, penyakit kronik dan juga penyakit yang berpunca dari gaya hidup yang semakin berleluasa, kos ubatan yang semakin meningkat serta peningkatan kemajuan teknologi perubatan.
Walapun tiada jangka masa diberikan, tetapi beliau berharap agar ianya boleh ditangani secepat mungkin. Kerjasama diperlukan dengan pihak kerajaan dan juga sektor perkhidmatan perubatan bagi tujuan ini.
Kadar inflasi perubatan negara ini dijangkakan akan meningkat ke 12.7% dari 11. 5% tahun lalu. Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Marsh Insurance Broker (M) Sdn Bhd.
Kadar peningkatan ini lebih pesat dari kadar purata 10.7% tahun lepas bagi negara-negara di Asia yang dijangkakan akan menurut ke 10.2% tahun ini.
Kaji selidik yang dijalankan pada bulan Mac tahun ini mengambil kira 63 negara di seluruh dunia termasuklah 11 negara Asia yang terdiri dari India, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, Malaysia adalah negara ketiga di mana kadar inflasi perubatan adalah yang tertinggi di kalangan 11 negara Asia ini setelah India (14%) dan Indonesia (13.1%).
Kadar inflasi perubatan Malaysia 2016 & 2017
The post BNM: Rangka kerja insurans perubatan tangani inflasi perubatan yang semakin tinggi appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>