The post Kepentingan Takaful Perubatan Bagi Setiap Individu appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>Namun tetapi, pada hakikatnya masih ramai yang tidak mengambil endah tentang perlindungan takaful perubatan mahupun kepentingannya. Perlu kami ketengahkan di sini beberapa sebab mengapa takaful perubatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua individu.
Takaful perubatan memberikan perlindungan terhadap kos rawatan perubatan akibat sesuatu penyakit atau kemalangan. Ini bererti anda hanya perlu membayar premium bulanan atau tahunan bagi polisi takaful perubatan dan kos rawatan dan perubatan anda akan dibiayai oleh pelan takaful anda sekiranya anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau cedera akibat kemalangan.
Kos yang ditanggung oleh takaful perubatan meliputi kos rawatan pembedahan, penginapan hospital, rundingan pakar, elaun hospital, ubat-ubatan dan sebagainya.
Perlindungan takaful perubatan biasanya boleh diambil secara berasingan (standalone) ataupun sebagai pelan tambahan yang digabungkan bersama pelan takaful keluarga (rider).
Untuk pemahaman yang lebih menyeluruh, sila rujuk Panduan Lengkap Kad Perubatan di Malaysia.
Inflasi kos perubatan di negara ini meningkat pada kadar purata 10% setiap tahun. Ini hanya akan menyebabkan kos rawatan yang semakin meningkat. Sebagaimana yang kita sedari, sudah cukup berat bagi golongan pertengahan dan rendah masa ini untuk menabung secukupnya bagi persediaan persaraan. Sememangnya simpanan yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan rawatan yang dijangka mencecah ratusan ribu malah jutaan ringgit menjelang tahun 2035.
Bersediakah kita untuk menampung kos perubatan yang sedemikian tinggi? Dengan adanya pelan perlindungan takaful perubatan, beban kos rawatan dipindahkan kepada pengendali takaful.
Sumber: The Star
Sering kita mendapat berita tentang rakan atau kenalan yang tidak bernasib baik. Sama ada mereka kemalangan atau menghidap penyakit secara tidak diduga. Kedua-dua ini boleh mengakibatkan seseorang itu hilang upaya serta hilang punca pencarian. Semakin ramai juga yang berusia di dalam lingkungan 30-an sudah mula menghidapi penyakit jantung. Ini semua adalah risiko yang tidak dapat kita nafikan.
Sebelum berlakunya musibah seperti ini, sebaik-baiknya kita melengkapi diri dengan perlindungan takaful perubatan yang dapat mengatasi masalah kewangan yang mungkin dihadapi. Bukan sahaja dari segi keperluan perbelanjaan rawatan, tetapi juga kos kehidupan harian individu serta keluarganya.
Jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat – daripada 72.1 tahun pada 2010 ke 74.8 tahun pada 2017! Pada tahun 2020 pula dijangka, purata jangka hayat bagi penduduk lelaki meningkat ke 75 tahun manakala wanita ke 79 tahun. Jangka hayat yang panjang dan tahap kesihatan yang mula merosot di usia tua bererti keperluan rawatan perubatan dan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan yang lebih panjang tempohnya. Ini pula bermakna pertambahan kos bagi keperluan tersebut.
Tanpa perlindungan takaful perubatan, penduduk warga emas terpaksa menghabiskan duit simpanan persaraan bagi pembiayaan kos rawatan mereka.
Puan Rubayah Yakob, pensyarah di Program Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko, UKM, memberikan suatu persepsi yang tidak dapat kita nafikan. Menurut beliau, ikatan kekeluargaan yang semakin lemah membuatkan kita kini berdepan dengan budaya baru di mana ibu bapa yang uzur tidak lagi mendapat perhatian dan penjagaan anak-anak. Lain seperti dahulunya di mana tanpa ragu-ragu, anak-anak akan bertanggungjawab ke atas penjagaan dan keselesaan ibu bapa mereka.
Tiada lagi jaminan di hari tua bererti setiap individu perlu membuat persedian sendiri bagi menghadapi hari-hari setelah persaraan di mana tiada lagi punca pendapatan yang dapat menanggung sedikit-sebanyak kos rawatan.
Tidak dinafikan hospital kerajaan sudah banyak penambahbaikan dan pembaharuan daripada segi perkhidmatan yang disediakan. Akan tetapi sudah tentu ia tidak sama seperti perkhidmatan yang didapati jika kita mengunjungi hospital swasta. Jauhnya perbezaan di antara taraf perkhidmatan kedua-duanya samalah juga dengan jauhnya perbezaan di antara caj yang dikenakan di antara mereka.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan, 40% daripada 358 responden menyatakan bahawa mereka pernah menunggu 4 jam untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital kerajaan pada tahun 2017, dan hanya 8% yang menunggu kurang 1 jam. 2% pula hanya dapat berjumpa dengan doktor setelah menunggu selama 8 jam.
Tanpa takaful perubatan, individu tiada pilihan lain selain bertahan sakit sementara menunggu giliran mereka. Sudah banyak kali kita mendengar keluhan pesakit di mana mereka perlu menunggu selama berbulan-bulan untuk menjalankan pembedahan. Malah menurut kajian yang sama, 26% daripada responden mengatakan mereka telah meninggalkan niat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di dalam tahun 2017 kerana tempoh menunggu yang lama.
Ramai yang masih berlengah-lengah dalam mendapatkan perlindungan takaful perubatan bagi diri mereka serta keluarga. Ramai juga yang sedari keperluannya tetapi tidak meletakkannya sebagai prioriti, dengan alasan tiada masa untuk mencari ejen, atau tiada masa untuk berjumpa ejen untuk berbincang.
Jika ini alasan anda, kami mudahkan kerja anda di sini:
The post Kepentingan Takaful Perubatan Bagi Setiap Individu appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>
Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan syarikat insurans atau pengendali takaful setelah permohonan bagi pelan perubatan diluluskan. Kad perubatan ini memudahkan pendaftaran masuk ke mana-mana hospital yang menjadi panel kepada pelan yang telah dipilih. Dengan memiliki kad ini, pesakit tidak perlu membayar kos rawatan dan perubatan yang diterima (selagi ianya terkandung di dalam liputan perlindungan pelan). Segala kos berkenaan akan ditanggung oleh syarikat insurans pesakit.
Terdapat beberapa jenis kad perubatan, tetapi yang sering disebut adalah standalone dan rider.
Kad perubatan standalone adalah pelan perubatan hanya melindungi manfaat perubatan di hospital. Ia bukan suatu pelan yang disertakan kepada apa-apa pelan asas atau pelan induk. Jadi caruman yang disumbangankan hanyalah terhadap manfaat perubatan sahaja. Dengan itu, caruman pelan standalone pada kebiasaannya lebih murah dan mampu milik.
Pada amnya, terdapat 3 jenis manfaat yang diliputi di dalam pelan kad perubatan standalone, iaitu:
Ini termasuklah segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke wad hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan, kos rundingan pakar dan sebagainya.
Penyakit kritikal adalah penyakit-penyakit khusus yang disenaraikan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful. Pada kebiasaannya mereka akan mengkategorikan 36 jenis penyakit sebagai penyakit kritikal, di antaranya, kanser, strok, serangan jantung dan penyakit koronari arteri. Kos rawatan bagi penyakit-penyakit kritikal ini adalah amat tinggi maka perlindungan kad perubatan amat diperlukan.
Manfaat ini berguna terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik yang mana mereka memerlukan rawatan dan penjagaan jangka masa panjang. Ini termasuklah pesakit kanser dan pesakit puah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis berpanjangan.
Kebanyakan syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia menyediakan ketiga-tiga manfaat disebut di atas secara berasingan atau bersama. Pencarum akan menerima kad perubatan yang membolehkan mereka mendaftar masuk ke wad hospital dengan mudah. Sesetengah pelan perubatan juga membolehkan kad ini digunakan di klinik untuk rawatan.
Pelan perubatan standalone memberikan perkhidmatan seperti bilik dan penginapan hospital, perlindungan seumur hidup tanpa had, rawatan bagi penyakit kanser, buah pinggang, pembedahan dan lain lain.
Kadar sumbangan tahunan bagi pelan standalone adalah rendah, tetapi ianya tidak tetap. 2 faktor utama yang menyebabkan kenaikan kadar ini adalah
Pada kebiasaannya, kadar sumbangan meningkat setiap julat 5 tahun mengikut usia pencarum. Sebagai contoh:
Sesetengah pelan standalone yang menjamin pembaharuan setiap tahun walaupun pencarum menghidapi penyakit sebelum tarikh pembaharuan. Ini suatu tawaran yang perlu dititik beratkan ketika membuat pilihan sesebuah pelan perubatan.
Bayangkan jika anda memiliki pelan yang tidak menjamin pembaharuan ketika didiagnos sesuatu penyakit. Syarikat insurans anda mempunyai hak tidak memperbaharui pelan anda bagi tahun akan datang. Bukan sahaja anda tidak lagi mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat tersebut, tetapi kini anda akan menghadapi kesukaran memohon perlindungan daripada syarikat lain kerana risiko penyakit anda.
Jadi ketika memilih pelan, pastikan ejen anda tunjukkan terma dan syarat yang menyatakan pembaharuan dijamin.
Kad perubatan rider adalah suatu pelan di mana perlindungan perubatan adalah sekadar pelan tambahan kepada pelan induk. Selalunya ianya pelan tambahan kepada polisi hayat, atau pelan jenis simpanan atau pelaburan. Jadi perlindungan yang didapati daripada pelan rider adalah:
Ini perlindungan yang sesuai bagi mereka yang ingin menjamin kesejahteraan keluarga mereka dari segi kewangan akibat musibah yang berlaku ke atas diri mereka, seperti kematian atau kecacatan.
Pelan perubatan berbentuk tambahan boleh disertakan bersama pelan induk berbentuk perlindungan hayat atau simpanan/ pelaburan (investment linked). Ia boleh meliputi perlindungan bagi kos perubatan seperti pembedahan, kos bilik dan penginapan, rawatan dan sebagainya, mengikut jenis pelan yang dipilih.
Sumbangan bagi pelan sebegini diagihkan kepada dua bahagian. Satu bahagian terhadap perlindungan hayat dan perubatan (tabarru) manakala satu bahagian lagi bagi tujuan pelaburan.
Jika dibandingkan harga pelan perubatan rider sahaja dengan pelan perubatan standalone, pelan rider adalah lebih rendah. Tetapi kerana pelan rider perlu didapatkan berserta dengan pelan induk, harganya tidak lagi serendah yang diharapkan pada mulanya.
Tetapi keistimewaan pelan jenis ini adalah kadar sumbangan tahunannya adalah tetap (dengan hanya sedikit peningkatan). Contohnya, sekiranya anda mula mencarum pada usia 40 dengan kadar RM 3,000 setahun, kadar caruman anda pada usia 60 mungkin sebanyak RM 3,300. Peningkatan kadar caruman bukanlah di atas faktor usia seperti bagi pelan standalone, tetapi faktor inflasi perubatan.
Pada kebiasaannya, pembaharuan pelan rider adalah terjamin walaupun pencarum menghidapi penyakit, kerana ia berdasarkan pelan induk. Walau bagaimanapun, anda masih tetap dinasihatkan agar mendapatkan kepastian daripada ejen anda.
Kedua-dua pelan memiliki kelebihan masing-masing. Seperti dikatakan di atas, harga bagi perlindungan perubatan rider mungkin dilihat lebih rendah tetapi ianya tidak boleh didapati berasingan daripada pelan induk. Untuk mendapatkanya, perlulah juga dapatkan pelan hayat atau pelan berkaitan pelaburan yang akan mengakibatkan kadar sumbangan bertambah. Akan tetapi ianya amat sesuai bagi mereka yang belum miliki pelan hayat atau yang ingin mendapatkan pulangan dari segi nilai tunai daripada sumbangan mereka.
Pelan standalone pula memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif kepada pencarum dan mungkin lebih sesuai bagi mereka yang hanya ingin mendapatkan manfaat perubataan semata-mata tanpa ingin membayar lebih bagi perlindungan lain serta nilai tunai. Mereka yang mahir tentang pelaburan lebih gemar memilih cara pelaburan mereka sendiri yang memberikan pulangan lebih lumayan.
Sebelum membuat keputusan anda, dapatkan nasihat beberapa perunding atau ejen insurans dan takaful dan bandingkan beberapa produk terlebih dahulu. Pastikan anda bertanyakan soalan-soalan seperti jaminan pembaharuan, kadar sumbangan tahunan, serta jenis liputan perlindungan perubatan.
Untuk dapatkan maklumat lebih mengenai kad perubatan, rujuk artikle ini.
The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.
]]>